Roselle Tanaman Mamaku

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku WP 000234

Salam, masih ingatkah kisah Cendawan Kampung ternakan mak saya? Boleh baca di sini dan sini. Sedang merindui cendawan itu. Tapi tahun ni nampak gayanya bukan rezeki kami. Kalau tak, mahu setahun tu tumbuh melata sampai 2, 3 kali. Tapi Allah itu Maha Pemurah. DItariknya rezeki nikmat Cendawan Kampung itu, diberkan pula nikmat tanaman yang lain. Apakah ia?

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku images q tbn ANd9GcQYtV7Xfd5mGShlBRk3l3zAtQPzYKdxDbwSEbGgDXCbL0bWbnlu

Ianya Roselle!!

Kalau diikutkan, ramai dan tanam Roselle ni. Ianya sungguh popular sekarang. Kalau kat kedai tu, banyak ada jual kordial ROselle ni. Dek kerana musim ramai yang tanam ROselle sendiri, Mama pon tak terkecuali. Meskipun Mama dah pencen, ada je kerja yang beliau nak buat. Kalau dulu dok tunggu cendawan kampung tumbuh, kini, kerja Mama setiap hari adalah mengulit pokok-pokok Roselle miliknya di tepi rumah. Bukan nak duduk rehat. Haih. Alhamdulillah sampai sekarang mama masih sangat sihat walaupon dah berusia 60 tahun. Masih lagi berkebun (tanam bunga, dan Roselle kali ni).

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku WP 000222

Saya terus ambil gambar Roselle yang baru dipetik Mama. Mula-mula kena siang dulu (macam siang ikan) sebab bijinya tak boleh dimakan. Tapi, monyet kebun depan rumah kami suke bebenor ganggu tanaman ROselle Mama ni. Bukan makan bunganya yang merah tu, tapi makan bijinya. Adeh laaa. Kalau tolong kupas bagi kat kitorg kelopaknya ok la jugak. Hurm..

 

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku WP 000232

Yang ni adalah ROselle yang rosak. Ada banyak tumbuh macam kulat2 ni. kalau dibasuh pun takkan boleh hilang punya. So, ke tong sampah la jawabnya. Siap ada cik ulat lagi di situ. Ah..kami tak guna sebarang serangga perosak. So, semua adalah suci dan cuma dibajai oleh ayam, dan kucing (mungkin =D).

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku WP 000233

Kemudian, kelopak-kelopak ROselle tadi dikeringkan seperti di atas. Nak tahu teknik Mama macam mana? Kereta Mama tua dah usianya. So, dashboard cermin belakang tu dah tertanggal. Maka, matahari amat mudah masuk ke dalam ruang bonet kereta. Mama letakkan kelopak ROselle ni di dalam bonet kereta je (dan bawak kereta tu merata-rata). Bukak2 bonet, kering dah kelopak Roselle. Agak kreatif di situ ya =D. Kalau jemur kat luar, risau hujan bagai, taik burung dan ayam patuk. Haha.

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku WP 000235

Setelah kering, Mama akan bungkus elok-elok rapi-rapi dalam plastik macam ni dan simpan dalam peti ais. Boleh bertahan berbulan2 lamanya. So, kami akan sentiasa ada stok Jus ROselle tau. Iman pun panggilnya “Air Red”. Haha.

 

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku WP 000234

Tada!! Inilah Jus Roselle kami yang Non-GMO, tanpa racun serangga dan menggunakan baja organik. Ahaks!! Jom datang rumah kalau nak Jus Roselle Special ni! =D

 

dan, tak lupa juga,

 

 

{focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku WP 000237

“LADANG” Roselle Mama!! Ladang la sangat. Hahha!!.

>

>

Mari kita masuk bab serious pulak. Fakta mengenai Roselle.

Nama Saintifik untuk Roselle ni adalah (s): Hibiscus sabdariffa L. Keluarga: Malvaceae (Mallows)

Nama Biasa (s): Hibiscus, warna merah bata Jamaica, karkade (Mesir bunga raya teh), karkadi, warna merah bata merah, teh merah, rosa de Jamaica, rosella, roselle, soborodo, masam teh, minuman Zobo.

