Penyusuan Dalam Persekitaran yang Tercemar. Boleh ke?

>

Salam,

Kali ni saya mahu bercerita mengenai topik di atas (eh..kenapa ayat macam nak buat karangan.. hehe). Bukan apa, saya pernah bertanya kepada Kak Rita MLO (Mom’s Little One) Mommy Lyna dari MySuperKids kita yang famous ni. Berikut adalah emel saya dan mereka berdua.

{focus_keyword} Penyusuan Dalam Persekitaran yang Tercemar. Boleh ke? BF1{focus_keyword} Penyusuan Dalam Persekitaran yang Tercemar. Boleh ke? BF2

{focus_keyword} Penyusuan Dalam Persekitaran yang Tercemar. Boleh ke? BF3

okeh, ni link yang berkenaan di dalam emel tersebut sebagai rujukan.

Masa ni memang saya sangat ragu-ragu dengan kedudukan dan kesucian susu perahan saya sekiranya saya banyak meluangkan masa di makmal nanti. Tetapi, tak sangka, betapa hebat dan ajaibnya cecair emas ini kepada bayi kita. Allah dah menjadikan ianya begitu sempurna sebagai makanan paling sihat buat bayi. Sudah tentulah direct feeding itu lebih baik kerana air susu ibu terus keluar dan masuk kedalam perut bayi tanpa melalui medium-medium lain berbanding susu ibu perahan yang terpaksa ‘melepak’ sekejap di dalam botol-botol simpanan, kemudian disejukkan di dalam peti sejuk kemudian dipanaskan kembali, barulah diberi kepada bayi. Ada tak agaknya kebarangkalian susu ibu perahan itu mengalami kerosakan? Oh..itu sudah tentu. Kuman di mana-mana. Tetapi, walaubagaimanapun, susu ibu perahan itu tersangatlah jauh lebih baik berbanding susu formula.

Mari kita lihat perbandingan susu-susu bayi dari yang paling baik, sehingga yang paling tak baik yang disarankan oleh WHO – World Health Organization.

  1. Susu Ibu – Direct Feeding dari Ibu Kandung
  2. Susu Ibu Perahan (Susu Ibu sendiri apabila bayi tidak bersama Ibu @ Bayi menolak untuk direct feeding)
  3. Susu dari Ibu Susuan
  4. Susu formula (tak kiranya dari lembu ke soya ke)

Betapa susu ibu itu adalah susu yang terbaik.

Oh, bahan kimia adalam di mana-mana. Pencemaran ada di mana-mana. Tetapi adakah pendedahan kepada bahan kimia menjadi asbab musabab untuk kita tidak menyusukan? Tidak sama sekali. Walhal, pencemaran itulah merupakan punca utama kita harus menyusukan bayi kerana hanya susu ibu sahaja yang mengandungi bahan antibodi semulajadi yang membantu bayi dan kanak-kanak untuk membesar dengan sistem imuniti badan yang lebih kuat, memberi perlindungan terhadap kesan pencemaran sekitar.

Seperti yang Kak Rita dan Mommly Lyna kata, hanya jika si ibu itu jatuh sakit disebabkan oleh pencemaran toksik perlebihan (contoh – terkena racun Arsenic sehingga jatuh sakit semasa bekerja) barulah susu ibu tadi boleh diragui kesuciannya. Selagi si ibu masih sihat walafiat, maka teruskan lah menyusukan anak anda. Anda tidak perlu risau.

Ok, bagaimana pula dengan susu foumula? Lagi baik ke agaknya kalau minum susu formula? Lebih tidak tercemar ke ye? Oh tidak, pusing macam mana pun, susu formula adalah pilihan terakhir untuk susu-susu yang baik buat bayi anda. Ini kerana dalam keadaan pencemaran persekitaran yang paling bahaya sekalipun, sebenarnya susu buatan dan tidak menyusukan bayi dengan susu ibu adalah sangat berisiko tinggi. Bayangkanlah semasa memproses susu artificial ini, air dicampur ke dalamnya, bekas-bekas yang digunakan untuk menyimpan, dan juga botol-botol susu yang digunakan untuk menyusukan. Semakin banyak proses, semakin banyak pendedahan kepada bahan kimia. Jangan lupa, susu ibu perahan yang disimpan adalah lebih baik walaupun menggunakan botol yang sama kerana dalam susu ibu tetap mengandungi antibodi yang kuat.

Dijangkakan pula, logam-logam berat seperti zink, aluminium, cadmium, dan mercury serta bahan-bahan kimia lain banyak dijumpai di dalam makanan-makanan bayi komersial. Ingat lagi pasal kes susu yang dicemari Melanin di China suau ketika dahulu? Banyak kes industri pemakanan bayi yang memanggil kembali produk-produk buatan mereka disebabkan oleh pencemaran bakteria dan bahan kimia. Sebab itu jugalah saya membuat semua makanan pejal Iman sendiri, tanpa membeli bubur segera bayi di luar sana.

Jika anda memilih untuk menyusukan bayi anda, anda seorang ibu bapa yang sangat prihatin tentang kesihatan bayi anda. Tahniah buat anda =)

Salam Sayang,

Mama Iman

>

>

>

{focus_keyword} Penyusuan Dalam Persekitaran yang Tercemar. Boleh ke? moz screenshot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Penyusuan Dalam Persekitaran yang Tercemar. Boleh ke? pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.