Sayonara My Little Car

{focus_keyword} Sayonara My Little Car P1030621

>

Alangkah sedihnya cuma tinggal beberapa hari (maximum 2 weeks time) untuk menikmati saat-saat pemanduan bersama Cik Kenari. Hadiah dari Mama sempena masuk ke universiti dahulu. Terima kasih mama. Bukan wawa mahu beralih kasih. Kalau banyak duit, mahu je wawa simpan kereta ni untuk selama-lamanya. Sentimental value itu banyak. Kenangan di universiti. Kenangan bersama rakan-rakan. Kenangan bersama mama. Namun apakan daya, komitment tahun 2011 ini, saya perlu menukar kereta dan punya rumah sendiri (syukur alhamdulillah). Tahun depan, agenda anak baru pula? Kekeke. So, mudah sedikit untuk berulang alik ke Batu Pahat dan travel jauh-jauh since Ayah Iman banyak komitment travel ni. Memandangkan tahun depan insyaAllah kami berempat, tidaklah perlu kami memikirkan masalah kereta lagi. Ops, saya belum mengandung…Cik Iman baru genap setahun 31/3 ni. Masih ada setahun lagi sebelum Cik Iman graduate penyusuan susu ibu. Heheheh.

Mula-mula saya jatuh cinta cinta pada Cik Kenari, ramai (read as ramai gile) kutuk Cik Kenari tau. Ayah Iman pun tak terkecuali. Mesin basuh bergerak? Kasur Beroda? Akuarium Manusia? Apa saja gelaran pada Cik Kenari saya. Uhu…dan saya tak sangka bila mana Ayah Iman mengiklankan Cik Kenari, ramai pula yang berminat. Sebelah malam diiklankan, esoknya bertalu-talu handphone berbunyi tak menang tangan dibuatnya orang merisik khabar Cik Kenari.  Yang nak bayar cash jek dah 4 orang. Saya pun rambang mata nak beri pada siapa. Harap-harap dapatlah seorang tuan yang bertimbang rasa dan baik hati. Berminat? Leh ke sini, sini, sini dan sini, untuk iklan penuh.

Sepanjang Cik Kenari dengan saya, saya memang tak pernah miss servis berkala ke klinik. Alhamdulillah Cik Kenari pun tak pernah eksiden teruk. Setakat bergesel situ, sini, sana sinun (Cis…untung-untungkan syarikat insurans pula). Uhu…sob sob… Ayah Iman pun dah rasa sedih mahu menjualnya. Saya apatah lagi. Memang sekarang menikmati betul-betul pemanduan bersama Cik Kenari. Sayonara. Saya sudah mula rindu kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Sayonara My Little Car pixel

You may also like...

2 Responses

  1. k'yah says:

    wah..nak tukar kete, nak tambah anak, nak masuk umah baru, bestnya..nnt leh tumpang naik kete br yeay :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.