Ruam Lampin Disebabkan Antibiotik Yang Ibu Muda Biasanya Tak Tahu

Saya bercakap atas kapasiti seorang mak, bukannya atas kapasiti seorang yang tahu perubatan. So apa yang saya nak share adalah kesan selepas ambil antibiotik, yang rata-rata biasanya ibu baru memang tak tahu apa akan jadi lepas antibiotik diambil. Iyelah, kita yang jaga anak, kita tak tahu pon eh kenapa anak aku jadi gini tetiba. So agak kalut di situ, sebab barulah nak google itu ini. Heheheh.

Biasanya, bila anak demam lama, kita bawak jumpa doktor, dan doktor akan tentukan sama ada anak tu perlu diberi antibiotik atau tak. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh kuman (bakteria dan parasit tertentu). Antibiotik bukan digunakan untuk merawat terhadap jangkitan virus macam selsema dan demam biasa.

Jika demam baru sehari, biasanya doktor hanya akan suruh monitor suhu badan baby dan beri syrup paracetamol untuk turunkan suhu badan. Bagi ibu-ibu yang memilih merawat demam dengan lebih alami atau natural dan semulajadi, memang boleh gunakan air asam jawa, atau pun daun bunga raya yang diramas sehingga berlendir untuk dilumur kepada baby. Untuk selsema pulak, boleh gunakan kunyit hidup dan disapu pada dahi dan batang hidung baby. Untuk batuk dan kahak, teknik percussion, garlic oil steam, dan onion socks juga boleh digunakan. Untuk antibiotik semulajadi pula, garlic sangat membantu. Ibu boleh increasekan pengambilan garlic harian dalam masakan, mahupun dimakan begitu sahaja.

Untuk demam biasa dan virus, sistem imun badan akan melawan melindungi badan kita. Untuk turunkan suhu badan, rawat batuk dan selsema, sama ada ianya rawatan secara natural mahupun moden medication , itu pilihan ibu-ibu.

Berbalik kepada antibiotik tadi, antibiotik biasanya diberikan untung jangkitan bakteria yang lebih serious. Bronchitis contohnya, iaitu kahak yang terlalu banyak dalam saluran pernafasan, perlukan pengambilan antibiotik. Ini sangat biasa berlaku pada bayi sebab bayi tak dapat buang mukus dengan sendiri macam orang dewasa. Begitu juga tonsil yang membengkak akibat jangkitan, juga perlukan antibiotik. Sama ada antibiotik melalui IV (intravenous), atau pon oral.

Setelah demam selama tiga hari dan tiada tanda demam surut, malah keadaan bayi pulak semakin lemah dan teruk, ujian darah akan mula diambi untuk tengok sama ada ada infection atau tidak. Rasanya dua antibiotik berikut biasanya doktor akan bagi jika demam tak pulih selepas 3 hari.

<

Augmentin

Zithromax

<

Dua antibiotik di atas biasa diberi oleh Dr bila mana demam berpanjangan. Dan biasanya memang prosedur doktor akan bertanya sama ada kita ade allergik pada ubat atau tidak. Kes adik saya, beliau allergik kepada ampicilin. Sehingga badannya bernanah dan bisul satu badan. Umurnya waktu itu setahun 6 bulan gitu. Jadi, sebarang antibiotik, kene lah dengan pengawasan doktor ya. Jangan ambil sebarangan,

So apa yang jadi pada ibu baru ni, biasanya tak tahu apa kesan bila Doktor beri anak antibiotik. Selepas 3 hari ambil antibiotik, terkejutlah si ibu baru bila tengok private part anak ruam teruk dan kemerah-merahan. Bukan merah sedikit, tapi merah teruk!! Sangat teruk. Maka buntulah si ibu dengan keadaan itu. Sebab kebiasannya, tiada doktor yang akan berkata bahawa rashes adalah salah satu daripada side effect dan allergik yang biasa bila baby mengambil antibiotik. Sungguh, saya juga dulu tak tahu. Perasan tak, memang kita tak diberitahu. Selepas berlaku keadaan rashes teruk begitu, barulah tahu, antibiotik ni sehingga boleh menjadikan ruam di private part dengan amat teruk teruk sekali. Kasihan baby kan, antibiotik boleh sampai melukakan kulit. Terbayang apa yang berlaku di dalam usus baby pulak. Huhu.

