Solat Jama’ & Qasar

Selamat Hari Raya Semua!

Selain kita bermaaf-maafan di Hari Raya, marilah juga kita asah kembali dan ulangkaji kembali sedikit sebanyak bab-bab agama yang wajib ni. Raya-raya ni surely kita bermusafir ke sana ke sini berziarah sanak saudara jauh dan dekat. Jom kita jengah-jengah hukum-hukum dan syarat-syarat Solat Jama’ dan Qasar ya. Internet memang bagus. Tapi untuk mencari informasi tentang agama, lebih baik terus merujuk kepada Ustaz, dan bukannya blogger-blogger biasa macam IbuCergas.com ni. Hihi. Jadi, saya sertakan sekali link-link di bawah ni untuk artikel asal tentang hukum-hukum ni. Adalah lebih baik kalau mengaji @ menimba ilmu direct terus dari Ustaz-ustazah, supaya tiada salah paham dan tokok tambah (sebab ramai antara kita ni dok suka tokok tambah, atau main ikut-ikut cakap orang sahaja).Klik di bawah ya untuk informasi lebih tepat.

  1. Dari Laman Web Zaharuddin.Net di link ini. <http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/319-ringkasan-perihal-solat-jama-a-qasar.html>
  2. Dari Laman Web DarulNu’man di link ini. <https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=142>

>

>

Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya sering balik kampung dan berjalan jauh. Saya mengetahui ketika musafir kita boleh menjamakkan solat, tetapi lantaran kurangnya ilmu tentang hal itu membuatkan saya tidak yakin untuk melaksanakan solat tersebut. Saya hanya mengqada solat setelah sampai ke destinasi. Banyak perkara yang mengelirukan saya. Misalnya kita tidak boleh menjamakkan solat sekiranya akan mendiami destinasi tersebut lebih dari tiga hari. Kita juga tidak boleh menjamakkan solat sekiranya destinasi tersebut adalah kampung halaman kita. Namun ada yang mengatakan kita boleh menjamakkan solat kerana ia bukan bergantung pada destinasi yang akan kita pergi, tetapi ia bergantung pada tempat di mana kita menjamakkan solat. Contohnya, di pertengahan jalan, kita terhenti, kita tidak berada di situ lebih dari tiga hari dan tempat itu bukan kampung halaman kita. Oleh itu saya amat berharap ustaz dapat menerangkan tentang solat jamak dan qasar, syarat-syaratnya dan cara mendirikannya, agar saya dapat mempraktikkannya kelak.

– Hayati, Sg Besi.

Jawapan
Wa’alaikumussalam

Saudari sepatutnya menjama’kan sahaja solat, qadha solat adalah sesuatu yang amat kurang baik untuk diamalkan. Qadha solat juga hanya wujud apabila seseorang tertinggal kerana uzur seperti tertidur dan yang seumpamanya. Sebarang tindakan meninggalkan solat secara sengaja adalah mengundang dosa walaupun qadha dilakukan.

>

Solat Qasar

Solat qasar ertinya memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat Isyak, Zuhur dan Asar)
Berikut pula syarat untuk men”qasar”kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-

  1. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.
  2. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya. (Waktu dibolehkan kepada seseorang yang ingin bermusafir mengqasarkan solatnya ialah setelah keluar dari kawasan kampungnya. Setelah melepasi bangunan terakhir di kampungnya, di situ barulah ia dibolehkan mengqasarkan solatnya. Inilah pendapat majoriti ulamak Islam termasuk imam Asy-Syafii. Pendapat yang mengatakan boleh mengqasarkan solat di rumah sebaik sahaja seseorang itu berniat hendak musafir adalah pendapat yang dikemukakan oleh imam Ata’. Walaubagaimanapun pendapat imam Atta’ ini sangat lemah dan ditolak oleh majoriti ulama. Dengan ini dapatlah disimpulkan menurut majoriti ulama masa yang dibolehkan mengqasarkan solat ialah selepas seseorang itu keluar dari kampung halamannya dengan melepasi bangunan terakhir di kampungnya itu.) Rujuk link ini (Klik sini Darul Nu’man)
  3. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.
  4. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).
  5. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.
  6. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bersmusafir dari awal hingga akhirnya.
  7. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.

Solat Jama’

Solat jamak ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu, misalnya menghimpunkan solat Zuhur kepada Asar dan sebaliknya serta fardhu Maghrib dan Isyak dan sebaliknya. Jamak Taqdim adalah bila solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu Zuhur, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. Syarat jamak Taqdim iaitu dimulai dengan solat yang punya waktu, niat jamak pada solat yang pertama, muwalat atau berturut-turut, berkekalan musafirnya hinggalah takbir solat yang kedua. Jamak Ta’khir adalah, melaksanakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak. Syaratnya berniat hendak menta’khirkan solat yang pertama pada waktu yang kedua, berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat. Solat jamak Tak’hir tidak disyaratkan tertib ertinya boleh yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Jama’ tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama’ kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375).

Syarat Jamak Taqdim:

  1. Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )
  2. Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tapi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.
  3. Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.

Syarat Jamak Ta’khir :

  1. Niat Ta’khir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)
  2. Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.

Soalan saudari tentang tidak boleh jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman sendiri adalah seperti berikut (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-

  1. Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.
  2. Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan mengatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya (bagi Ustaz Zaharuddin), keluar dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.
  3. Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng”qasar”kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL.

Wallahua’lam. Allah yang lebih mengetahui.Semoga hari ini kita lebih baik dari semalam. Rukhsah Solat bertujuan memudahkan.

>

>

Selamat bermusafir.

Dari IbuCergas.com

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Solat Jama' & Qasar pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.