Pengalaman Saya Dengan Sakit Gastrik Satu Ketika Dahulu

Dahulu, saya pernah ada sakit perut yang amat sangat. Masa tu umur dalam 15 – 17 tahun. Tapi tak tahu pun itu adalah gastrik. Mungkin sebab selalu tahan lapar, so lama-lama perut jadi tak tahan. Sakitnya sukar digambarkan. Memang pedih menyucuk-nyucuk dan dalam masa sekejap jek rasa sakit sampai nak guling-guling pun ada.

Pernah seali sakit tu saya kena masa tengah bercamping dengan persatuan. Almaklumlah, bila bercamping, tak boleh la nak demand macam-macam kan. Makan pon ala kadar jek. Ditakdirkan masa tu menunggu masa makan, tapi makanan tak masak-masak (read as: tak pandai masak, so nasik tak masak-masak :mrgreen: {focus_keyword} Pengalaman Saya Dengan Sakit Gastrik Satu Ketika Dahulu icon mrgreen). Mana tidaknya, masak guna kayu api kot! Haha. Terus laa dilanda kesakitan amat sangat tu. Nak nangis wooo!!. Pegilah mengadu kat ketua platon masa tu dan dia bagi saya susu apa tah (ingat-ingat lupa). Lega lah sikit perut, tapi ambil masa jugak. Rasa nak muntah pon ada (tapi tak muntah). Rasa nak kentut pon ade (tapi tak keluar-keluar anginnya). Pergh.. memang tak boleh tidur.

Sejak tu, memang saya akan jaga makan. Takkan biarkan diri berlapar lama-lama. Alhamdulillah, lama-lama gastrik tu hilang. Cuma simptom sikit-sikit tu masih ada. Contoh kalau bulan puasa tu, memang masa buka tu takkan boleh minum air sejuk. Sure merana sepanjang malam sebab macam bloating pun ada. Ubatnya ialah, minum air suam dulu atau apa-apa air panas dulu, dan solat dulu. Tak boleh lah teruk melantak.

Pernah satu hari masa bulan puasa, konon nak pergi jamuan buka puasa dengan kawan opis kat KFC. Buka-buka pulak air sejuk gas (masa tu air panas abes rasanya sbb kalut orang nak bukak puasa kan). End up habis jek bukak puasa, terus berlari ke toilet dan hambur semua balik  (╥︣﹏᷅╥)

Tapi alhamdulillah, sekarang ni memang sakit gastrik saya dah banyak sangat terkawal. Sekarang pun saya kurangkan minum sejuk sebab perut sangat selesa dengan air panas. Sampaikan ada kawan kata saya ni macam orang tua. sebab lepas makan nasik tengah hari pon, minum saya adalah air panas. Ngahahahaah (─‿‿─). Tanpa ubat tau. Alhamdulillah gastriik saya berlalu tanpa ubat, hanya dengan kawal pemakanan.

Berikut pun adalah antara cara lain yang boleh dibuat untuk elakkan gastrik.

<

Cara Nak Elakkan Gastrik

  1. Tetapkan waktu makan tengahari.Jangan sentiasa berubah-ubah.
  2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.
  4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, pizza.
  5. Elakkan makan terlalu kenyang.
  6. Elakkan cuka, makanan yang pedas.
  7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk,cempedak / nangka, rebung sebab makanan-makanan nie membuatkan perut berangin dan kembung.
  9. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh
  10. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

<

Cara Merawat Gastrik Secara Semulajadi 

Berikut adalah petua semulajadi macam mana nak hilangkan gastrik. Mana tau ia dapat membantu. Tak salah mencuba. (✿◠‿◠)

  1. Susu Kambing – Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.
  2. Daun Betik -Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.
  3. Akar Patawali– Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.
  4. Selaput Tunggul (Mikania Micrantha) – Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.
  5. Daun Sembong (Blumea balsamifera) – Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.
  6. Daun Mengkudu – Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.
  7. Daun Bunga Lili – Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.
  8. Tempurung Kelapa -Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.

Merawat Sakit Gastrik {focus_keyword} Pengalaman Saya Dengan Sakit Gastrik Satu Ketika Dahulu daun 2Bbunga 2Blili tile

 

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Pengalaman Saya Dengan Sakit Gastrik Satu Ketika Dahulu pixel

You may also like...

2 Responses

  1. Faizin says:

    Makanan yang baik untuk pesakit gastrik adalah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.

  2. Jeffri says:

    Salam Faizin. Apa maksud karbohidrat complex?? Contoh ada tak..? TQ
    Saya gastrik kronik sampai turun berat badan.. Sihat sikit skrg cuba nak tambah blk berat badan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.