Review SuperParents 2012 – Part 1

Alhamdulillah, hujung minggu sudah selesai sudah Konvensyen SuperParents yang saya hadiri. (lamanya tertunggak entry ni) Alhamdulillah juga, berjaya saya hadirinya. Muehehehehhe. Banyak yang saya belajar, dan saya rasa bersyukur dapat menghadirinya.

Anjakan pendirian & kejutan di Majlis Pelancaran Super Parents

Selama ni saya membaca I Luv Islam kerana tertarik dengan isi kanduan artikel2 di dalamnya. Tidak pulak saya pernah menggodek asal usul dan sejarah I Luv Islam ni. Malah terasa tiada ingin ambil tau pun siapa orang-orang hebat di sebaliknya. Sungguh bila saya menghadiri majlis ini, ia betul2 membukakan mata saya bahawa dalam dunia ni bukanlah sekadar apa yang ada di sekitar diri saya, keluarga saya dan pejabat saya. Ya, dulu saya memang tak minat nak ambil tau lebih jauh dari lingkungan ini. Kini, ia merubah segalanya. Saya kini cuba untuk mencari orang-orang hebat untuk saya contohi, untuk saya jadikan mentor (secara virtual pun jadilah). Apa yang saya dan Ayah Iman terkejut ialah, CEO kepada I Luv Islam adalah rakan satu sekolah dengan Ayah Iman, malah merupakan juniornya!!, dan baru berusia 25 tahun. Memang Ayah Iman kata beliau sudah pun menunjukkan ciri-ciri kepimpianan yang gah sewaktu di sekolah. Kini bergelar jutawan sambil berdakwah, MasyaAllah, hebatnya anak muda ini. Walaupun Ayah Iman tak berkata apa-apa, nyata saya dapat rasakan Ayah Iman juga turut mengagumi lelaki muda itu.

 

Overall Sesi Superparents

Semua best2 belaka. InsyaAllah saya akan cerita banyak review dan apa yang saya nak praktikkan utk family saya kelak. Gembira ada, seronok ada, sedih juga ada. Gembira bila banyak ilmu parenting yang saya belajar. Seronok bila saya nak plan semua untuk keluarga saya nanti, InsyaAllah. Sedih bila mana ada ciri2 keluarga yang tidak bahagia dan ciri2 keluarga bermasalah ada dalam keluarga besar saya. Namun, semua ni belum terlambat. Untuk keluarga utama saya, untuk Ayah Iman, Iman dan adik2 Iman, marilah kita sama2 menuju keluarga bahagia dan berFamiliying dengan hebatnya nanti. Moga Allah perkenankan. Amin.

Kalau hendak direview, terlalu banyak input, dan akan panjang lebarlah nanti entry saya. Macam mana pun saya kena juga review. Supaya apa yang saya dapat juga saya tak lupa. Sambil-sambil tu boleh juga kongsi dengan rakan-rakan.

Kesemua penceramah sangat best. Cuma bila masuk cerita pasal Penyusuan Susu Ibu, saya dan Ayah Iman termengantuk sangat2 dan tertidur. Tak boleh tahan ngantuknya (jujur nih). Haha. Takpelah. InsyaAllah sedikit sebanyak pengalaman menyusukan anak dah cover sesi tersebut. Di sini saya kongsikan segala link barisan speaker yang menjayakan program ni ya. So, boleh terjah ke sana sambil2 rasa nak tazkirah diri sendiri. Hehe.

>

>

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 UstazahFatimahSyarha

Fatimah Syarha Mohd Noordin (Pengarang Novel Islamik Terkenal)

Blog Fatimah Sharha – Sebarkanlah Bahagia

>

>

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 CoachRidz

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 CoachSha

Coach Ridz & Coach Sha (Pakar Pendidikan Kanak-Kanak Secara Persendirian)

Blog Coach Ridz dan Coach Sha

FB Coach Sha

FB Coach Ridz

>

>

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 coach fahmimaria1

Coach Fahmi & Coach Maria (Pakar Motivasi Keluarga)

Facebook Coach Maria

Facebook Family Fire

>

>

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 drshukri2

Dr. Mohd Shukri bin Abdullah (Pakar Motivasi)

Blog Dr Shukri Abdullah

Webpage Dr Shukri Abdullah

>

>

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 AbangAbu
Abang Abu Ayyubul Ansari. (Pakar Kewangan Keluarga)

Blog Abang Abu Mekanik Wang

>

>

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 PnJamilah

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 EnAhmadFakri

Puan Jamilah Samian & suaminya Ahmad Fakhri Hamzah (Penulis Buku Parenting Terkenal)

Blog Cool Mum Super Dad

Webpage Cool Mum Super Dad

FB Cool Mum Super Dad

FB Puan Jamilah

>

>

{focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 TengkuAsmadi
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (Pakar Motivasi Terkenal)

Webpage Dr Tengku Asmadi

FB Dr Tengku Asmadi

Blog Dr Tengku Asmadi

>

>

Iman di Konvensyen SuperParents

Untuk entry kali ni saya cerita overall pengalaman sahaja di sana. Alhamdulillah Iman juga berbahagia di nursery sementaranya di salah satu Dewan di PICC. Tidak menangis dan tidak meragam. Ada pelbagai aktiviti disediakan. Malah ada wayang sebesar pawagan ditontonkan untuk kanak-kanak, termasuk lagu-lagu nasyid, Upin Ipin, Boboi Boy dan sebagainya, siap ada maskot Supertots di sana. Belon, bola dan alphabet juga ada merata-rata. Dengan dewan yang sebegitu besar, Iman tersangatlah seronok. Seperti biasa, dek kerana allergik nya, saya bekalkan segala keperluan makanan Iman. Setiap kali ada waktu rehat antara sesi, saya akan turun melawat Iman dan menyuapnya makanan. Comel je bila budak-budak ni ditampal dengan masker tape yang ditulis nama masing2. Malah kanak-kanak yang allergik seperti Iman, ditampal sticker tambahan yang menyatakan allergen masing2. Kretif dan murah! Haha. Saya pon puas dok terang supaya fasilitators I Luv Islam ni tak perlu beri  Iman makan apa2. Malah roti, biskut, air Milo pon Iman tak boleh makan. Terkebil2 fasilitators ni, maklumlah bujang2 dan muda2 belaka. Hehehe. Petang Sabtu bila sesi Forum dijalankan, Iman saya bawa masuk ke dalam dewan, dan saya biarkan Iman explore the whole dewan. Ya Allah, punyalah banyak tangga dalam dewan tu, boleh pula dia ulang alik naik atas turun bawah naik lagi beberapa kali. Sampai kan ada parents yang tanya, kuatnya kaki dia, jalan terhoyong hayang macam tak stabil, tapi tak jatuh2. Heheh. Saya tengok pon penat, saya pastu parents lain tengok pon penat gak. Hehehe. Malang nya tiada gambar diambil pon.

Nantikan entry saya seterusnya ya untuk sedikit sebanyak review Konvensyen SuperParents.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Review SuperParents 2012 – Part 1 pixel

You may also like...

1 Response

  1. intan says:

    saya ingat saya sorang je yg mengantuk..hihihi 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.