Penyedut Hingus Bayi Yang Sangat Memudahkan Ibu/Bapa

Namanya NoseFrida Nasal Aspirator. Saya beli yang ini selepas baca banyak review dari parents around the globe ?? (exaggerate betul). Sebenarnya kalut sebentar masuk anak ke 3 ni, sebab kakak-kakak ‘Izz tak pernah selsema di bawah umur setahun. So agak terkejut bila baby umur 10 hari tetiba selsema??. Memang sedia maklum, baby bawah 2 tahun takde ubat selsema. Satu-satunya cara yang selamat adalah sedut hingus tu sendiri. Kalau pekat sangat, boleh sembur sterimar atau saline water masuk hidung baby dan terus gunakan nasal aspirator.

Sedut Hingus Baby Guna Apa?

Takkan lah guna mulut. Zaman dulu memang guna mulut kot sebab tak ada teknologi macam sekarang. Mungkin pada seorang ibu, tak lah geli sangat. Cumanya ia berkaitan dengan hygienic dan bakteria. Kang anak tak baik-baik selsema, mak pulak jatuh sakit. So, kena lah pakai nasal aspirator. Mula-mula saya guna yang jenis macam bawah ni.

51e0950dd4a2501c7e004c46 {focus_keyword} Penyedut Hingus Bayi Yang Sangat Memudahkan Ibu/Bapa 51e0950dd4a2501c7e004c46

Huh, tak membantu sangat (read as – tak pandai guna ?). Jadinya tak banyak la hingus yang keluar. So bermula lah misi pencarian nasal aspirator yang bagus. Bila tengok review, huh, terus jatuh cinta.

15203347_10154199646783261_8657319378353649343_n {focus_keyword} Penyedut Hingus Bayi Yang Sangat Memudahkan Ibu/Bapa 15203347 10154199646783261 8657319378353649343 n

Lepas post kat facebook, memang ramai kawan bagi review pelbagai jenis brand. Tapi tak tahu kenapa, hati meronta-ronta jugak nak Nosefrida. Sampai la sepupu suami sendiri memang pakai Nosefrida ni. Dan melalui respons beliau, sangat recommended meskipon harganya agak boleh tahan ??. Malah, kalau google jek review version omputih, memang NoseFrida ni sangat recommended.

nasal-aspirator-reviews-nosefrida-nasal-aspirator-12-728 {focus_keyword} Penyedut Hingus Bayi Yang Sangat Memudahkan Ibu/Bapa nasal aspirator reviews nosefrida nasal aspirator 12 728

Ni google la yang cakap. Bukan saya.

Kat mana nak carik bende ni? Lazada ada jual. Tapi sebab nak kan cepat, kedai One Baby World Seksyen 13 Shah Alam. Ayah ‘Izz pon beli dan terus saya gunakan. MasyaAllah!! Memang best sangat-sangat. Banyak gile hingus baby keluar ??? . Hari-hari saya sedut hingus ‘Izz sampai la baik selsema dia. Memang akan ada meronta-ronta sikit la, tapi bila habis sedut tu, dia pon nampak puas sebab boleh bernafas lega. Oh, jangan lupe beli sekali Sterimar untuk sembur pada hidung baby.

(Tak sangka sedutkan hingus baby dan dapat hingus banyak pon boleh buatkan seorang mak rasa seronok amat)??. Anak berak hari-hari pon boleh buat seorang mak sangat happy tau.

3946499_productdescription {focus_keyword} Penyedut Hingus Bayi Yang Sangat Memudahkan Ibu/Bapa 3946499 ProductDescription

Satu set ni ade 3 filter disediakan sekali. Filter ni bertujuan untuk elakkan hingus tu masuk mulut emaknya.

Bahaya tak bila baby selsema?

Memang sebenarnya tak ada ubat pon untuk baby selsema. Asalkan paru-paru baby ok (di cek oleh doktor), biasanya selsema baby akan baik sendiri. Cumanya baby tak pandai buang hingus sendiri. Sebab tu lah kita kena sedutkan hingus untuk baby. So tak perlu risau ok. Lagipon masa dalam pantang, memang nurse akan datang ikut hari yang ditetapkan ke rumah kita. So dalam masa yang sama, nurse akan tengok keadaan baby. Untuk baby yang lepas habis pantang pulak, jika ibu risau, boleh lah bawak jumpa doktor. Tapi seeloknya bawak lah ke klinik kerajaan. Sebab memang mereka akan sangat strict pada pemberian ubat dan antibiotik ??

So untuk ibu-ibu yang mencari nasal aspirator (atau penyedut hingus) yang baik, boleh lah cuba Nasal Aspirator NoseFrida ni. Confirm tak menyesal. Valuable sangat-sangat. Akan ku bawak merata-merata benda alah ni. Ahahhahaahah??.

Selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Penyedut Hingus Bayi Yang Sangat Memudahkan Ibu/Bapa pixel

You may also like...

5 Responses

  1. Salam.
    Macam mana penggunaannya ya. Hari tu saya ada beli nasal aspirator lupa jenama apa. Mcam x banyak hingus yang keluar.
    ummiimaaninas recently posted…179 – SOFEA TURNS 1My Profile

    • Mama Iman says:

      Yang ni mudah jek. mula2 sembur dulu hidung baby dengan sterimar. memang nampak macam menyiksakan, tp bagus untuk cairkan mucus. lepas tu letak jek kat hujung hidung, dan sedut. yang bestnya ia tak melukakan sebab x perlu masuk pon hidung baby. just kat lubang jek.

      puas hati sebab nampak kuning2 hijau2 hingus keluar dan masuk ke dalam ruang biru tu. heheheheheh
      Mama Iman recently posted…Penyedut Hingus Bayi Yang Sangat Memudahkan Ibu/BapaMy Profile

  2. Azfa says:

    Salam nak tanya.. Sterimar tu nak beli dekat mane?

  3. Lily yosh says:

    Brp ye harga nya..tgh mencari juga ni..baby 3 bln kene selsema.hidung mcm berbunyi je

Leave a Reply to ummiimaaninas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.