Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek

Saya dan Bazar Ramadhan

Namun entah tanpa disedari, kami tidak lagi bergantung kepada Bazar Ramadhan itu. Entahkan bila. Menurut mak, masa kami sekolah rendah, setiap hari mahu ke Bazar, dan setiap hari pasti ada satay RM10 buat adik, dan setiap hari wajib mak masak bubur kacang buat saya. Bila sudah tak pandai merengek mengada-ngada lagi dan pandai berpuasa, Bazar Ramadhan sekadar menjadi suatu option sahaja. Mahu keluar ke Bazar, malas menjadi alasan. Di Meru, bazar satu itulah yang menjadi tumpuan. Tiada bazar lain, tidak seperti Shah Alam yang mana bazar dibuka di setiap seksyen.

Kalau dikatakan memasak di rumah itu menjimatkan, saya rasa ia tidak benar. Memasak di rumah melibatkan kos yang hampir sahaja sama dengan membeli.  Ya, mungkin menjimatkan jika memiliki keluarga yang besar. Untuk makan berdua, terkadang membeli makanan siap itu jauh lebih jimat dan tak penat. Tetapi, pastinya kualiti dan kepuasan itu tidak sama. Meskipun tidaklah pandai sangat memasak, saya memasak untuk sahur dan berbuka, setiap hari setakat ini. Bukannya nak tunjuk tere masak dan bukannya mesti fancy-fancy. Cukup sekadar berkhasiat dan mengenyangkan. Sampai terkadang encik Suami teringin sangat makan luar. Haha. Mungkin bosan dah dengan masakan sang isteri. Cuma saya amat meneliti tentang kebersihan makanan. Bukan sekali dua saya makan di luar, perut terus memulas dan terpaksa mengeluarkan kesemuanya kembali. Hampir phobia jika perkara seperti ini terjadi. Saya memilih? Bukan. Cuma saya risau. Cukup risau tentang kebersihan makanan:( {focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek icon sad.

Hari ni pula, dikejutkan dengan berita di mana seorang kanak-kanak di Meru Klang, meninggal dunia dengan mulut berbuih-buih disebabkan keracunan makanan. Meru itu lah kampung saya. Bazar bagai lautan manusia di Meru itu adalah bazar di mana dahulu hampir setiap hari kami kunjungi.

Anak terbaring mulut berbuih
Oleh Nur Lela Zulkipli dan Ahmad Isyafiq Mad Desa

MERU: “Ketika ke bilik air kira-kira jam 6.10 pagi saya dengar bunyi dengusan nafas yang kuat dan terkejut melihat Dini terlentang dengan mata terbeliak serta mulut berbuih.

“Saya membawanya ke hospital, tapi sebaik tiba, doktor beritahu anak saya sudah meninggal dunia,” kata Mohamad Ali Khir, menceritakan detik kematian anak perempuannya berusia 11 tahun selepas berbuka puasa dengan juadah dibeli di bazar Ramadan.

Mohamad Ali, 37, berkata dia membeli air batu campur (ABC) dan otak-otak untuk juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran rumahnya di Taman Seri Mewah Fasa 2, di sini, pada petang Ahad lalu.

Menurutnya, anak perempuan tunggalnya, Nurdini, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, di sini, meminta untuk berbuka puasa dengan ABC dan otak-otak sejak hari pertama berpuasa.

“Hanya pada hujung minggu lalu (Ahad) saya sempat membeli juadah itu. Arwah amat berselera menghirup ABC ketika berbuka puasa. Saya dan anak-anak serta pembantu rumah juga menikmati juadah itu.

>

>

Sebenarnya harini hampir pudar sudah semangat untuk memasak sendiri. Tapi mendengar kembali berita di atas, takut saya menjadi-jadi pula. Malahan keluarga sahabat saya sendiri di Meru terpaksa di tahan di hospital gara-gara keracunan makanan. Abang, sabar jek la ye? Hihi:lol: {focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek icon lol .

>

>

Saya dan Duit

Bulan Ramadhan sering dikaitkan dengan duit di dalam poket.  Bulan Ramadhan sering dikaitkan dengan kesibukan mencari segala yang berkaitan dengan Raya, Baju Raya, Kuih Raya, Langsir Raya, Rumah Raya?? Bulan Ramadhan sering dikitkan dengan sales yang konon berganda-ganda murah. Teringat kisah si anak kecik Syakila (sepupu saya) yang ketika itu masih tadika. Bila ditanya barang apa dah dibeli untuk raya. Jawabnya “Semua sudah, kecuali emas“. Ternganga mulut makcik mendengarnya8O {focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek icon eek.

Saya? Entah. Tahun ini adalah tahun pertama kami ada Rumah Raya. Alhamdulillah. Kalau dikira-kira, memang sepatutnya banyak yang perlu kami beli. Tapi, mungkin kami beraya dengan sederhana sahaja (mengikut apa yang ada sahaja). Hihi. Berjimat lah kononnya. Takde baju raya 7, 8 pasang, emas sepersalinan juga tiada (memamg tak pernah ada..huahau). Tiada langsir raya, cadar raya, karpet raya dan sarung bantal raya. Haha. Tiada beg tangan, kasut dan jam tangan raya. Cumanya tangan saya terlalu gatal pula mahu membeli macam-macam bahan untuk dijadikan kek dan manisan. Gatal sungguh. Antaranya ialah;

>

>

Red Velvet Cake

Yang ini baru sahaja direalisasikan hujung minggu lepas. Encik suami amat sukakannya. Tiap malam berebut kek dengan saya. Setelah bermalam di dalam peti ais, kek ini memang sedap. Dan saya tak jemu memakannya. Rasa mahu esok juga buat lagi. Yummy.

{focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek swisscolonyredvelvet

Sumber: Blisstree

>

>{focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek P1050401

Yang ini versi saya

>

>


Devil’s Food Chocolate Cake

Kek ni dah lama menarik perhatian saya. Cuma menghitung hari untuk membuatnya. Hujung minggu ini, kek inilah agendanya. Warnanya, teksturnya, memang mengecurkan tekak saya. Tangan saya tak berkira-kira sanggup sahaja membeli bahan-bahan kek ni. Walhal, boleh kot beli terus dari kedai kek. Tapi itulah, kepuasan itu takkan pernah sama.

{focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek devil 252527s 252520cakeSumber : Secubit Garam

Alamak, semua nya kek yang associate dengan keju. Melaut la diet Encik Suami. Dan semakin nipislah poket saya jawabnya. Huhuhu. Yang pasti, kek-kek ini bakal menghiasi ruang tamu saya untuk tetamu-tetamu yang hadir ke rumah sempena Raya nanti. Hihi. Sanggup perabis duit untuk kek, mengalahkan beli persediaan raya. Hihi. Perut tetamu didahulukan hokeh:lol: {focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek icon lol .

>

<

>

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh alyrds a.k.a Ally Ardee Simin  & Wan Fatihanum dan ditaja oleh Adorable Muslimah

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek pixel

You may also like...

2 Responses

  1. alyrds says:

    wah~… meleleh tengok kek tu yek!…

    apa pun, entri yang memberi kesedaran terutama peniaga (kalau depa amik kisa noh) jangan ambil mudah dengan segala jenis ramuan yang diambil.

    selamat berjaya!

  1. August 18, 2011

    […] oula berkongsi tentang bazar Ramadhan, duit dan kek! Sungguh yummy puasa2 ni kan, jom jenguk entry Saya, Bazar Ramadhan dan Duit untuk Kek. Baca juga pengalaman Coffee Mama yang menjalani fasa2 dalam hidupnya di bulan Ramadhan dalam entry […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.