7 Tanda Yang Sebenarnya Kita Kekurangan Nutrisi

Tanpa kita sedari la opkos. Terkadang sebenarnya kita memang kurang nutrisi pon, tapi ego dan keyakinan diri rasa macam confirm ah yang memang kita tak perlu pon vitamin. Yes, saya 4 tahun lepas macam tu jugak. Memang tak pernah telan hatta sebijik pon supplement. Sehinggalah mengandung, barulah tau doktor ada beri supplement untuk topup nutrisi dalam badan. Besar gedabak pulak tu Obimin Plus tu. Itu lah pertama kali kenal vitamin dan supplement.

Tapi sebenarnya kadang kala badan kita sendiri ada tunjuk yang badan ni “crave for nutrition”, cuma kita tak sedar. Berikut ni ada 7 tanda kita perlukan topup vitamin dan nutrisi, yang hampir semuanya ada pada saya 4 tahun lepas.

{focus_keyword} 7 Tanda Yang Sebenarnya Kita Kekurangan Nutrisi 2015 02 05 2B02

<

1. Keletihan Melampau

Sebenarnya mereka yang kekurangan iron (zat besi) memang akan nampak letih melampau. Sebab zat besi amat penting untuk penghasilan sel darah merah. Bila zat besi tak cukup, maka sel darah merah tak dapat dihasilkan dengan baik. Sel darah merah ni lah yang bawak oksigen ke seluruh badan. Bila se darah merah tak cukup, keadaan badan kita dipanggil anemia (kekurangan sel darah merah). Tu yang akan nampak pucat dan letih.

2. Rambut Kering dan Mudah Gugur

Rambut akan sangat sihat jika kita cukup protein. Selalu memang kalau rambut gugur tu, kenalah cek, memang ada sesuatu yang tak kena. Biasanya kalau kurang nutrisi, rambut tu akan rapuh (mudah patah), kering dan jarang. Dari rambut jek boleh tau yang kita ni kutang protein zat besi, dan lemak baik. Lebih-lebih lagi jika rambut tu gugur dalam kuantiti yang banyak.

3. Bentuk Kuku Yang Bergerigi dan Tanda bulat pada Kuku

Kuku yang sihat biasanya akan kilat dan bahagian dalam kuku takkan ada putih berbentuk bulan. Bila kuku tu rapuh, bergerigi dan juga ada tanda putih macam separuh bulan tu, tu sebenarnya adalah tanda yang badan kita kekurangan zat besi dan mungkin anemia. Biasanya kalau anemia, doktor akan sarankan kita amik lebih banyak makanan yang mengandungi iron (zat besi) macam hati, kerang dan juga tiram. Tapi kalau boleh jangan la makan hati, sebab ia adalah organ dalaman binatang.

4. Masalah di bahagian Mulut

Mulut kering di bahagian tepi mulut dan pecah-pecah juga merupakan tanda kekurangan riboflavin (Vitamin B2) danjuga zat besi. Kalau lidah pula pucat dan bengkak, ia berkemungkinan disebabkan oleh kekurangan zat besi, zinc dan Vitamin B complex.

5. Cirit-birit

Terkadang kita tak sedar yang cirit birit yang kita alami sebenarnya disebabkan oleh malabsortion. Iaitu ketakmampuan usus untuk menyerap nutrisi yang ada pada makanan. Tanda-tanda yang usus kita tak sihat adalah kerap bloating (berangin), kejang dan cramp kat perut, najis yang terlalu keras dan bulky, dan berat badan yang menyusut.

6. Hilang Selera Makan

Ini biasanya jadi pada mereka yang agak berumur. Sebab lidah semakin tua semakin hilang rasa sensitif pada makanan. Kalau hilang selera semakin teruk, itu adalah tanda lain yang badan kita semakin kurang nutrisi. Kurang selera makan juga adalah tanda yang kita kekurangan zinc dalam badan.

7. Kulit yang Kusam dan Tak Bermaya

Kulit yang kering adalah tanda kita kurang asid lemak perlu macam omega 3 dan omega 6. Sebab itulahmereka yang sering eczema dan ada masalah kulit biasanya diberikan omega 3 dan omega 6. Kulit yang kering pula adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi, manakala kulit yang mudah dijangkiti dan mudah luka pulak adalah disebabkan oleh kekurangan Vitamin C.

<

Berbalik kepada pengalaman saya sebelum ni, saya ni sangat lah cepat letih. Sejak dari zaman sekolah dahulu, asal naik bas jek sure tertidur. Boleh tertidur sambil berdiri pulak tu tau. Memang legend:lol: {focus_keyword} 7 Tanda Yang Sebenarnya Kita Kekurangan Nutrisi icon lol.  Jerawat? Toksah kata! Dulu memang pasrah jek jerawat banyak gilos. Tak terpikir pon pemakanan dan hormon menjadikan kulit saya bermasalah teruk. Mujur lah jugak tak giat memicit teruk. Kalau tak, mahu kalah kawah kat bulan tu sebab kawah parut jerawat banyak kan. Syukur skrg ni kira sangat terkawal la jerawat ni.

Dulu, memang tiap bulan amik MC, sampai kene tegur dengan boss.

Dulu, semua tanda kat atas tu ada pada saya, tapi saya tak sedar.

Dulu, saya tak pernah berani telan sikit pon pil, hatta pil ubat kalau jatuh sakit pon. MC pon sekadar amik MC, ubat pil takkan makan.

Tapi itu dululah. Sekarang alhamdulillah, banyak beza dah. Bermula tahun 2010 sekadar makan sendiri, dah lebih kurang masuk tahun ke 5 dah makan Shaklee. Ini sememnagnya pendapat saya sendiri. Saya juga seorang yang sangat cerewet. Bukan senang nak percaya bab-bab supplement ni. Asalnya saya ingat placebo effect jek. Tapi 4 kali cuba trial pack, 4 bulan lamanya cuba menaruh kepercayaan, akhirnya terpaksa mengakui, saya sekarang serba serbi lain berbamding saya yang dahulu.

Saya nak lock usia saya, supaya tak cepat tua. Sebab tu saya yakin dan masih makan Shaklee. Pengalaman sendiri adalah bukti terbaik :lol: {focus_keyword} 7 Tanda Yang Sebenarnya Kita Kekurangan Nutrisi icon lol

Kalian bagaimana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 7 Tanda Yang Sebenarnya Kita Kekurangan Nutrisi pixel

You may also like...

1 Response

  1. hani zaha says:

    Ego tinggi tu yg susah..bdn dah bgtau dah pun still tak mau bertindak huhuhu
    hani zaha recently posted…Mana Larat Nak Puasa Kalau Tengah MengandungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.