Pengalaman Taska Day 1 & 2

Alhamdulillah  harini masuk hari kedua Iman di taskanya. So far saya agak ok dgn taska tu. Cuma terpaksa pejam mata sikit2 atas perkara kecil2. Oklah. Semalam saya ambil Iman pukul 3 ptg. Sebab mereka akan tidur dari jam 12 hingga 245 ptg. Mereka akan dimandikan satu persatu, sebelum aktiviti petang hari pula. Saya berpeluang menjenguk dari luar tingkat bagaimana budak-budak ni dimandikan. Pengalaman pertama, memang agak funny dan kagum. Semua budak2 bawah 3 tahun ni, (yang paling kecil baya iman ialah setahun setengah), boleh pulak mereka beratur (tak berbaju hanya berdiaper) di luar pintu bilik air dengan sangat teratur macam keretapi. Lepas seorang, seorang lagi masuk bilik air. Di luar, ada pengasuh yang sambut, cepat2 pakaikan diaper baru dan baju, sebelum seorang lagi keluar dari bilik air. Saya “waaaaah” kejap. Macam mesin kat kilang pulak. Hihi. Saya dengan Ayah punyalah gelak terkekek2. Cumanya, Iman belum terbiasa dengan beratur untuk mandi macam tu, dia melalak-lalak bila bangun tidur. Sedangkan paginya elok sahaja tak menangis pun. Sekali tengah mandi, tiba-tiba nampak pulak saya terjengol dari tingkap, hadoh, lagi kuat dan haru nangisnya. (Tips: Nak sergah taska @ aktiviti anak-anak di taska, make sure jangan tunjuk muka pada anak). Sebab akan panjang berjela lah drama dibikinnya nanti. Hihi.

Saya bekalkan 3.5oz x 6 botol, hanya 3 botol habis. Maknanya untuk sampai ke petang, minimum mungkin 5 botol, maksimum mungkin 6 botol. Alhamdulillah masih mampu menyediakan semuanya susu segar buat Iman. Di dalam kereta, rajuk Iman hilang. Mula membebel dan berceloteh macam biasa. Petang itu, Iman tertidur dari pukul 5 sampai 7 malam. Letih sangat nampaknya. Malam tu, pukul 11 dah merengek nak tidur. Kalau tak, pukul 1 lah saya terpaksa pujuk tidur.

Selepas isyak, kami buat keputusan untuk membeli car seat baru buat Iman. Yelah, umur dah setahun, berat dah 10 kg, masih pakai yg newborn punya. Sian anak mama. Huhu. Kat Carrefour, Iman ternampak pula gelongsor seakan di taska. Punya Iman yang asalnya penat berjalan, digendong guna ring sling, bergelut mahu turun. Saya ingatkan apa dia. Rupanya dia pergi duduk di bahagian gelongsor tadi. Teringat gelongsor di taska. Memandang kami penuh perasaan seolah-olah kata “Iman nak main”. Hihi. Ada-ada sahaja.

Pagi ini, saya sengaja hantar Iman lewat sikit ke taska. Nak terjah waktu pagi pula. Dari luar, saya dengar kanak-kanak sedang membaca doa makan. Bila masuk je, saya tengok, baik-baik je budak2 kecik (3 tahun ke bawah) ni duduk atas kerusi masing-masing, pegang sudi masing-masing untuk makan. Menu hari ini adalah meehun. Ada sikit berkuah. Sup la kot. Semua budak yang pandai makan sendiri, mereka akan makan sendiri. Manakala bayi seperti Iman, akan disuap. Elok pulak masing-masing duduk keliling poengasuh minta disuap. Kenapa saya di rumah perlu kejar ke sana ke mari untuk anak makan? Hish..kene belajar dari pengasuh ni la teknik beri makan pada anak. =p

Iman menangis2 saya tinggalkan. Tapi saya perlu kuat. Sebab saya nak anak saya juga kuat. Saya duduk di kereta, buka tingkap dan cuba pasang telinga untuk mendengar tangisan Iman. Hurm…4 kali “aaaaaaaaaaaa (bunyi nangis)” je rasanya. Terus diam dah. Ramai kawan pujuk kot. Hihi.

Ok, dah pukul 2. Kena mengepam, solat, dan ambil Iman di taska.

Esok Iman di taska sampai saya habis kerja. Cukuplah training half day selama 2 hari. Training untuk physical dan mental, bukan untuk Iman sahaja, tapi untuk Mama Iman juga.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Pengalaman Taska Day 1 & 2 pixel

You may also like...

