Sabah Part 2: Melayan Cik Iman

Cerita pula tentang Iman.

Sepanjang conference, Ayah Iman yang menjaga Iman. Pagi-pagi lagi kami dah kejutkan Iman macam biasa untuk bersarapan. Dan saya amanahkan Ayah Iman jaga at least sampai tengah hari. Iman semakin besar, semakin pandai demand. Mama Iman tiada, dia dera Ayah Iman dalam bilik. Huahauahua. Mahu didokong sahaja, bukan takat dokong, tak mahu pula Ayah Iman dokong sambil duduk. Mahu berdiri. Dah berdiri, tak mahu pula statik, mahu gerak sana sini. Aiyooo.. Pening Ayah Iman dibuatnya sambil suruh saya cepat2 balik. Alasannya, “Wawa takpelah senang jaga Iman sebab ada susu”. Hahahah. Tergelak besar saya.

Saya ke tak pandai jaga anak? Saya hairan kenapa bayi lain seusia Iman boleh duduk diam dalam stroller ye? Stroller Iman? Lebih banyak jadi alat pengangkat barang berbanding mengangkat diri Cik Iman sendiri. Iman tak nak naik stroller, tak nak didokong. Iman nak berjalan sendiri, dan yang pasti tak mahu dipimpin! Tak mahu mengeluh, cuma mahu merekod perkembangan anak. Hihi. Bayangkanlah kalau di hypermarket, kami terpaksa kejar Iman ke sana ke mari. Paling lama bertahan di hypermarket, 15 minit. Iman tak mahu masuk shopping troley macam budak-budak lain, sebab Iman sendiri mahu tolak troley tu, dan juga tak mahu toley yang kecil. Iman juga tak berjaya jika disogok dengan makanan supaya duduk diam dalam troley :lol: {focus_keyword} Sabah Part 2: Melayan Cik Iman icon lol

Nak makan angin sambil jalan kaki? Kena fikir banyak-banyak kali. Kalau Cik Iman boleh jalan lurus je ikut path @ laluan kami, ok juga lah. Ni tak, melencong ke kanan, melencong ke kiri, menuju ke jalan raya, menuju ke lopak air. Bila kami angkat dan dokong, melalak sekuat hatinya, lantas berguling di atas jalan, mahupun jalan raya! (Cik Iman, sila baca bila dewasa kelak ok. Nak tengok cucu Mama ikut tak perangai Iman. Huahauahau)

Di airport, Cik Iman melalak mahu naik troley bagasi. Dan mahu troley tu sentiasa bergerak. Hurm..memang femes kami tau di airport, tak kira di airport K.Kinabalu, mahupun di LCCT. Bayangkanlah, masa cek hand luggage, Iman selamber je jalan merentasi ramai-ramai orang yang beratur untuk kastam, sehinggakan saya terpaksa suruh pegawai kastam tolong ambilkan Cik Iman yang menonong jalan laju je ke depan. Selamber pula dipimpim pegawai tu tanpa rasa takut. Hish. Seriau betul.

Bila tengah tunggu flight pula, melalak-lalak mahukan air botol mineral. Oklah kalau nak minum sahaja. Ni dibuatnya pula macam menyiram lantai airport macam nak cuci lantai pula. Bila saya ambil botol tu untuk tutup, Cik Iman mengamuk-ngamuk dan mahukan botol dibuka semula. Mulanya saya malas mahu layan. Sampailah Cik Iman buat aksi guling-guling atas lantai yang baru dibasahkan tadi. Semua orang tengok. Haha. Akhirnya perhatian Iman dapat dialihkan bila terpandang seorang baby Mat Saleh. Gatei. (Boleh tengok video atas ni, Iman bawa botol airnya)

>

 

>

Hyperaktif kah anak dara ku ini? Kawan-kawan saya kata, betul2 mewarisi sifat saya yang macam lipas kudung. Hueheueheu. Apa pun, saya bersyukur dikurniakan anak yang aktif dan sihat. Cuma menguji kekuatan fizikal Mama dan Ayahnya sahaja. Hihiihi.

Sesetengah kanak-kanak ada yang pandai mengamuk, ada juga yang tak. Mereka mula belajar mengamuk sebagai satu cara untuk menyatakan kemarahan dan kekecewaan. Jika tingkah laku ditangani dengan tidak betul, kanak-kanak boleh belajar untuk menggunakan amukan untuk memanipulasi orang sekeliling (mak ayahnya, datuk neneknya..hihi) untuk mendapat perhatian. Dalam berurusan dengan kanak-kanak sebegini, kita sebagai parent lah yang perlu bijak.

