Selamat Hari Raya 2012

Assalamualaikum, salam minggu2 terakhir Ramadhan.

Alhamdulillah, cepat betul masa berlalu Ramadhan ni. Ada banyak suka dan duka dikongsi bersama family dan rakan-rakan. Minta maaf atas salah dan silap. Buat customer-customer Ibucergas.Com dan Dapur.IbuCergas.Com, terima kasih dan jangan serik menziarah lagi ya. Kami warga IbuCergas Marketing memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang service kami kepada anda sekalian.

Sesiapa nakkan Medela Freestyle termurah di Malaysia, jangan segan-segan hubungi kami ye. Hehe. Sesiapa nak kek keluaran DapurIbuCergas.Com juga, sentiasa dialu-alukan. Maklumlah nak Raya ni, mesti ramai nak buat rumah terbuka kan? kan? Hehehe.

[Sempat tu nak iklan lagi, haha]

Sepanjang saya berblogging, banyak pengalaman yang saya terima, tak lupa juga pengajaran dan juga selok belok perniagaan. Dalam pada itu juga, segenap lapisan masyarakat juga dapat saya kenali. Sebab customer IbuCergas Marketing juga terdiri dari segenap lapisan masyarakat. Dari orang yang biasa-biasa (macam saya) sampailah ke tahap artis-artis dan mak-mak datin gitu. Heheheh!!

Buat kawan2 yang sama2 berblogging, sambil-sambil kita berniaga dan generate duit ni, jagalah juga kata-kata dan tulisan supaya ianya tidak “membunuh” sesiapa di luar sana. Jika ingin menegur juga, wajarlah ia menjadi general. Cek kembali entry-entry kita, adakah wujud entry-entry yang jenis “mengkondem”, “menempelak” atau “menyakiti” orang. Kalau ada, wajarlah rasanya didelete. Dikhuatiri setiap sesiapa yang membacanya akan menjadikan bertambahnya satu dosa buat kita. Kadang kala niat kita baik nak tegur orang, tapi ayat-ayat di internet, mesej-mesej di phone merupakan conversation yang “kaku”. Mungkin interpretasi setiap individu yang membacanya berbeza. Instead of kita mungkin nak create pahala dengan menolong orang, banyak pula dosa yang didapat hasil penulisan yang mengguris perasaan. Kalau ada yang tak puas hati, wajarlah mesej sahaja secara peribadi. Ia lebih menunjukkan profesionalism dan how mature we are in handling any type of emotional issues.

Akhir kata, saya dengan rasa rendah diri dan secara peribadi, memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Semoga lembaran akan datang menjadi episode dan cerita yang lebih baik untuk kita semua, InsyaAllah.

<

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

<

Salam sayang,

Mama Iman,
Ayah Iman,
Cik Iman,
& Warga Ibucergas Marketing

>

{focus_keyword} Selamat Hari Raya 2012 309456 3866614497825 1169551975 n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Selamat Hari Raya 2012 pixel

You may also like...

2 Responses

  1. susy says:

    Salam Aidilfitri dan salam perkenalan,

    Semoga berbahagia Iman sekeluarga di Hari Raya ini dan dapat duit raya banyak!!
    Mama Iman, saya suka blog kamu ini!

    Susy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.