15 Responses

  1. suzila says:

    Anak akak tiga2 antar taska, yg sulung start antar taska umur 2 thn, yg nmbr 2&3 dh dihantar ke taska dr umur 2 bulan lg (lepas pantang)… alhamdulilah, x de masalah besar, kecik2 tu biasalah, kalau ada ank akak yg luka sbb jatuh@ gaduh dg kekwn, cikgu2 kt taska akan bagitau masa kite amik diaorg.. tpi kite jgn la cerewet sangat, kite kena faham, ramai budak nk kena jaga, asalkan keselamatan & kebersihan dijaga, akak rasa dh bersyukur dah… akak setuju cara mama iman train ank ke taska… mengintai sekali-sekala tu wajib tau… akak pun buat jugak… sekarang bby no 4 ni akak dh amik bibik, tpi 3 org lg tu masih ‘merindui’ taska.. diaorg boring dok rumah… kata diaorg dok taska lagi syok… huhuhu 😀

    • Mama Iman says:

      betull…taska byk aktiviti..byk kawan, byk mainan…x serupa dengan dok bibik di rumah..at least diorg belajar sesuatu di taska. bukan takat nonton kartun mcm di rumah..heheheeh

  2. appleCrux says:

    Mmg kagum oo tgk budak2 ni behave masa kat taska..boleh duduk elok kat pengasuh yg suap makan, takde pun nak lari2..time tido boleh plak tido..kalo kat rumah semua schedule pun larik..

    • Mama Iman says:

      kan~!!! kalo kat rumah, ya ampun…….penat mengejarnya…punya la bertukar rupa diorg ni. yg tak tahan time tdo tu, boleh pulak x perlu ditepok2, x perlu didodoi..kat rumah, hurm..mcm nak patah bouncer dok mengenjut die.. =p

  3. cik_ah82 says:

    mama iman, kat taska ni bley jaga daily x?mybe dalam 3 hari je tuk bulan ni..desperate sangat dh..kalau ada no fon mama iman pm saya ye..tima kaseh banyak2..:)

    • Mama Iman says:

      ada2!!! diorg ade wat harian juga. cek PM ye. =) kalo nak anak tidur malam sana pon diorg ade servis jage malam2…cume kene btau awal sikit .

  4. Farihan says:

    salam mama iman,
    pengalaman akak sebagai pengusaha taska,kebanyakan budak yang baru 1st time dihantar ke taska memang ambil masa nak sesuaikan diri,ada yang sampai 2 minggu baru ok,kalo iman 2 hari dah ok,kira terror la la tu…hahahaha…kadang2 dengan menghantar anak2 ditaska dapat mendisiplinkan mereka,mereka tahu bila nak makan,bila nak susu,bila nak tido….bagi ibu yang tak pernah berpisah dgn anak,sangat mencabar,ibu2 perlu tabah jika anak menangis,..hisshhh…nak berceramah plak…hehehe best jugak ni cerita kat blog akak mengenai aktiviti dan rutin harian anak2 kan:)

    • Mama Iman says:

      saya mmg agak tegas sikit nih…hati mesti mahu kuat.. selamba tgglkan iman melalak nangis masa hantar,..punyalah konon nak kuatkan hati, sampai terlupa mahu menciumnya…huhuhhuhu…yg penting saya mahu anak tau dlm hdup ni mst ada disiplin..so far, mmg ok sgt la ..sy suka tgk bebudak tu, nampak teratur je…hihi..kelakar sungguh..

    • MASNI says:

      menurut pengalaman saya sebagai seorang pengusaha taska kanak-kanak yang dihantar ke taska akan menangis pada mulanya tetapi tidak lama ..akan biasa dengan keadaan . anak-anak akan mula belajar mendisiplinkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ditaska.

  5. Diana says:

    ha’ah kan seronok je tengok anak2 yg duduk taska ni semua teratur dan berdisplin… klu kat rumah, masya-allah… siksa gak la dibuatnya lebih2 lagi time makan. Kalau anak saya, balik2 taska mmg hepi sbb seronok bermain smbl belajar… naik2 keta da pesan awl2 sok nak g sekolah lg tp bila esok da bangun.. (anak first mmg rapat ngan bapak dia)tengok je muke bapak dia terus xnak g sekolah.. nak ikut papanye g keje… huhu… selalunya saya hantar anak masa dia tgh tido..

    • Mama Iman says:

      setiap budak lain2 peel nye…hihihihh….mmg manja la kalo kite dok tayang muka. kalo kite x de, punyalah baik dan berdisiplin..hihiih…td mase sy ambil iman, sy tgk die baik je, elok jek senyum2 dgn kwn..sekali nmpk muka saya, hurm……melalak mcm kene dera. hehehe

  6. aiesy says:

    Iman dihantar ke taska mana ye?

    • Mama Iman says:

      Dekat2 dgntmpt keje di cyberjaya…taman putra perdana…betul2 lepas tol putrajaya dari arah elite..susur keluar ke bandar nusaputra =)

      • MASNI says:

        tepat sekali pilihan mama iman menghantar anak ke taska seboleh-bolehnya anak dapat berdkari ..bila sampai masa iman masuk parasekolah iman dah pandai berkawan.

  7. INTAN says:

    Salam Mama Iman,

    Saya baru nak mula anta anak ke taska..anak baru 5 bln .huhu..risau sgt..apetah lagi selama 5 bulan ni makcik2 dia yang jaga..jadi takut bile nak hanta ke taska dia rase terkejut sgt..hmm…taska kat tpt kerja..so mgkin blh jenguk2..tapi xtau la mcm mn nanti..seram..risau..sayu pun ade…maklumlah taska kan ramai..bile anak menganis, pengasuh x blh jg anak saya sorang je kan…tapi..untuk pujuk hati ni..saya pikir taska ni berdaftar..so insyaAllah…semua akan ok..hmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.