Saya Mahu Belajar Cara Tulis Blog Berinformasi Dari Blog My Super Kids dan Sarakids

Kenapa saya tulis blog sebenarnya? Menggedik-gedik update status diri, menggedik-gedik update status Iman. Macam lah orang lain tak punya anak. Macam lah diri tu bagus sangat. Hurm.. siapa yang rasa macam tak suka blog saya ni, ehem, silalah blogwalking ke blog-blog lain ye. Ini blog peribadi, maka dengan adanya dasar dan sistem demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia, saya berhak menulis sesuka hati saya. Miahaha.

>

Alamak, kenapa berbahasa kasar pulak ni. Tidak-tidak, terima kasih kepada kalian-kalian yang sudi menjengah ke taratak kecil hamba ini. Sebenarnya bukanlah saya nak mencari glamour sangat pun tulis blog ni. Pada awalnya saya cuma menulis untuk sembang-sembang pasal keibubapaan. Yelah, setelah menjadi ibu, tiba-tiba banyak pulak fahaman saya yang contradiks dengan fahaman orang-orang tua. Tak puas hati, and naturally has the researcher’s instinct inside, saya pon try lah godek-godek, tanya cik Google, Yahoo bagai, untuk confirmation. Dari sini barulah kenal Blog My Super Kids, Mommy Lyna yang Super itu, dan Blog Sarakids yang mantap itu, serta blog-blog lain yang hebat-hebat memperjuangkan natural parenting ni.  Maka, dengan itu banyak lah terlerai kekonfiusan saya ni. Lantas mahu saya kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara mara saya yang lain. Bagus lah pulak di Facebook adanya aplikasi Networkedblog ni. So, dengan tak semena-mena semua rakan FB saya dapat lah tengok blog saya yang mengada nih. Hahaha. Dengan ilmu-ilmu dan pengalaman dari Blog My Super Kids dan Blog Sarakids, saya harap dapat perkembangkan informasi-informasi berikut, disertakan sekali dengan applikasi yang saya buat pada Cik Iman saya pula.

>

1) Berkongsi Ilmu Penyusuan Susu Ibu

Bermula dari cerita tentang penyusuan sejurus selepas bersalin (mungkin untuk anak kedua saya nanti, saya akan cuba tulis selengkap mungkin), semasa pantang, proses pengepaman, proses kendalikan susu perahan, teknik penjimatan ruang freezer sekiranya stok dianugerahkan banyak, cara-cara untuk menambahkan susu, bagaimana mendapatkan susu berkualiti, serta pengepaman di tempat kerja. Saya mahu kongsikan segalanya dengan rakan-rakan dan saudara-mara saya, tentang setiap inci ilmu penyusuan yang ekslusif. Kalau boleh saya mahu semua orang yang saya kenal berikan anak mereka susu ibu, dan seboleh-bolehnya membuang semua tanggapan dan mitos-mitos tentang penyusuan susu ibu dari minda mereka. Semua ibu mempunyai susu. Sebab itulah tanpa segan silu saya bercerita tentang penyusuan susu di blog ini, tanpa segan-segan bercerita tentang breast dan susu  sekerap mungkin.

2) Berkongsi Maklumat dengan Ibu bapa lain tentang keibubapaan.

Juga terdapat banyak mitos dan pantang larang orang tua dalam mendidik anak yang kadang-kala saya rasakan jauh menyimpang dari apa yang diajar Nabi Muhammad SAW, dan juga syariat Islam. Jadi, adalah seperti suatu kewajiban saya juga untuk memberitahu orang, rakan-rakan dan saudara khususnya betapa kita perlu beranjak ke haluan yang betul dan diredhai. Contohnya, amalan bidaah yang sering diamalkan dalam masyarakat kita. Mengapa mesti “Biar mati anak, jangan mati adat”. Bukan ke sepatutnya, “Biar mati syahid anak, jangan mati Syariat Islam”. Tidak lupa juga persoalan-persoalan kontroversi yang harus ditangani dengan baik apabila berbicara dengan saudara-mara yang lebih tua dalam bab keibubapaan. Seperti apa? Contohnya, penjelasan tentang susu ibu payudara kanan ialah nasi, dan kiri ialah air? Atau air masak itu elok untuk bayi atau tidak? Atau keburukan penggunaan putting di kalangan bayi? Jadi, saya menulis blog sebagai satu alternative untuk menyatakan pendapat saya tanpa perlu membuka mulut, atau menyakiti hati orang lain kerana saya paham, sukar untuk meyakinkan orang.

