Saya Dikelilingi oleh Orang yang Kuat Minda, Jiwa dan Semangatnya

Assalamualaikum,

Kali ni saya akan bercerita tentang salah seorang insan yang hebat dalam hidup saya (ada ramai, ni salah seorang =D, lainkali cerita pasal mak saya pulak. Ma, jangan merajuk ya. Hihi). Bukan setakat dalam hidup saya, malah dalam hidup suami saya, anak saya dan orang sekeliling saya. Menulis blog adalah satu komitment yang agak tinggi. Bukan setakat nak update aku-suka-apa-dan-kau-suka-aku-ke-tak punya cerita. Kadang-kala ia melibatkan kehidupan dan perjuangan hidup seseorang manusia di muka bumi ini. Ia juga bukan seakan kata-kata orang membuka pekung di dada tayang semua masalah kita pada orang. Bukan pasal semua-semua tu. Ia lebih kepada inspiring orang-orang di sekeliling supaya mana tahu kisah-kisah orang kuat sebegini mampu mengubat dan mengubah persepsi orang yang hampir-hampir putus semangat hidupnya. Malah, ia juga mengimbau kembali ingatan kita pada seseorang mana tau akan lebih menjadikan kita menghargai seseorang itu.

{focus_keyword} Saya Dikelilingi oleh Orang yang Kuat Minda, Jiwa dan Semangatnya 223575 10150162860718261 3895608 n1

Saya dan Ibu Mertuaku

 <

Perkenalkan, ibu mertuaku (jangan dikau sebut ala-ala P.Ramlee sudey). Haha. Nama beliau adalah Hamdana binti Abdul Aziz. Wajah putih persis orang Cina kerana ada aliran darah bangsa itu dalam susur jalur keluarga. Even suami saya pun kalau pergi kedai, out of 10 people, ada la 6, 7 orang tetibe-tibe tak pasal-pasal cakap bahasa Tiong Hua pulak dengan laki saya tuh. Terpinga-pinga mamat tu dibuatnya. Muka tak lah putih mana tu, gelap je saya tengok. Hihi. Tapi sentiasa cerah di hatiku. Eceh =D.

Ok, sambung cerita.

Hasil hidup jiran sebelah-menyebelah di Patu Pahat dahulu, menimbulkan bibit2 cinta antara ibu mertuaku dan bapa mertuaku ini. Heheh. Alhamdulillah, hasil perkahwinan ini, lahir 4 orang bujang yag hensem-hensem belaka (termasuklah encik suami saya). Ngaaa =D. Itulah tipikal kisah sebuah keluarga.

{focus_keyword} Saya Dikelilingi oleh Orang yang Kuat Minda, Jiwa dan Semangatnya scan0002

 

Masa ni tahun 1992. Kaki ibu masih belum dipotong. Tapi ibu kurus sangat masa ni.

 <

Namun, apa yang berbeza tentang keluarga ini berbanding keluarga biasa adalah, ibu mertuaku merupakan seorang pejuang. Oh, bapa mertuaku juga pejuang di laut. Beliau adalah tentera laut. Tapi ibu mertuaku pula adalah pejuang kehidupan. Beliau ialah seorang bekas pesakit kanser yang terselamat dari penyakit itu 20 tahun yang lepas. Kiranya satu keluarga adalah pejuang la ni.

Ia bermula pada tahun 1989 ketika mengandungkan anak yang ketiga. Ketika itu terdapat bonjolan si sebelah lutut kaki kiri beliau. Sehinggakan di saat untuk melahirkan bayi ketiga itu, nurse marah-marah sebab tak nak bengkokkan kaki. Bukan tak nak sebab mengada-negada pon. Masa tu kaki tengah sakit dan bengkak tu membesar. Maka, manalah boleh nak bengkokkan kaki tu. Nure kurang diajar ini. Mujur ada nurse yang faham, balas balik tengkingan nurse pertama tadi, “Ko tengoklah kakinya sakit tu. Macam mana nak bengkokkan”. Hish.

Bermula lah kisah perjuangan beliau. Selepas Adam dilahirkan, keadaan ibu belum berapa serious lagi. Ketika itu belum ada lagi teknologi untuk tulang gantian. Either you will die, or potong kaki. Itu sahaja pilihan yang ada. Namun, ibu tak nak kehilangan kaki. Siapa nak kan? Tiada siapa yang nak? Nauzubillah. Minta-minta dijauhkan. Stage kanser masih awal ketika itu, tetapi doktor dah suggest untuk potong kaki. Ia agak mengecewakan membuatkan ibu dan abah terpaksa berulang alik mencari alternatif perubatan tradisional. Banyak juga rawatan tradisional ibu dan abah kunjungi untuk memulihkan ibu. Pada masa yang sama, abah banyak juga tugasan luar terpaksa belayar, sebulan dua dengan agak kerap.

