Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Khamis lepas, saya mengambil cuti untuk pemasangan UNIFI di rumah (wah…cuma RM159 utk 20 Mbps untuk staff – RM249 untuk pengguna biasa). Hihi. Selepas siap pemasangan, saya bercadang untuk ke pejabat pos dan juga ke bank. Saya bersiap-siap sambil ditemani Iman yang kecoh itu. Bilik mekap saya read as bilik stor dek rumah yang kecil, ada sebuah tangga yang dahulunya disendal menggunakan troli besar lagi berat. Kebetulan pagi itu Ayah Iman mengusung troli terbabit ke pejabatnya. Jadi, hari itu tangga terbabit tiadalah penyokongnya. Tangga adalah jenis aluminium yang besar lagi berat. Nak dijadikan cerita, sedang saya membetulkan tudung, tiba-tiba bunyi gedegang yang sangat kuat. Dan tiba-tiba tangga menghempap saya lalu menjatuhkan Iman terperosok di bawah tangga.

{focus_keyword} Sudah Jatuh Ditimpa Tangga troleyTroli banyak berjasa semasa pindah rumah.

>

{focus_keyword} Sudah Jatuh Ditimpa Tangga awalGambarajah di mana kedudukan tangga dan Iman. Saya sedang betulkan tudung di depan cermin. Saya rasa Iman menolak tangga terbabit sehingga ia terlipat ke dinding.

k tan>

{focus_keyword} Sudah Jatuh Ditimpa Tangga awalaTangga hempap saya, dan kemudian Iman terperosok di bawah tangga.

>

>

Apa yang pasti, saya meraung-raung menjerit (mana taknya, anak bawah tangga tau!). Saya cuma fikirkan kalau-kalau tulang belakangnya patah atau pinggulnya retak kerana palang tangga tersebut betul-betul berada di atas belakang Iman.  Saya meraung sesuka hati, begitu juga Iman. Saya bawa Iman ke ruang tamu, dan pujuk dia dari nangis sambil minta maaf berkali-kali. (Terasa saya seorang ibu yang teruk). Tak sampai pun seminit saya pujuk Iman, dia mula ketawa melekek2 (agaknya kelakar kot tengok saya nangis?). Saya mula lega bila Iman mula berlari-lari seperti biasa.

Selepas perasaan mula lega melihat keletah Iman, saya mula perasan yang kaki saya sangatlah sakit. Dan baru saya perasan saya tak boleh jalan seperti biasa. Sakit betul.Oh, luka. Saya ingatkan luka biasa. Tapi bila terpandang yang jari kelinking tersebut bertukar warna biru, saya mula gelabah. Sebab saya tak dapat gerakkan jari kaki itu. Terus telefon Ayah Iman dan terpaksa menyuruh adik ipar saya menghantar saya dan Iman ke hospital. Terpaksa, sebab memang tak boleh jalan, dan saya bukanlah jenis yang mengada-ngada-sakit-sikit-riuh-sekampung.

Di DEMC, saya selamba badak tak pakai selipar (sebab tak boleh pakai), berjalan mengesot2 ke kaunter untuk pendaftaran. Saya daftarkan juga Iman. Nak cek dia sekali. Nurse bawakkan wilcha untuk saya. Hihi. Sepanjang merawat luka kecil itu, saya dengar suara Iman di luar yang menjerit-jerit kesukaan (seperti biasa bila ke hospital). Saya terangkan banyak kali pada nurse supaya rawat anak saya sebab dia ditimpa tangga. Tapi, nurse pun macam malas ambil peduli dek kerana melihat kelincahan Iman. Adoh..sampai adik ipar saya hampir tak larat mengejar Iman ke sana ke mari. Nurse kate, takpe, kami rawat ibunya dahulu. Hurm…saya di x-ray, dan sah, tulang itu retak seribu.

{focus_keyword} Sudah Jatuh Ditimpa Tangga DSC00019Luka kecil ini rupanya patah jari itu. Laaa…

>

Semasa saya naik wilcha, Iman meraung-raung mahu naik sama. Siap jerit2 kesukaan (malu mama kat hospital tau nak! =p). Dan alhamdulillah, Iman memang tiada apa-apa, cuma luka di mulut agaknya dihempap ke lantai.

{focus_keyword} Sudah Jatuh Ditimpa Tangga P1040873aLuka yang pecah di bibir.

>

Mungkin semasa tangga tu jatuh, ia menghempap belakang saya dahulu, dan forcenya kurang kuat bila menimpa Iman. Hujung tangga tersebut barulah timpa kaki saya dengan kuat. Begitulah agaknya. Syukur alhamdulillah. Maka, dapatlah cuti MC sehari. Menjadikan cuti saya 4 hari (Khamis – Ahad). Kikiki.

Saya sangat menyesal. Tangga tu di situ sebab kami tiada bilik lain yang besar untuk menyimpan tangga, dan ia diperlukan untuk adjust banyak perkakasan di rumah kerana baru sahaja pindah rumah. Dengan bayi seaktif Iman, saya tak seharusnya membiarkan dia bermain-main di sekitar tangga dan tempat-tempat yang berpotensi mengundang kebahayaan. Semoga saya menjadi ibu yang lebih baik selepas ini. Saya fikir, ada hikmahnya berlaku perkara seperti ini, dan ia sangat-sangat mengajar saya. Syukur alhamdulillah, Iman sihat dan kuat.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Sudah Jatuh Ditimpa Tangga pixel

You may also like...

1 Response

  1. mommaMia says:

    semoga cepat sembuh
    alhamdulillah semuanya selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.