Sunat/ Khatan Bayi Lelaki 

Alhamdulillah, hari ke 4 dah tertanggal dah part plastibell ‘Izz.
‘Izz dah berkhatan! Yeay?? Bujang dah anak mama ni. Hahahahah.

Ok ceritanya begini. Bulan 11, 12 memang biasanya ramai kanak-kanak lelaki berkhatan. Maklumlah bersempena cuti sekolah sekali. Terkebetulan lah ‘Izz ni lahir bulan November. Sebab tu lah mak tang ni pon terpikir jugak. (Kalau ‘Izz lahir bulan-bulan lain, mungkin tak terpikir pon pasal khatan pon).

Maka bermulalah episod mencari doktor untuk khatan kan bayi lelaki. Paling famous dalam google adalah Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Banyak jugak review dari mommy bloggers. Maka letak lah nama anak. Dapat lah tarikh 26hb 12. Anggaran umur ‘Izz masa tu sebulan lebih. Oklah kan.

Sekali kol lagi untuk confirmation, rupenya dah tak ambil untuk bayi lelaki berkhatan!!!!! ????Mak aih, rugi banyak dah masa. Doktor yang selalu ambil untuk khatan kan bayi tu, dah tak ambil lagi dah. Sedangkan memang beliau lah famous untuk khatan kan bayi sekitar Klang/ Shah Alam/ KL dengan kos anggaran RM160 – RM170 (saya tak pasti kos sebenar).

Dah lah terkebetulan pulak ada 2 kes khatan sampai terpotong kepala **** tahun ni. Seriau weeii.

Baby dah makin besar dah. Mak tang nak jugak khatankan baby ni. Kalau makin besar, takut dia sakit dan takut susah nak jaga lukanya ? Sebab tu lah kalau boleh nak seawal yang boleh sebab doktor kata awal-awal tu deria rasa die tak lah develop well lagi (wallahualam).

Mak tang pon menggagau mencari doktor. Sepupu pon ada yang khatankan untuk anaknya umur 2 ke 3 bulan di Si Jangkang dengan kos cuma RM140, tapi rupenya doktor tu dah jadi ADUN. Hahaa. Memang tak lah angkat phone orang yang tak dikenali??

Hampir tiap hari mencari dan menggoogle pasal khatan bayi lelaki. Call DEMC, diorang memang ada khatan bayi dalam pantang (bawah sebulan, agak murah kosnya. Dalam bawah RM200). Tapi once baby mencecah 2 bulan, kena masuk OT dan kosnya mencecah RM3000 – RM5000 ???? Mengarut sungguh. Macam beranak regenya. Saya kol KPJ pon diorang jawab RM5000 anggaran. Mujur tak walk in tanya. Kah!!! Selekeh cenggini, kecik besar kecik besar kang mata deme tengok kita ?

Saya kol pulak insurans company, berapa cover untuk khatan. Diorang jawab, RM150?. Hahahah. Ok la tu kan. Tapi bukan lah untuk masuk KPJ atau DEMC. Gilo harga.

Cari punya carik akhirnya terjumpa blog Dr Hamid Arshat. Wahh?? happy bukan kepalang. Guna kaedah Plastibell, RM400. Wahhh masa ni rasa murah dah sebab dah tercompare dengan DEMC dan KPJ tadi. Hahahahaha??? lagi pulak dah kesuntukan masa. ‘Izz makin membesar. Maka terbuatlah temujanji (melalui kol sahaja) pada umur ‘Izz 2 bulan 5 hari. Untuk khatan bayi lelaki di klinik Dr Hamid Arshat ni, baby haruslah berusia 3 bulan ke bawah. Lebih dari tu dah tak boleh dah.

Prosesnya, amatlah senang. Hari temujanji, lebih 10 orang baby tau nak bersunat. Bagi ubat bius dan lepas ubat bius tu, tak sampai 10 minit (rasa kejap bebeno), siap dah prosedur khatan??

Hari ke 4, tanggal dah plastibell tu (anggaran hari tanggal 5-7 hari). Senang sangat menjaganya. Syukur alhamdulillah. Tak lah mama perlu bercuti lama jaga anak lelaki bersunat nanti ??.

sunat bayi lelaki Sunat/ Khatan Bayi Lelaki  img 2727Gambar – plastibell yang tertanggal dari ***** ‘Izz. Kecik jek. Memang tak makan space macam teknik Clamp.

Untuk yang nak dapatkan khidmat Dr Hamid Arshat untuk berkhatan; berikut adalah infonya:

Klinik Dr Hamid Arshat

KOMPLEKS YJN
No 1. JALAN JALIL PERWIRA 2.
BUKIT JALIL.
KUALA LUMPUR

Sila hubungi nombor-nombor telefon berikut untuk membuat temu janji :

No tel 03-77733 411 & 03-7773 2911

011-1633 7025, 011-1633 9975 (Boleh Whatsapp) 

atau

Puan Suriani (013-226 6968)

Laman web : http://www.jabalnur.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... sunat bayi lelaki Sunat/ Khatan Bayi Lelaki  pixel

You may also like...

3 Responses

  1. sarah says:

    alhamdulillah, izz is a big boy now .
    kalau ada servis ni kat kelantan, next baby kalau boy leh sunatkan awal juga lah

  2. Tima says:

    Tujuan post ini adalah untuk peringatan pada saya supaya berhati2 membuat pilihan & juga panduan ibu2 lain.