>

Tindakan yang wajib dibuat as parent:

  1. Jangan menghukum kanak-kanak itu. (Jangan pukul, cubit, marah, etc)
  2. Bertenang dan tidak mengendahkan kelakuan setakat mana yang boleh. (Walaupun orang luar dah pandang semacam je..hihihi) Biasanya datuk dan nenek tak boleh tahan tengok cucu menangis dan mengamuk. Harus diingat ya datuk2 dan nenek2, anak-anak ni wajib dididik, supaya tak spoiled @ manja sangat. Maka hormatilah juga tindakan ibu ayahnya. Hihi.
  3. Pastikan kanak-kanak itu selamat.
  4. Asingkan kanak-kanak itu jika boleh.
  5. Jangan biarkan orang lain mempengaruhi tindakan kita as parent untuk tangani anak merajuk. Kanak-kanak ni bijak, mereka pandai memerhati. “Oh, mak ayah tak mahu layan aku, takpe, ada orang lain boleh ikut kemahuan aku“. Kita tentu tak nak mereka fikir begini kan?

Apabila anak anda mula pandai mengamuk-ngamuk, mereka dah pun dianggap tak boleh dikawal. Apa yang boleh kita buat ialah, pastikan diri kita cukup tegas, tapi bukan menghukum, seperi marah, cubit, pukul etc2. Zaman dah berubah. Kita kena mendidik dengan penuh hikmah. Tapi jangan pula selalu beri apa yang mereka mahukan. Amboi, demand manjang la mereka ni. Mereka akan belajar, “Heh, bila saya mengamuk, sure mama dengan ayah bagi apa yang saya nak” Sampai kalau anak dah fikir macam ni, means anak dah pun manipulasikan @ pergunakan kita. Tak bagus, tak bagus. Kita salah dah di situ. Mahu ke kita tengok anak kita senyum sinis pada kita bila benda yang dia nak dia perolehi? Tak rasa macam mengejek kita ke “Yeay, aku memang, mak kalah”. Nauzubillah, saya tak nak benda macam ni terjadi.

>

Bila di Rumah
Apabila kanak-kanak itu mengamuk di rumah, bertenang je. Bawa ke tempat di mana dia boleh dibiarkan dengan selamat oleh diri sendiri. Macam saya, selalu biarkan dia berguling di atas lantai, dan cuba tarik perhatian dia dengan benda lain. Kalau berjaya, dia akan lupa benda asal yang dia nak.  Untuk anak yang dah besar sikit dan paham bahasa, tinggalkan dalam bilik dan tutup pintu (Eh, jangan hukum dia di luar rumah. Naya kalau dia lari. Hehe. Kang kita lak yang nangis cari dia tak jumpa). Tapi make sure tiada benda bahaya dalam bilik ya. Bila mereka dah tenang  (penat mengangis sebenarnya) bercakap-cakap dengannya mengenai kelakuan dia. Jangan mudah simpati sangat. Kita tak nak anak spoiled kan? Kita nak anak yang belajar memahami yang semua benda kita buat adalah bersebab.

>

Di Tempat Awam

Woh, apa nak buat ye bila anak mengamuk di tempat awam? Pasaraya, airport ?(Macam Cik Iman. Hihi). Kalau boleh, asingkan dia dari khalayak ramai. Tarik perhatian dengan benda-benda lain, macam permandangan ke. Ayah Iman selalunya terus tarik bawa Iman masuk kereta. So terkulat-kulat saya beratur bayar groceries sorang2. Heheh. Sama juga, bila anak dah besar dah faham bahasa, terangkan balik kenapa kita buat begitu. Jangan pukul. Biarkan dia menangis sampai penat. Alah, sampai mana sangat dia nak menangis kan? Terangkan lagi, ada sebab kita buat macam tu.

Kadang-kadang kita pun terperangkap dengan keadaan. Dalam flight contohnya. Mujur Iman tidur sepanjang 2 jam perjalanan dalam flight. Waktu baliknya, memang Iman ada terjaga, tapi kami distract dia dengan macam-macam. Maklumlah, flight kan sempit. Mana budak dapat tahan. Femes memang lah femes bila anak mengamuk. Abaikan pandangan orang, abaikan bila orang pandang-pandang, jeling-jeling. Tapi, tak yah malulah. Semua pun pernah jadi mak ayah. Hohoh.

So far Iman baru 1 tahun 7 bulan dah pandai expresskan marah bila tak dapat sesuatu. Berguling di lantai itu biasa. Akhirnya saya dan Ayah Iman bertindak meninggalkan Iman yang berguling atas lantai. Kami kekalkan jarak yang selamat dan pura-pura mahu tinggalkannya. Suprisingly, Iman macam tahu dia akan ditinggal, dan bangun sendiri, mengejar kami kembali. Saya dan Ayah Iman sama-sama tersenyum. Berjaya. Berjaya mengajar Iman, berguling tidak semestinya dia akan dapat semua yang dia mahu. Jangan mudah kesian ya. Kita mesti kuat. Saya angkut sahaja bila dia start mengamuk. Tak sampai seminit, berhenti pun menangis walaupun tak dapat barang yang dia nak.

Kita tunggu apa jadi bila Iman besar nanti. Apa lagi yang dia akan tunjukkan :D {focus_keyword} Sabah Part 2: Melayan Cik Iman icon biggrin

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Sabah Part 2: Melayan Cik Iman pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.