Taska Baru Iman

 

Ini iklan tidak berbayar. Hehehe. Taska pilihan saya.

Alhamdulillah dah genap sebulan (malah terlebih 10 hari dah) Iman di taska barunya. Syukur sangat2 ditakdirkan berjumpa taska baru ni. Mula2 memang lama dah nampak iklan taska ni di surau office. Masa tu belum terbuka lagi hati untuk ke sana. Tapi tanggal 13 June 2012, saya nekad nak kunjungi taska ni memandangkan allergy Iman semakin menjadi2. Saya mungkin dalam denial mode. Kondisi Iman bukanlah sesimple yang saya rasakan. Iman bukan setakat allergik gandum dan telur. Malah Iman allergy untuk berpeluh (haha). Bila berpeluh je, mula la gatal sana sini. So, mungkin Iman perlukan tempat yang agak sejuk sikit. Aircond (gulp!!). Hehe.

Ok, fine. Time to move on~!! Iman, harus ke taska baru yang beraircond. Hehe. Terpaksa. Mahu lihat perkembangannya. Ada juga cerita lain di sebaliknya. Tapi biarlah ia menjadi rahsia. Ahak. 15 hb June merupakan hari pertama Iman ke taska baru. Kini, dalam masa sebulan, Iman sudah naik 3 kilo. Alangkah terperanjat saya dibuatnya. Overall, saya cukup2 puas hati dengan taska ni. Kulit Iman semakin bersih kerana allergy yang lebih terkawal. Semakin montel, semakin tembam. Memang sangat berbaloi,  memperkenalkan, Little Munchkin Child Care Centre~!!! =D

 

 

 

{focus_keyword} Taska Baru Iman 559999 378223195569102 351399507 n

LITTLE MUNCHKIN CHILD CARE CENTRE ni hanya terletak dalam 5 minit perjalanan ke CYBERJAYA and MEX HIGHWAY. Maka, sesiapa yang kerja di Cyberjaya dan Putrajaya, lebih2 lagi yang melalui lebuhraya ELITE, taska ni sangatlah sesuai untuk  dipertimbangkan sebagai daycare anak2 anda. Boleh tengok peta di bawah ni. Punyalah dekat dengan Cyberjaya. Lebih dekat dari taska Iman yang lama. Keluar tol Putrajaya je, terus susur ke kiri ke Bandar Nusaputra, dan simpang pertama ke kanan adalah Taman Aman Putra. Dekat sangat!

{focus_keyword} Taska Baru Iman 530532 456499784408109 258298451 n

 

Bila masuk taska ni, punyalah luas. Maklumlah 2 tingkat setengah. Memang besar bilik2nya. Bilik tidur juga tidak memakai tilam biasa ya. Anda kena sediakan tilam kecil lapik untuk anak-anak anda. Ini barulah prosedur yang betul. So, macam Iman, memang sangatlah bertepatan. Tiada perkongsian tilam, maka possibility untuk jangkitan kulit juga berkurang. Untuk baby2 pulak, parents biasanya sediakan sendiri bouncer untuk baby masing-masing. Best2.

 

 

{focus_keyword} Taska Baru Iman 551166 378107382247350 1902728982 n

Antara bilik aktiviti kanak-kanak.

 

{focus_keyword} Taska Baru Iman 542415 378098818914873 1490588619 n

Bilik bayi adalah di tingkat bawah. Disediakan banyak baby cot untuk bayi anda. Di bawah lebih selamat kerana berdekatan dengan pengasuh2, dan tiada possibility bayi anda jatuh tangga. Hehe. Malah, taska ini sangat support BF tau. Handling EBM, memang salah satu kepakaran mereka. So, sesiapa yang bayinya masih menyusu sepenuhnya susu ibu, anda boleh beri kepercayaan sepenuhnya kepada taska ini.

{focus_keyword} Taska Baru Iman 253271 379087382149350 1355737970 n

 

Ruang menunggu. Di sini lah saya selalu berperang memujuk rayu Iman mengajak balik. Hehe. Dia jatuh cinta dengan taska ni.

{focus_keyword} Taska Baru Iman 402892 396421577082597 1694028388 n

Nampak tapak tangan Iman tak? Tu..sebelah kanan tu. Hehe. Mereka adakan aktiviti arts untuk anak-anak anda!