Ketika itu anak-anak tiga orang masing-masing masih sangat kecil. Suami saya anak sulung berusia 4 tahun, angah berusia 3 tahun dan Adam masih bayi. Sepanjang proses rawatan travel ke sana sini malam ke siang, anak-anak terpaksa ditinggalkan di dalam kereta. Kadang-kala pukul 3 pagi juga ada. Kereta waktu tu tak berbau kereta dah pun. Bau najis dan kencing anak-anak adalah pewangi kereta. Keadaan memaksa.

Sekitar tahun 1992 ke 1993, kanser ibu bertambah teruk. Ibu abah sekeluarga masa tu berpindah ke Singapore kerana tugasan abah di sana. Masa tu alhamdulillah abah dah tak keluar belayar lagi. Rawatan kimoterapi terpaksa ibu lalui sejak itu selama hampir setahun lamanya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Ketika itu Adam berusia 3 tahun dan suami saya berusia 7 tahun. Ibu semakin hari semakin terlantar di rumah. Terbaring bagai mayat hidup. Tubuh kurus melidi, pucat melesi. Mujur Adam anak yang baik, tidak banyak kerenah, hanya duduk di sisi ibu menemani ibu. Abah akan pulang tengah hari bawa nasi bungkus untuk anak-anak dan ibu. Lepas memastikan ahli keluarga kenyang, baru abah keluar ke kerja kembali. Malah, suami saya atas dasar merasakan dirinya adalah abang, kadang kala menyuapkan adik-adiknya makan ketika itu. Suami 7 tahun, angah 6 tahun dan Adam 3 tahun.

Dari segi emosi, tak payah nak katalah. Kalau kita kena kanser, tentu saja perkataan “mati” je yang bermain di bibir kita. Sebab tu saya katakan, keluarga ini adalah keluarga pejuang. Si ibu berjuang hidup dan mati atas penyakit yang dialaminya. Si suami berjuang mental, fizikal dan emosi menjaga isteri yang terlantar sakit dan terbaring lesu. Sambil pula ditemani anak-anak kecil yang belum mengerti apa-apa. Anak-anak kecil pula kekurangan kasih sayang disebabkan kesakitan si ibu dan kesibukan si ayah. Emosi bagaimana rasanya yang mereka hadapi ketika itu, hanya mereka yang tau. Mesti ada hari yang rasa seperti malap, ada hari yang gelap, dan ada juga hari-hari yang seakan cerah bila harapan mula menampakkan diri.

Menjadi seorang anak sulung, dalam keadaan itu memaksa suami saya juga untuk pandai berdikari. Umur 7 tahun, suami saya dah tahu sekilo bawang, sekilo kentang, sekilo ikan itu berapa harganya (anda tahu? =D). Beli barang-barang basah untuk dimasak ala kadar cuma. Being a child, nakal-nakal sikit pun ada la. So, pernah juga klepet duit untuk beli jajan dan makan sebelum sampai rumah. Ishk3..usah ditiru ya. Buktinya, sila tengok saiz beliau dahulu. Heheheh. Tapi ibu kata suami saya jenis yang susah sangat nak nangis. Mungkin terpaksa menjadi matang sebelum umurnya dengan keadaan keluarga yang begitu.

Sepanjang kesakitan dari kelahiran Adam pada tahun 1989, ibu terpaksa menggugurkan kandungannya sebanyak 3 kali. Ibu amat terkilan, kerana mana tahu, antara anak-anak yang digugurkan itu, mungkin ada kebarangkalian untuk ibu memiliki seorang anak perempuan. Awal tahun 1993, ibu solat istikharah 40 malam lamanya sama ada untuk potong kaki ataupun tidak kerana keadaan kaki ibu semakin teruk. Nanah keluar memancut2 dari tempat yang membesar dan membengkak itu. Malam terakhir itu, ibu bermimpi, bahawa ibu hanya menggunakan tongkat tampung ketiak dan hanya dengan kaki kanan sahaja.

