Salur Susu Tersumbat

Salam…

Saya pernah mengalami masalah salur susu tersumbat.. uh..sakitnya…

Pada awal-awal kelahiran Iman… saya tak berapa pandai menyusukan Iman di B sebelah kanan… jadi saya hanya concentrate menyusukan di sebelah kiri sahaja.. bahagian belah kanan saya pump untuk elakkan bengkak…and beri expressed milk tu pada Iman. Pernah sekali saya pump keluar darah! Memang takut. Lama kelamaan, darah itu hilang. Mungkin ianya ketulan yang menyumbat saluran susu. Tapi disebabkan masa tu tak banyak pengalaman, even saya pump banyak kali, lama-lama pun, B tetap membengkak.. Iman pulak macam tak cukup susu.. Bila saya suakan B sebelah kanan, dia mengamuk-ngamuk, menjerit-jerit sebab tak pandai latch on dengan betul. Kebetulan pulak nipple sebelah kanan flat.. wooo…

Hanya selepas 1 bulan, Iman dapat latch on sebelah kanan.. itu pon sebab dah lama pump, barulah nipple tu nak keluar. Pertama kali Iman dapat latch on.. hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya Iman menyedut keluar susu. Sakit sangat-sangat. Menitik air mata saya. Mungkin susu tu terperam lama membengkak di dalam… Selepas kenyang, Iman pun tertidur. Malam itu, saya pump seperti biasa. MasyaAllah!! Banyak betul susu dari B sebelah kanan! kalau sebelum ni cume dapat dalam 2 oz, malam tu saya dapat 5 oz sebelah kanan sahaja!!

Memang betullah baby’s suckling is the best Bpump ever. Semua liang-liang susu yang tersumbat semuanya clear! Sangat seronok. Itulah permulaan susu saya semakin meriah. Alhamdulillah…syukur sangat-sangat.

Sekarang Iman 4 bulan setengah.. Saya rasakan ada yang tak kena dengan B sebelah kiri pula. Setiap kali saya pump, kuantiti susu sebelah kiri kurang dari kuantiti susu sebelah kanan. Adakah ianya normal. Tentu tidak. Sebab saya buat double pumping. Saya evenkan stimulation B kanan dan kiri. Kenapa pula kuantiti berbeza. Dan yang pasti, B kiri sentiasa rasa engorged!
Google punya google..saya dapat banyak petua untuk atasi saluran susu tersumbat..antaranya:

  1. Urut – Pergilah berurut sekali sekala dengan bidan @ tukang urut. Ala, yang selalu urut pas bersalin tu. Kalau tak nak urut bersalin pun takpe. Urut B anda sahaja pun ok.
  2. Mandi air panas – halakan shower pada B, dan buat urutan pada B anda.
  3. Kobis – Letakkan kobis sepanjang malam di B yang bengkak. Salut seluruh B dengan sehelai daun kobis yang besar. InsyaAllah esok pagi B yang bengkak akan surut selepas dipump @ direct feeding.
  4. Rendam B dalam air panas @ suam – Sediakan air panas di dalam baldi @ besen. Sehangat yang boleh (asalkan jgn sampai melecur sudah). Rendam B di dalam besen tadi, dan buat urutan pada B di dalam air. Picit bahagian yang keras yang dijangkakan mempunyai liang susu yang tersumbat.


Pesanan buat Iman:

Iman sayang, sakit macam mana pun mama sanggup tahan. Asalkan mama dapat susukan Iman selama yang mungkin. Sebab susu mama inilah makanan terbaik buat Iman. Iman, jadilah anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. Amin.

{focus_keyword} Salur Susu Tersumbat 20 8 2010Sesi pump ke 2 – 11am, 20-8-2010
Kuantiti susu yang sama, kiri dan kanan. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Salur Susu Tersumbat pixel

You may also like...

1 Response

  1. Ida says:

    Saya pernah dengar kalau kita letak kobis kat breast, susu jadi kering terus kalau letak lama sangat.. Careful ye kalau nak cuba cara tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.