 

{focus_keyword} Taska Baru Iman 527579 385438128180942 381542657 n

{focus_keyword} Taska Baru Iman 480047 385436734847748 5624599 n

Setiap Rabu pagi adalah main air. Pergh…memang budak2 ni tak nak keluar langsung dari air. Maaflah, Iman memang tiada baju mandi. Mueheheheh. Togel je laa jawabnya =D

{focus_keyword} Taska Baru Iman 282743 383210838403671 1030390733 n

Mase ni Iman tersangat kurus lagi. Masih underweight. See…dah pandai dah baking. Sungguh tak ku sangka. Ia adalah untuk Father’s Day. Bila cikgunya passkan mini muffin tu pada Ayah Iman, Iman mengamuk sakan. Sebab dia tau dia yang buat. Dia nak makan. Bila bagi, huh…sepanjang malam mennggaru tak sudah dek allergy.

{focus_keyword} Taska Baru Iman 525818 379114768813278 1898766638 n

Scott Emulsion diberi setiap hari pada anak2 anda. =) Perhatikan ya, tiada perkongsian sudu berlaku. Maka tiada jangkitan mulut dikhuatiri berlaku antara anak2 anda.

{focus_keyword} Taska Baru Iman 484235 378107065580715 1238188928 n

Anak yang sudah pandai pegang sudu sendiri, memang digalakkan untuk makan sendiri. Makanan juga diasingkan menggunakan tray makanan sendiri. Setiap parent juga harus menyediakan botol air sendiri supaya anak dibiasakan untuk minum air based on demand. Alhamdulillah, Iman memang suka sangat air masak. Ke mana-mana bekas air nya sentiasa dibawa =)

{focus_keyword} Taska Baru Iman 301843 379101332147955 921640852 n

Antara aktiviti lain. Potong buah.

{focus_keyword} Taska Baru Iman 532747 379097052148383 2108188119 n

 

Kupas telur. Iman tak boleh kupas telur. Alamatnya dia nak makan nanti. So much aktiviti sampai kadang-kala di luar pagar taska, ramai budak2 kecil memerhati aktiviti yang dijalankan di dalam pagar taska. Lebih2 lagi taska ni betul2 berhadapan dengan taman permainan. Jadi, memang menarik perhatian kanak-kanak yang lalu lalang. Setiap kali mengambil Iman dari taska, pasti ada kanak-kanak lain bertenggek di tepi2 pagar. Iman? berlakon banyak drama laaa sebelum mahu pulang. Perlu tunjuk skill main pada maknya dulu sebelum bye bye pada cikgunya. Hihi. Another satisfied customer. Hehe. TQ ye LMCCC!!!

{focus_keyword} Taska Baru Iman 600247 379093778815377 622141402 n

I wish my kids can sit like that at home while watching TV. Rasa2 kita pon kena pergi kelas bagaimana nak mengasuh budak. Hehehe.

Iman kini 2 tahun 4 bulan, boleh speaking english weei…and know when is the proper condition to use all the phrase.

“Mama, are you ok?”

“Don’t worry mama!”

“Mama, where are you?”

“Here he is!”

“Oh my God”

“Red, Green, Blue, Yellow, Circle, Triangle, Square, …”

and other (a lot more english vocab also!).

Tak lupa juga sebut Alhamdulillah selepas bersin. Hihi. Comel.

Segala aktiviti LMCCC akan diupdate dari masa ke semasa di FB mereka di link ini. So, parents boleh tengok gambar anak2 yang happy di sana. Perkongsian pendapat dan cadangan juga boleh diutarakan.

Little Munchkin Child Care Centre

Alamat:
No.55 , Jalan Aman Putra 3/2 , Taman Aman Putra , 47100 Selangor Puchong
OUR SERVICES : DAY CARE – FULL & HALF DAY , PER DAY & PER HOUR
For detailed services and fees – call/SMS them at 01116334585 /0102344908


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Taska Baru Iman pixel

You may also like...

1 Response

  1. su says:

    Salam puan,

    Saya sedang google dan terjumpa blog puan ni. Hati saya amat tertarik untuk menghantar anak saya ke tempat ni memandangkan saya bekerja di cyberjaya dan masih mencari child care services utk anak saya berumur 2 tahun 5 bulan.

    Puan masih hantar anak puan di taska ni ke?taska ni ok bagi puan?anak2 suka ye..

    Boleh share..

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.