Review Konvensyen Super Parents Part 2 – TETAPI DIA TIDAK

Berikut adalah sajak yang khas ditujukan dari seorang anak kepada Ayahnya yang sibuk.

Kredit to Dr. Shukri Abdullah

>

>

>

TETAPI DIA TIDAK

Aku senyum padanya tempoh hari,

Aku sangka Ayah melihat,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku kata “Adik Saaayaanng Ayah” dan tunggu jawapannya,

Aku sangka Ayah dengar,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku seronok bermain-main di padang,

Aku sangka Ayah juga berminat,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku buat lukisan istimewa dan berikan kepadanya,

Aku sangka Ayah tentu gembira,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku carikan umpan untuk memancing bersamanya,

Aku sangka Ayah akan turut serta,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku rindukan nenek dan atuk di kampong,

Aku sangka Ayah akan pulang bersama,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku beritahunya mengenai acara sukan di sekolah,

Aku tahu Ayah pasti datang,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku memujuk agar berkelah sekeluarga,

Aku harapkan sangat Ayah bersama,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku ceritakan masalah belajar di sekolah,

Aku yakin Ayah boleh membantu,

TETAPI DIA TIDAK

>

Aku beritahu ada Konvensyen Superparents di PICC,

Aku sangka Ayah berminat,

TETAPI DIA TIDAK

(Bazir duit katanya) Hihihi.

>

Aku mengadu mengenai masalah dengan kawan,

Aku pasti Ayah boleh memberi nasihat,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Aku perlukan seseorang untuk bersembang-sembang sewaktu sunyi,

Aku sangka Ayah sudi melapangkan masa,

TETAPI DIA TIDAK

>

[Bila dah kerja]

Aku belikan sesuatu sebagai hadiah untuk Ayah,

Aku sangka Ayah gembira,

TETAPI DIA TIDAK

>

Aku inginkan seseorang untuk berkongsi zaman remajaku,

Aku harapkan Ayah boleh berbuat demikian,

TETAPI DIA TIDAK.

>

Kemudian Negara memanggil aku ke perbatasan

Ayah berdoa dan harapkan aku pulang dengan selamat,

TETAPI AKU TIDAK

>

Saya terdiam tak terkata bila mendengar Dr Shukri membacakan sajak ni. Sungguh saya ingin menangis. Sungguh terharu. Saya terkenangkan betapa ramai ibu bapa yang terlalu ego untuk menunjukkan kasih saya kepada anak-anak. Betapa ramai ibu bapa yang lebih mendahulukan kerja berbanding untuk ke sekolah bertanya guru prestasi anak-anak. Betapa ramai ibu bapa yang tidak menjadikan diri sebagai sahabat dan rakan kepada anak-anak ini. Betapa ramai ibu bapa yang terang-terangan bergaduh di depan anak-anak, menuding jari itu dan ini, daripada bermuhasabah diri sendiri. Betapa ramai ibu bapa yang tak menghargai hasil kerja seorang anak. Selagi ada anak, tolonglah…. berikan waktu kita kepada mereka. Tolong juga jangan gantikan masa yang kita tak dapat luangkan bersama mereka dengan kebendaan.

Adakah di hari tua nanti kita expect anak kita luangkan masa untuk kita kalau macam ni?

Adakah di hari tua nanti kita expect anak sayangi kita dan berkorban untuk kita kalau macam ni?

Teringat kisah di zaman Nabi SAW, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan suatu ketika Rasulullah saw. mencium cucu Baginda saw, Hassan dan ketika itu ada duduk bersama Baginda SAW dan Al-Afra bin Habis At-Tamimi.

Al-Afra lalu berkata: “Aku ada sepuluh orang anak tapi aku tak pernah mencium  seorang pun daripada mereka.

Maka  Rasulullah saw. pun bersabda, “ Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak tidak akan disayangi dan dirahmati Allah.”

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a  bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap anak-anak.”

>

>

Your children need your presence more than your presents. 

~Jesse Jackson

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Review Konvensyen Super Parents Part 2 - TETAPI DIA TIDAK pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.