    Niat untuk menkhatan Zufi sudah ada sejak mengandung lagi kerana Daddynya sudah sunat sejak bayi. Awalnya saya kurang setuju.Namun setelah baca beberapa post di bawah ini, hati saya mula terbuka.
    http://pakbidan.blogspot.com/2011/04/khatan-bayi-lelaki.html
    http://izyanzulkiply.blogspot.my/2015/07/sunat-bayi-lelaki-hudthoha.html?m=1
    http://masyitahazzahra.blogspot.my/2015/09/sunat-bayi-lelaki-khatan.html?m=1

    Akhirnya, kami ke Klinik Ajwa pada 13/8/16. Saya telah membuat temujanji hari sebelumnya. Memang berdebar2 tapi saya cekalkan hati sebab apa saya baca bayi tidak sakit kalau bersunat awal2.
    Nama Zufi dipanggil, dan Zufi diarahkan untuk letak di katil pemeriksaan. Saya pegang tangan Zufi. Nurse pegang kakinya. Saya kuatkan hati saya.
    Zufi mulai menangis ketika doktor suntik ubat bius di sekeliling bebird. & setau saja harus tunggu sekejap sampai ubat biusnya berfungsi tapi doktor sudah mulai potong. Zufi meraung, tapi menurut doktor dia mungkin tak suka kita pegang2 kuat dia. Saat ini, saya mulai hiba.

    Zufi diam setelah beberapa minit sunat siap. Kami pun kembali ke kereta untuk balik ke rumah Umi saya. Dalam perjalanan, Zufi mulai meraung2 lagi. Saya kelam kabut ambil ubat syrp PCM dan beri padanya. Namun dia tidak berhenti menangis. Saya panik. Dia memang betul2 kesakitan. Tak boleh sentuh bebird dia sedikitpun. Dia menangis hentak2 kakinya. Sampai terbatuk2. Ya Allah. Bagaimana ini?

    Setibanya di rumah, Zufi masih menangis. Umi pun menangis melihat Zufi kesakitan. Dan lalu memarahi saya & tidak mahu menjaganya kerana dia sendiri pun tidak bersetuju untuk sunat waktu bayi. Akhirnya, saya & Hubby bergegas ke klinik pakar kanak2 terdekat. Hanya Allah yang tahu bagaimana hati saya. Zufi ketika itu melihat wajah saya.. seolah2 meminta tolong.. “Ammy.. Ammy… Zufi sakit” waktu itu saya sangat menyesal. Salahkan tindakan saya? Adakah saya ibu yang zalim? Saya tidak sanggup melihat dia menangis. Saya keliru. Saya tahu sunat ini adalah perintah Allah. Tolonglah Ya Allah biarlah saya sahaja yang menangung kesakitannya.

  3. Tima says:

    Klinik Pakar Dr. Saiful memang ramai, tapi Hubby memohon ke kaunter untuk dahulukan kami. Akhirnya, doktor beri ubat tahan sakit yang lebih kuat. Alhamdulillah Zufi mulai diam. Kami pulang dengan hati agak lega. Doktor beritahu kalau selepas 6 jam bagi Pcm dulu.. kalau menangis jugak bagi Ibuprofen (ubat tahan sakit yabg baru). Tetapi bila sudah 6 jam dia menangis2, jadi saya putuskan untuk beri setiap 6 jam.
    Sepanjang malam, saya dan Hubby menjaganya. Kami biarkan pampers terbuka. Biarlah dia kencing & berak di lapik itu. Kami selalu memeriksa bebirdnya. Keesokkan harinya, saya & Hubby ke Klinik Ajwa lagi kerana bimbang krn bebird Zufi ada sedikit bengkak. Doktor lain yang memeriksanya, kata bebird Zufi okay cuma kena tuam dengan ais dibalut kain spy bengkaknya surut. Setelah ke Klinik, saya ke rumah mertua saya. Alhamdulillah Ibu & ayah mertua memang menyokong sunat ketika bayi. Mereka pun gembira jumpa Zufi. Zufi kalau tidak sakit, dia tersenyum2 & ketawa sembang dengan Daddy dia. Saya pula menumpang kasih dengan Mami sebab Umi saya sendiri merajuk dengan saya. Huhu.

    Kali terakhir Zufi merasa sakit adalah hari ke3 pukul 3am. Last dose ubat saya bagi pukul 10am. Zufi akan tertidur setiap kali selepas bagi ubat. Ye lah, waktu bagi ubat.. saya kena struggle dengan dia. Dia tak suka ubat. Menangis2. Memang tak sampai hati. Ketika pukul 4pm, Zufi masih tidur lena sampai lah malam.. saya pun tidak bagi ubat.
    Alhamdulillah! Terima kasih Allah! Syukur! Saya tak berhenti baca doa. & menangisssss…
    Ammy sorry Zufi..
    Mungkin ada hikmahnya..
    1. Supaya Ammy tidak buat keputusan tergopoh2 lagi
    2. Hubby setia menjaga Zufi dua hari. Akhirnya dia tahu bagaimana menjaga bayi.
    3. Hubungan saya dengan mertua makin rapat.

    p/s : sunat bayi memang boleh tapi buatlah sekurang2nya seawal 7 hari. Pendapat saya, Zufi berkembang cepat, jadi deria sakit dia sudah complete waktu umur dua bulan. Mgkn sbb tu dia sakit tak mcm baby lain.

    dari IG -> TimaChigo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.