Sejauh Mana Sayang Kita Kepada Nabi SAW

Seringkali kita memandang enteng perkara ini. Tepuk dada tanya iman. Sejauh mana kita sayang pada Nabi Muhammad SAW berbanding kita sayang pada suami, isteri, dan anak-anak kita. Semalam adalah Hari Kekasih @ Valentine’s Day, dan hari ini adalah hari lahir Nabi Muhammad SAW, utusan Allah SWT. Berapa orang yang memilih untuk menyambut Hari Valentine? Dan berapa orang yang pula yang memilih untuk mengingati Nabi Muhammad SAW?

Ada golongan yang mana Maulidurrasul pun sambut, Valentine’s Day pun sambut. Ada pula yang Maulidurrasul dia sambut, dan Valentine’s day dia tak sambut. Masalahnya sekarang, ramai golongan yang mana Maulidurrasul dia tak sambut, tapi Valentine’s Day pulak dia dok sibuk nak sambut. Ada juga yang Maulidurrasul pun dia tak sambut, Valentine’s day pun tak sambut. Tanya balik diri kita, kita dalam golongan yang mana? Golongan yang melebihkan Nabi Muhammad SAW? Atau golongan yang lebih mengenepikan Nabi Muhammad SAW?

Tujuan sambutan Maulidurrasul Nabi Muhammad SAW yang diadakan setiap tahun pada 12 Rabi’ulawal adalah bertujuan untuk memperingati perjuangan Nabi SAW dalam menyebarkan agam Islam. Kebiasaannya dalam majlis ini, banyak ceramah dan forum agama diadakan untuk memberi pengetahuan kepada sesiapa yang masih belum tahu, memberi peringatan kepada sesiapa yang mungkin sudah lupa akan segala cerita tentang perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan teladan dan ikutan. Kesemua perkara yang melibatkan Nabi Muhammad SAW, sama ada perjuangannya, cara hidupnya, dan segala yang berlaku bersama-sama para sahabat seharusnya dijadikan contoh dan sumber inspirasi seluruh umat Islam. Tetapi sejauh mana kita kini mempraktikkannya? Sejauh mana kita kini yang merasa di dalam hati walau sekelumit pun rasa ragu dengan Sunnah Nabi?

Berapa ramai antara kita yang lebih suka tambah-tambah amalan tapi yang menjadi amalan dan Sunnah Nabi Muhammad SAW tak pulak kita ikut? Berapa ramai antara kita yang pergi berarak di majlis Maulidurrasul, bernasyid, berzanji bagai, tapi amalan kehidupan Nabi Muhammad SAW kita sebenarnya berat nak buat? Berapa ramai antara kita yang lebih marah anak kita tak sembahyang dan tak mahu tutp aurat berbanding marahkan anak kita tak buat kerja sekolah dan tak mahu ke sekolah? Berapa ramai antara kita yang lebih mengutamakan dan lebih percaya adat dan kebiasaan budaya dari zaman berzaman turun temurun berbanding percaya dan yakin dengan Sunnah @ Hadith Nabi serta hukum-hukum yang disyariatkan dalam al-Quran? Berapa ramai yang masih percaya khurafat dan bida’ah berbanding Sunnah Nabi?

Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Mama Iman : Addicted dengan lagu “The Chosen One” Maher Zain sejak Cik Iman jatuh cinta dengan beliau. Hihi.


The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you

On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Sejauh Mana Sayang Kita Kepada Nabi SAW pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.