Petua Demam Panas – Daun Bunga Raya

Beberapa hari sebelum perpindahan kami secara rasmi, Iman diserang demam panas (demam mahu berpisah/berpindah kot) =p. Dan saya terpaksa mengambil cuti Jumaat itu. Tetapi, percaayalah, tingkah lakunya langsung tidak seperti demam panas. Suhu badan Iman mencecah 40 darjah celsius, dan Iman diberi ubat ponggong. Saya, Pak Cu Hazeeq (yang juga demam), dan Atok Ibu sama-sama ke DEMC untuk mendaftarkan Iman dan Pak Cu Hazeeq. Tapi, kami yang kepenatan sebab dok  mengejar Iman yang sungguh asyik berlari ke sana ke mari dan sentiasa menuju ke escalator.

Masuk hari ke dua, suhu badan Iman tetap 39 ke 40 darjah, dan Iman semakin aktif selaras dengan peningkatan suhu badannya. Kami semakin kepenatan. Mujur ada Atok Ibu dan Atok Abah yang sabar melayan kerenah Iman berlari ke sana sini. Saya dan Atok Ibu dok lama merenung Iman yang tengah buat muka selamba duduk di atas tangga sambil goyang-goyang kaki. Atok Ibu sampai kata, “Selama ni kalau anak-anak ibu masuk ubat ponggong sebab demam panas, mesti terus lepak (tidur kepenatan)” . Serius, saya dan Atok Ibu betul-betul hairan. Dengan suhu mencecah 40 darjah, Iman semakin aktif.

Akhirnya masuk hari kedua, Sabtu itu kami pulang ke Meru, minta pertolongan nenek Meru pula. Petua ni memang mama saya amalkan dari dulu sebab kakak seringkali diserang demam panas sehingga sawan tarik. Caranya ialah, petikkan daun bunga raya, dibasuh (hanya tinggalkan sedikit air), dan kemudian ramas-ramaskan sehingga keluar lendir dari daun tadi. Lumurkan pada kepala dan celah2 ketiak dan kelengkang orang yang demam. Kesejukan dari lendir bunga raya tadi dapat melegakan demam panas.

>

>

{focus_keyword} Petua Demam Panas - Daun Bunga Raya P1040673aRamas-ramas daun bunga raya dengan sedikit air.

>

{focus_keyword} Petua Demam Panas - Daun Bunga Raya P1040679aIman bertepek dengan daun bunga raya. Hihi.

>

{focus_keyword} Petua Demam Panas - Daun Bunga Raya P1040691aDok rimas dengan dedaunan itu. Hehe.

>

>

Alhamdulillah, memang membuahkan hasil. Ianya bukan gunakan bomoh ya. Cuma gunakan keajaiban alam semulajadi. Hihihi. Boleh cuba kerana saya tak sanggup merendam Iman di dalam ais. Sebab kalau berendam dalam ais, memang selsema terus jadinya walhal Iman tak selsema pun. Syukur sangat2.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Petua Demam Panas - Daun Bunga Raya pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.