Keesokan harinya, ibu terus nekad beritahu pada abah persetujuaannya untuk kakinya dipotong. Dengan bayaran pembedahan sebanyak RM7k, ibu dan abah ke hospital swasta di Johor. Selesai pembedahan, ibu betul-betul terkejut sebab keadaan kakinya dipotong exactly the same dengan keadaan kakinya ketika di dalam mimpi. Takdir Allah, tak siapa yang tahu.

{focus_keyword} Saya Dikelilingi oleh Orang yang Kuat Minda, Jiwa dan Semangatnya scan0001

 

Ketika ini kaki sudah pun dipotong

>

Kemudian, pertengahan tahun 1994, ibu abah sekeluarga berpindah ke Lumut. Di sana, ibu pulih sedikit demi sedikit. Dari tubuh yang kurus melidi, beliau semakin sihat dan berisi. Syukur alhamdulillah. Tahun 1999, ibu disahkan mengandung anak ke empat. Dan kandungan ibu betul-betul dipantau kerana mengenangkan kisah penyakit yang pernah ibu alami dahulu. Pemakanan ibu, suplemen yang disyorkan tak pernah ditinggalkan dan ibu mengandung selama 8 bulan dengan kaki hanya sebelah. Hebat kan? Bertongkat ke sana ke mari, sambil menjaga anak-anak lain di rumah, dan mengandung!

Umur kandungan mencecah 8 bulan, ibu terpaksa dibedah kerana baby sudahpun mempunyai berat 4 kilo (berkat makan suplemen agaknya =D). Pada ketika itu, berat sebegitu sudah dianggap bayi cukup besar dah tu (sekarang ada baby keluar 5 kilo beb!).

Boleh dikatakan kisah cinta saya dan suami adalah melalui chatting. Bila dah kenal lama tu, bila mula nak mengenali latar belakang keluarga, cerita kisah ibu inilah menguatkan lagi rasa saya ingin mengenali keluarga ini (menguatkan rasa cinta saya juga… ahaks). Bukan calang-calang orang boleh mengharungi detik yang begitu. Bukan calang orang juga boleh mengawal emosi dan perasaan hidup dalam keluarga dengan dugaan begitu.

Ketika awal-awal perkahwinan saya dengan suami, abah ada kata pada kami. Kalau tak dipotong kaki, mungkin umur ibu hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi. Selama sejak survive dari penyakit kanser itu, abah juga tidak memberitahu ibu bahawa jangka hanyatnya ibu mungkin hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi. Demi menjaga emosi dan peraasaan ibu, hanya selepas 20 tahun, baru abah beritahu.

Bila saya dan keluarga berjalan-jalan di shopping mall atau ke mana-mana, bukan seorang dua mata memandang. Ramai yang memandang dan malah ramai yang bertanya. Saya dan suami dan juga ahli keluarga, tak pernah rasa malu. Malah bangga dengan memiliki ahli keluarga seperti ibu.

Cuma ada satu kisah selingan yang menyentuh perasaan. Di kala ibu sudahpun tiada kaki, di waktu perjumpaan ibu bapa di sekolah rendah, angah ketika itu masih kecil, masih belum sangat memahami. Angah katakan pada ibu. “Ibu, ibu tak payah keluarlah. Angah malu ibu takde kaki”. Sentap hati si ibu bila anaknya berkata begitu. Menangis ibu di dalam kereta. Tapi ibu pun tak salahkan angah. Angah kecil lagi, 8 tahun barangkali umurnya waktu itu. Tapi takpe, sekarang angah adalah anak ibu yang paling baik dan paling manja. Hihi. Ibu tak risau lagi =)

Walau badai melanda, ibu tetap juga kuat, sama seperti dulu. Sebab tu saya katakan, ibu adalah salah seorang pejuang kehidupan, dan kekuatan itu akan kekal sampai bila-bila. InsyaAllah. Alhamdulillah, ibu kini sihat dan berumur 51, dan sihat di samping kami sekeluarga. InsyaAllah, anak-anak ibu akan berusaha untuk membahagiakan ibu sampai bila-bila.

Semoga ibu sihat sentiasa.

Amin.

Salam sayang,

Menantu Gonjengmu,

Wawa =D

{focus_keyword} Saya Dikelilingi oleh Orang yang Kuat Minda, Jiwa dan Semangatnya 230690 10150162860658261 277726 n

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Saya Dikelilingi oleh Orang yang Kuat Minda, Jiwa dan Semangatnya pixel

You may also like...

2 Responses

  1. nana says:

    sedeynyer cite akk nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.