Selain daripada info seperti di atas, saya juga berharap dapat berkongsi pengalaman dari segi perkembangan bayi dan kanak-kanak (mengaplikasikan anak sendiri..kikiki), serta pembelajaran anak sejak kecil, tidak kira formal atau informal. Setakat ini, saya telah membincangkan beberapa isu keibubapaan (membincangkan itu termasuklah copy paste dari akhbar ye. Hehe) Contohnya, bagaimana menyediakan solid food berkualiti untuk ibu-ibu bekerjaya (bekerja dan berjaya).

>

Tidak kurang juga dengan agenda-agenda berikut.

1) Menyimpan kenangan bersama Iman – Supaya Mama Iman tak lupa.

Penyusuan susu ibu adalah suatu proses semulajadi yang bukan mudah. Justeru, segala kenangan bersama Cik Iman dan setiap aksi dan telatah penyusuan Cik Iman tidaklah mahu saya lupakan. Iye, saya faham, bukan saya seorang yang menyusukan anak, tetapi saya mahu perkembangkan keistimewaan susu ibu itu. Segala perkembangan anak-anak, juga saya tidak mahu lupa. Segala keletah dan aksi menghiburkan hati, saya ingin ingat sampai bila-bila. Saya cuma berharap maklumat di internet tidak terhapus di telan zaman, dan tidaklah hilang ditelan masa. Dek kerana ingatan saya yang tidak seberapa, saya mahukan semua kenangan ini segar dan bila-bila masa boleh diakses.

2) Menyimpan kenangan bersama anak – Supaya anak-anak tidak lupa

Memandangkan zaman sekarang ni, kita dapat lihat keruntuhan akhlak dan moral anak-anak remaja kita, yang semakin serius, melakukan sesuatu tanpa memikir kesan dan akibat. Mama berharap apabila Iman dan adik-adikmu dewasa kelak, kalian boleh membaca kesemua coretan mama. Bila mana Iman dan adik-adikmu bercelaru, dan merasakan its the end of the world, bacalah blog ini, supaya kalian dapat tahu how precious you are. Segala-galanya tentang kalian semua, sejak dari mama mengandungkan kalian, anak-anak semua sangat berharga, diiringi dengan doa dan penuh pengharapan, supaya kalian menjadi hamba yang soleh dan solehah, bersederhana di dunia fana, juga tidak melupakan alam kekal di sana. We always take something for granted. Kita selalu tak menghargai sesuatu itu bila mana ia ada di depan mata. Apabila kita kehilangannya, barulah kita tahu betapa kita amat menghargainya. Jadi, bilamana anak-anak merasa kecewa atau putus asa, ingat ye, dunia ini sementara. Belajar lah memujuk diri supaya menjalani kehidupan dengan positive dan tenang. Mama sentiasa doakan kalian.

>

Jadi , dah tahu kenapa saya menggedik nak update blog? Hehe. Sebelum orang lain mengatakan kepoyoan saya mengupdate blog, saya tulis panjang-panjang ni untuk menjelaskannya. Terima kasih.

>

>

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Saya Mahu Belajar Cara Tulis Blog Berinformasi Dari Blog My Super Kids dan Sarakids pixel

You may also like...

3 Responses

  1. NUR says:

    oh.. sesungguhnya banyak informasi..

    dan tiada unsur gedix ditemui.. moga berjaya.
    Jemput ke:ALL IN ONE

  2. dja@sishaza says:

    x de apa yg gedik pun kt sini. semuanya ok, lots of helpful tips 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.