ruam lampin teruk {focus_keyword} Ruam Lampin Disebabkan Antibiotik Yang Ibu Muda Biasanya Tak Tahu prevent diaper rash

Ok berbalik kepada ruam tadi, inilah perkara yang ibu muda dan ibu baru biasanya tak tahu. Rashes teruk di private part disebabkan oleh antibiotik. Maka, sekali lagi si ibu terpaksa membawa anak ke klinik dan nyatakan kerisauan tentang ruam teruk tadi. Akhirnya, doktor pon paham, dan terus berikan Zinc Oxide Cream pada si ibu. Hahahahaha. Adoh, kenapa la tak beritahu awal-awal dan berikan terus kan kan. Kihkihkih. Kesian la baby. Andai kata kita diberitahu sedari awal kemungkinan rashes yang berlaku, dah tentu kita akan aware dan siap-siap sediakan oitment untuk menjadi lapisan pelindung kepada baby. Ruam Lampin  {focus_keyword} Ruam Lampin Disebabkan Antibiotik Yang Ibu Muda Biasanya Tak Tahu nappy rash

Based on experience dan diterangkan oleh pediatric, berikut adalah perkara yang boleh dilakukan bila mana ruam teruk disebabkan antibiotik terjadi;

  1. Kerap tukarkan lampin baby, dan cepat tukar bila baby kencing atau berak. Pastikan selalu lampin kering dan tak bernajis. Sebab kesan antibiotik pada najis tu yang melukakan kulit.
  2. Pastikan private part baby betul-betul kering bila nak tukar lampin baru. Lap kering dan kipaskan sedikit.
  3. Sapukan krim diaper sebagai peindung kulit baby. Biasa Dokotr akan berikan Zinc Oxide Cream. Sebabnya ianya murah dan tidak memudaratkan. Selamat digunakan untuk bayi untuk melindungi kulitnya. Dan berdasarkan nasihat pediatric, sapukan tebal-tebal pada kulit supaya ia betul-betul boleh melindungi kulit baby dari terkena najis.
  4. Kalau ruam lampin sangat-sangat teruk, memang dinasihatkan supayay baby diaper-less. Biarkan luka kering sendiri. (Tapi sukar sikit untuk baby yang masih belum pandai ke toilet, ia menjadi cabaran kepada ibu-ibu)
  5. Ingat nama antibiotik tersebut. Pastikan lainkali jika memerlukan antibiotik, ia tidak diberikan. Ini kerana allergik yang menyebabkan ruam lampin terjadi akibat antibiotik ini. Terdapat banyak lagi antibiotik yang mungkin sesuai untuk bayi kita. So, ingat dan take note mana-mana antibiotik yang boleh menyebabkan ruam.

Ruam Lampin  {focus_keyword} Ruam Lampin Disebabkan Antibiotik Yang Ibu Muda Biasanya Tak Tahu sudocrem range no 400 new

Penggunaan Sudocream (mengandungi Zinc Oxide) sangat membantu melapik private part baby) daripada najis yang dicemari oleh antibiotik.

{focus_keyword} Ruam Lampin Disebabkan Antibiotik Yang Ibu Muda Biasanya Tak Tahu rashes princ e07355 diaper rash

Kesan antibiotik pada kulit amat teruk. Lebih merah dari ini. Kadang sampai berdarah. So ibu-ibu kene selalu perhatikan private part baby, terutama jika ibu ambi antibiotik, ataupun, baby tu sendiri ambil antibiotik.

<

Semoga info ini memberi sedikit panduan kepada ibu baru terutamanya. Share pada kawan-kawan yang baru mendapat bayi, dan aware dengan masalah ruam lampin teruk disebabkan pengambilan antibiotik. Selamat mencuba! ;-) {focus_keyword} Ruam Lampin Disebabkan Antibiotik Yang Ibu Muda Biasanya Tak Tahu icon wink

Tonton Video di Bawah, Bagaimana Seorang Ibu Mengatasi Masalah Anak Kurus Kering Dan Sering Sakit di Taska

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Ruam Lampin Disebabkan Antibiotik Yang Ibu Muda Biasanya Tak Tahu pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.