Ia sesuai dihidangkan sejuk, menjadi isi tart, dijadikan jus minuman yang paling biasa dipanggil jus roselle. Ia juga boleh dihidangkan panas dengan manggabungkan the bersamanya, dan dikenali sebagai Teh Bunga Raya atau Teh Jamaica.

Roselle (Hibiscus) telah digunakan dalam perubatan am sebagai bahan diuretik dan laksatif ringan, serta boleh juga digunakan untuk merawat kanser dan penyakit jantung dan saraf. Walaupun maklumat terhadap Roselle ni adalah terhad, ia dikaji mempunyai potensi potensi yag tinggi dalam merawat hipertensi dan kanser. Ia juga tinggi kalsium, niasin, riboflavin, vitamin C dan zat besi. Selain itu, antara kelebihan lain Roselle adalah;

Menghilangkan Dahaga

Jus Teh Roselle boleh diminum samaada panas atau sejuk. Apabila Jus Teh Roselle diminum sejuk, ia dapat memuaskan dahaga dan seringkali disyorkan sebagai alternatif kepada “minuman sukan” komersial tiruan. Kira dah boleh ganti air isotonic dah ni. Keupayaan Jus Teh Roselle dalam penyejukan badan adalah telah dikaji dalam bidang perubatan. Kelebihan ini mungkin berkait rapat dengan sifat-sifat diuretik bunga raya, yang sebenarnya dapat membantu dalam perkumuhan cecair yang berlebihan dari badan.

Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Roselle adalah sejenis tumbuhan antioksidan. Ia mempunyai ciri-ciri yang menghalang pengoksidaan lipoprotein kepadatan rendah; iaitu bahan dalam darah kita yang mana jika pengoksidaan lipoprotein bertambah melebihi kuantiti normal, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Menurunkan Berat Badan

Sesetengah penggemar teh menggunakan Jus Teh Roselle untuk membantu dalam penurunan berat badan. Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan gula kompleks dan molekul kanji dalam makanan. Apabila seseorang menggunakan terlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat (gula dan kanji), individu terbabit berkemungkinan meningkatkan berat badannya. Roselle mengandungi bahan yang boleh menghalang pengeluaran amilase. Seseorang yang kerap minum Jus Teh Roselle boleh menghalang penyerapan terlalu banyak karbohidrat dan lalu menurangkan berat badan berlebihan.

Elok Untuk Batuk dan Selesema

 Menurut buku “Penyembuhan Teh Herba,” Roselle segar mengandungi kira-kira 6.7 mg asid askorbik, satu bentuk vitamin C, yang merupakan salah satu daripada nutrien yang lebih penting yang diperlukan oleh badan. Bukan itu sahaja, Roselle dikaji mempunyai sifat anti-bakteria anti-radang. Oleh itu, Jus Teh Roselle sering digunakan sebagai tambahan untuk membantu merawat batuk dan selsema. Disebabkan kesan penyejukan Roselle, ia adalah amat berkesan dalam mengurangkan ketidakselesaan demam yang biasanya berpakej dengan batuk dan selsema.

Nutrisi mengenai Roselle

Selain mengandungi sejumlah besar asid askorbik, Roselle teridi daripada nutrient berikut: 1,145 g protein, 2,61 g lemak, 12.0 g serat, 1.263 mg kalsium, 273,2 mg fosforus, 8,98 mg besi, 0.029 mg karotena, 0,117 mg thiamine, 0,277 mg riboflavin dan 3,765 m niasin. Disebabkan kesemua nutrient ini, Roselle boleh amat elok dijadikan makanan tambahan untuk meningkatkan sistem imun badan.

>

Anda juga boleh tingkatkan imun sistem tubuh badan anda dengan Shaklee! (klik sini untuk cerita menarik mengenainya)

>

Selamat Ber-Roselle semua! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Roselle Tanaman Mamaku pixel

You may also like...

2 Responses

  1. Ain says:

    Salam. Nama saya Ain :) boleh saya tumpang tanya? Boleh tak kalau saya nak beli bunga roselle yg belum diproses utk saya buat project. Terima kasih. Sila inform saya di email aensyahera@yahoo.com i really appreciate your help. Thanks sgt :)

  2. luthfi says:

    Rasanya memang sangat asam, tapi khasiatnya sungguh besar sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.