Tandem Nursing Hannan dan Iman

Alhamdulillah, Hannan berjaya sepenuhnya susu ibu sejak lahir. Seawal hari ke 4, pelbagai posisi dah pandai Hannan menyusu. Syukur juga pengalaman dari anak pertama banyak mengajar saya untuk menyusukan anak kedua ni.

Iman pula? Pantang nampak adik Hannan menyusu, dia pon nak tumpang sekali. Akhirnya saya pon selalu lah pam, dan berikan pada Iman manakala Hannan pula hanya direct feeding. Itunpon setelah peti ais rumah mak bahagian freezer tu sarat dah mengandungi frozen EBM. Nak simpan lauk pon susah. Hehehe. Alhamdulillah.

Bagaimana tips untuk menghasilkan susu ibu yang banyak?

1) Direct feeding sejurus selepas bersalin meskipun breast terasa kosong. Biasanya breast akan mula bengkak pada hari ke 3 @ 4 selepas stimulation by direct feeding.

2) Direct feeding selama mana bayi mahu. Setiap bayi juga berbeza. Ada yang 15 minit, rasa puas dah. Ada yang 30 minit, baru rasa puas. Bersabarlah. Sebab kita juga masih belajar menjadi ibu dan bayi juga masih belajar sesuaikan diri dengan dunia luar rahim ni.

3) Kerap kosong kan breast. Usah tunggu sehingga bengkak baru nak pam. Sebabnya, bila bengkak, tubuh akan hantar signal pada otak untun stop production. Jika bengkak terlalu kerap, ia seolah2 menyuruh otak supaya stopkan kilang susu kita.

Kini Hannan Soufiya berumur 3 bulan dan Husnul Iman 3 tahun 7 bulan. Alhamdulillah Hannan is fully breastfeed baby.

20131024-031717.jpg {focus_keyword} Tandem Nursing Hannan dan Iman 20131024 031717

20131024-031912.jpg {focus_keyword} Tandem Nursing Hannan dan Iman 20131024 031912

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Tandem Nursing Hannan dan Iman pixel

You may also like...

1 Response

  1. luthfi says:

    wouw,,,sungguh hebat ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.