Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!

Katakan lah anda di situasi seperti saya.

Travel dan balik ke rumah mak atau ke mana sahaja, mesti membawa ubat lelah. Paling kurang stok Ventolin dan Salbutamol mesti ada. Sebab tahu bila-bila masa tanpa diduga, asthma mungkin akan menyerang anak anda seperti mana anak saya Husnul Iman. Mungkin anak anda allergik habuk, atau allergik susu, atau allergik sejuk? Atau apa sahaja yang mungkin boleh jadikan rongga pernafasan dia sempit.

Masa tu Iman tengah main-main dengan gembira, tiba-tiba dia batuk tanpa henti. Batuk tak lepas-lepas. Kalau orang yang tak biasa dengan asthma ni, mungkin akan ingat batuk tu batuk biasa. Daripada aktif, terus anak terbaring, batuk tanpa henti. Pause batuk sekejap, pastu batuk lagi. Macam tak lepas-lepas batuknya. Pastu Iman baring. Saya tanya dia, Iman ok tak. Dia jawab, ok. Iman batuk. Tapi saya tahu tu bukan batuk biasa.Merawat Batuk asthma {focus_keyword} Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!  batuk asthma

Batuk tu sebenarnya disebabkan oleh saluran pernafasan tu jadi sempit seperti di bawah ini. Seolah-olah salur pernafasan tu jadi sempit dan tersekat. Batuk tu tanda sebenarnya paru-paru cuba jugak nak bernafas, tapi sempit sangat ruang pernafasan tu. Kalau allergik teruk, sampai ke tahap Anaphylaxis ataupon Anaphylactic Shock, yang itu memang teruk sebab boleh membawa maut. Iman pernah kena. Sampai biru-biru dah bibir dia. Masa tu seriously saya tak tahu dia ada allergik.

merawat asthma {focus_keyword} Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!  merawat asthma

Supplemen? Vitamin memang makan, menjadikan frekuensi jadi asthma ni berkurang sangat-sangat. Amalan makan Omegaguard dan GLA complex (jika dewasa), memang sangat membantu siapa yang ada Asthma. Tapi katakan kalau anda dalam keadaan emergency macam ni, dan kita tak tahu apa yang jadikan anak tu allergik (masa tu sejuk sangat), asthma pon boleh menyerang. Bergantung pada orang la. Macam Iman, sejuk sangat pon dia tak boleh. Sebab tu la kami tak pasang aircond:mrgreen: {focus_keyword} Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!  icon mrgreen.

So ape saya buat bila emergency macam ni?

Ubat dah la takde. Masa tu pulak pagi buta pukul 7 pagi. Kedai farmasi tak bukak lagi. Nak pergi ke hospital, 30 minit perjalanan. Iman takkan tahan dengan keadaan tu. So saya pon ke dapur, tawakkal jek pergi amik Garlic Pill Shaklee, dan juga Garlic mentah, potong-potong dan letak dalam steamer botol susu anak-anak ni. Kalau tak ade steamer, pakai air panas letak kat besen jek pon.

{focus_keyword} Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!  2014 11 17 03

Lebih kurang macam dalam gambar ni. Dan saya biarkan air tu mendidih. Kalau pakai air panas sangat, wap tu terlalu panas dan boleh melecur nanti. Pakai ni, wap tu sedang-sedang jek hangatnya.

Lepas tu terus saya suruh Iman hidu dari atas air ni. Wap tu Iman hidu berkali-kali. Dalam lebih kurang 3 – 5 minit gitu, selagi wap masih ada, saya suruh Iman hidu dan hembus balik. Alhamdulillah, terus batuknya berhenti :-P {focus_keyword} Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!  icon razz

Tapi, ini untuk sementara jek. Since batuknya berhenti, saya pon sempat lah mandi manda dan uruskan Hannan pulak untuk bersiap ke hospital. Macam mana pon kene jugak ke hospital takut-takut masalah lain pulak kan. Sampai hospital, memang Iman dah tak batuk, tapi wheezing masih ada. Doktor pon bagi neb dan sekali neb terus clear langsung lung Iman. Alhamdulillah.

Asthma ni boleh sangat-sangat kontrol. Kekerapan Iman asthma juga tak sekerap dulu. Saya juga dulu terpaksa bergantung pada inhaler. Tak boleh tidur wooo kalau asthma menyerang. Batuk tak lepas langsung. Badan penat, tapi batuk tak henti. Kalau kita yang dewasa pon tak tahan, apatah lagi budak kecik. Untuk saya, Omegaguard dan GLA complex memang wajib ambil. Sebab asthmatic saya agak teruk. Sejak amalkan supplement, kurang dah.

So, ingat ya. cara di atas tu untuk emergency sahaja bila mana tak ade apa-apa kat tangan dan anak batuk teruk. Boleh buat kat diri sendiri juga. InsyaAllah lega sangat dan batuk asthma tu pon reda sungguh.

Selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!  pixel

You may also like...

1 Response

  1. QinHartini says:

    Good Info, kebetulan ada kawan2 yg hidap asma. Panik sekejap tak tau nak wat apa ..
    QinHartini recently posted…✿ Kelebihan Mengekalkan Wuduk ✿My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.