Sunat/ Khatan Bayi Lelaki 

Alhamdulillah, hari ke 4 dah tertanggal dah part plastibell ‘Izz.
‘Izz dah berkhatan! Yeay😍😍 Bujang dah anak mama ni. Hahahahah.

Ok ceritanya begini. Bulan 11, 12 memang biasanya ramai kanak-kanak lelaki berkhatan. Maklumlah bersempena cuti sekolah sekali. Terkebetulan lah ‘Izz ni lahir bulan November. Sebab tu lah mak tang ni pon terpikir jugak. (Kalau ‘Izz lahir bulan-bulan lain, mungkin tak terpikir pon pasal khatan pon).

Maka bermulalah episod mencari doktor untuk khatan kan bayi lelaki. Paling famous dalam google adalah Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Banyak jugak review dari mommy bloggers. Maka letak lah nama anak. Dapat lah tarikh 26hb 12. Anggaran umur ‘Izz masa tu sebulan lebih. Oklah kan.

Sekali kol lagi untuk confirmation, rupenya dah tak ambil untuk bayi lelaki berkhatan!!!!! 😱😱😱😱Mak aih, rugi banyak dah masa. Doktor yang selalu ambil untuk khatan kan bayi tu, dah tak ambil lagi dah. Sedangkan memang beliau lah famous untuk khatan kan bayi sekitar Klang/ Shah Alam/ KL dengan kos anggaran RM160 – RM170 (saya tak pasti kos sebenar).

Dah lah terkebetulan pulak ada 2 kes khatan sampai terpotong kepala **** tahun ni. Seriau weeii.

Baby dah makin besar dah. Mak tang nak jugak khatankan baby ni. Kalau makin besar, takut dia sakit dan takut susah nak jaga lukanya 😰 Sebab tu lah kalau boleh nak seawal yang boleh sebab doktor kata awal-awal tu deria rasa die tak lah develop well lagi (wallahualam).

Mak tang pon menggagau mencari doktor. Sepupu pon ada yang khatankan untuk anaknya umur 2 ke 3 bulan di Si Jangkang dengan kos cuma RM140, tapi rupenya doktor tu dah jadi ADUN. Hahaa. Memang tak lah angkat phone orang yang tak dikenali😆😆

Hampir tiap hari mencari dan menggoogle pasal khatan bayi lelaki. Call DEMC, diorang memang ada khatan bayi dalam pantang (bawah sebulan, agak murah kosnya. Dalam bawah RM200). Tapi once baby mencecah 2 bulan, kena masuk OT dan kosnya mencecah RM3000 – RM5000 😂😂😂😂 Mengarut sungguh. Macam beranak regenya. Saya kol KPJ pon diorang jawab RM5000 anggaran. Mujur tak walk in tanya. Kah!!! Selekeh cenggini, kecik besar kecik besar kang mata deme tengok kita 😂

Saya kol pulak insurans company, berapa cover untuk khatan. Diorang jawab, RM150😂. Hahahah. Ok la tu kan. Tapi bukan lah untuk masuk KPJ atau DEMC. Gilo harga.

Cari punya carik akhirnya terjumpa blog Dr Hamid Arshat. Wahh😍😍 happy bukan kepalang. Guna kaedah Plastibell, RM400. Wahhh masa ni rasa murah dah sebab dah tercompare dengan DEMC dan KPJ tadi. Hahahahaha😂😂😂 lagi pulak dah kesuntukan masa. ‘Izz makin membesar. Maka terbuatlah temujanji (melalui kol sahaja) pada umur ‘Izz 2 bulan 5 hari. Untuk khatan bayi lelaki di klinik Dr Hamid Arshat ni, baby haruslah berusia 3 bulan ke bawah. Lebih dari tu dah tak boleh dah.

Prosesnya, amatlah senang. Hari temujanji, lebih 10 orang baby tau nak bersunat. Bagi ubat bius dan lepas ubat bius tu, tak sampai 10 minit (rasa kejap bebeno), siap dah prosedur khatan😘😘

Hari ke 4, tanggal dah plastibell tu (anggaran hari tanggal 5-7 hari). Senang sangat menjaganya. Syukur alhamdulillah. Tak lah mama perlu bercuti lama jaga anak lelaki bersunat nanti 😁😁.

sunat bayi lelaki Sunat/ Khatan Bayi Lelaki  img 2727Gambar – plastibell yang tertanggal dari ***** ‘Izz. Kecik jek. Memang tak makan space macam teknik Clamp.

Untuk yang nak dapatkan khidmat Dr Hamid Arshat untuk berkhatan; berikut adalah infonya:

Klinik Dr Hamid Arshat

KOMPLEKS YJN
No 1. JALAN JALIL PERWIRA 2.
BUKIT JALIL.
KUALA LUMPUR

Sila hubungi nombor-nombor telefon berikut untuk membuat temu janji :

No tel 03-77733 411 & 03-7773 2911

011-1633 7025, 011-1633 9975 (Boleh Whatsapp) 

atau

Puan Suriani (013-226 6968)

Laman web : http://www.jabalnur.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... sunat bayi lelaki Sunat/ Khatan Bayi Lelaki  pixel

You may also like...

1 Response

  1. sarah says:

    alhamdulillah, izz is a big boy now .
    kalau ada servis ni kat kelantan, next baby kalau boy leh sunatkan awal juga lah

Leave a Reply to sarah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.