Ring Sling as Child Safety Harness

Assalamualaikum semua

Seminggu sudah berada di rumah-kecilku-syurgaku itu. Alhamdulillah. Penat masih penat. Tapi memang happy la. Heehe. Syukur juga Iman sudah terbiasa dengan rumah baru. Dan sekarang Iman sangat gembira masuk keluar lif. Hihi. Iman sentiasa menanti-nantikan masuk keluar lift itu dan sentiasa pandang kembali ke arah lif sebaik sahaja melangkah keluar dari lif. Agaknya, Iman merasakan Pintu Ajaib macam kepunyaan Doraemon kot. Hehehe.

Perasaan duduk rumah sendiri? Sambil basuh pinggan, saya tersenyum. Sambil mop lantai, saya tersenyum. Sambil sidai baju, saya senyum leret-leret lagi. Cukup kot untuk describe perasaan saya kan? Hahah.

Keserasian Iman di rumah itu mengundang pelbagai cerita. Antaranya, kehilangan sebelah stokin saya tersangkut pada bumbung rumah di bawah dek kerana di buang Iman ke luar beranda sana. Agaknya mahu try “Berapa lama masa tarikan graviti ke atas stokin mama?” Hurm..dan eksperimen seterusnya hanya saya sedari pada petang sabtu tika menghirup udara sepoi-sepoi di beranda, lantas saya terpandang sebiji botol susu tersadai di longkang rumah jiran bawah. Terbeliak mata saya dibuatnya.

Sebelum itu, banyak lagi cubaan-cubaan baru Iman mahu mencampak barang keluar. Antaranya, remote Astro baru ayah, remote TV, CD-CD, tak termasuk jompot pisang, kismis dan sebagainya. Pada mulanya kami cadang mahu buka sliding door supaya angin dapat masuk. Angin memang kuat, kerana rumah kami betul-betul di bahagian lot tepi. Akhirnya, muafakat dicapai yang mana sliding door hanya boleh dibuka tatkala kami sama-sama menonton TV di ruang tamu.

Sesiapa yang pernah menjaga Iman sahaja yang tahu betapa McGyvernya anak perempuan kami ini. Iman bukan minah bunga. Iman tak suka dipelok dicium. Malah sewaktu menyusukannya, saya amat rindukan pandangan matanya. Dia tak mahu lihat mata saya. Malu-malu sengih-sengih pandang tempat lain atau tekup muka dengan baju saya.

Iman pandai pilih lelaki hensem, pandang meleret sambil lelaki tu hilang dari pandangan. Siap tenyeh2 muka kat badan saya (tanda malu) sambil jeling-jeling manja. Hish. Tapi kalau lelaki berumur, hurm..melalak macam kene dera. Hurm..high taste.

>

>

>

Toddler Safety Harness

{focus_keyword} Ring Sling as Child Safety Harness Toddler Harness

{focus_keyword} Ring Sling as Child Safety Harness 1221989474Safety Harness

Gambar dari Google

>
>

Berapa ramai ye agaknya yang sanggup pakaikan anak bende alah ni? Kegunaannya adalah untuk ikat anak supaya bila kita berjalan-jalan, anak juga dapat berjalan sesuka hati mereka, tetapi masih di dalam teritori dan diameter kita. Segelintir masyarakat kita agak skeptikal dengan penggunaannya kerana mengatakan seolah-olah kita membawa binatang kesayangan.

The positive side about this thing ialah, ianya amat membantu bila ibu bapa membeli belah atau membeli barang keperluan dapur. Anak pulak jenis yang baru dapat kaki, yang mahu lari sana sini, yang mahu kejar itu ini, yang menangis tak mahu didokong sebab nak bebas. Ok, boleh jek kalau tak pakai safety harness ni. Boleh je biarkan anak lari sana sini. Tapi macam mana kalau tengah-tengah kita kejar tu, tiba-tiba anak kita menghilang? Siapa nak cari? Siapa nak bertanggungjawab? Losing your child is the scaryest thing ever in the world!!

Ayah Iman pula kreatif dek kerana tak tahan nak kejar Iman ke sana ke mari, tiba-tiba je saya nampak mereka sudah pun jadi begini….

>

{focus_keyword} Ring Sling as Child Safety Harness P1040709aHappy je walau kene ikat dengan Ayah.

>

{focus_keyword} Ring Sling as Child Safety Harness P1040715aMahu kejar abang ensem. Iman tak gedik tau. Iman cuma mahu menikmati keindahan ciptaan Allah =D

>

{focus_keyword} Ring Sling as Child Safety Harness P1040716aHanya berada dalam diameter Ayah. Senang nak kontrol.

>

>

Tergelak besar saya. Hurm…ada jugak kegunaan lain ring sling ni. Suka! Suka!. Walaupon nampak macam kejam, tapi demi keselamatan anak, saya keringkan hati jah. Kalau anak saya yang hilang, ada orang lain kisah? So, saya tak kisah nampak macam kejam ke, nampak macam bawak binatang peliharaan ke.

Maafkan mama ye sayang kalau Iman malu mama dengan ayah bawak Iman macam ni. Kami tak mahu sekat perkembangan fizikal Iman dengan terlalu strict mengawal Iman sampai tak boleh lari sana sini, tapi kami juga tak mahu korbankan keselamatan Iman.

Iman layankan je la ye? ye? =p
>
>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Ring Sling as Child Safety Harness pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.