Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan Shah Alam

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 19 bersalinkan baby ‘Izz. Hiruk pikuk mak beranak tiga, tak sama dengan dentum dentam mak beranak satu dan dua.

Ahahahahahha.

>
Sampaikan nak buat entry pon bertangguh punyalah lama. Dah lah lepas bersalin urat otak banyak putus (dan katanya ibu mengandung sebenarnya otak mengecil, ye ker?) ??
Baby ‘Izzul I’jaaz selamat dilahirkan pada 40 minggu 8 hari umur kandungan (punyalah lama). Tarikh 6 hb November 2016 menyerah diri untuk IOL (induction of labor). Tapi sebenarnya setiap malam sejak 38 weeks, dah tak lena tidur sebab perut memang asyik mengeras je. Seriously letih dan memang tak lena, sebab sakit. Tapi disebabkan tak konsisten, ditambah pulak lupa dah macam mana sakit contraction, so memang tak pikir apa-apa la. Just be positive je. InsyaAllah baby akan keluar sampai masanya ?

>

6 hb, pergi ke PAC (Patient Access Centre) Hospital Shah Alam, pukul 6 petang. Ahhahahaha sesuka hati jek petang- petang pegi. Mana taknya, nak urus budak 2 ketul yang ada tu, tambahan pulak paginya adalah Hari Concert Akhir Tahun sekolah Husnul Iman. Tentulah tak lepaskan peluang pergi jugak. Maka dapatlah hadiah bebelan mesra nurse – IOL patut datang pagi-pagi bla bla bla…

Mana ceq nak tau. Hahah.

Masuk PAC jek, rupenya dah 3 cm??. Eihhh…. maka teruslah kena warded. Yeehaaa. Gerun gementar sebab tak de pengalaman beranak kerajaan. Tunggu dekat 5 jam ooo proses nak masuk ke WAD tu. Siap kena perli dengan Encik Laki:

>
“Pilihan wawa kan nak beranak kerajaan. Haaa tunggu la” Kata beliau bila bini dah sakit bontot duduk atas kerusi. Hahahhaha. Sebenarnya normal la tu proses tu. Maklumlah ramai woo bersalin. Nak tunggu katil kosong tu memang ikut rezeki la kan.

>
Lebih kurang pukul 1030 malam (dari pukul 6 ptg – OK la kan), baru lah dapat masuk wad. Alhamdulillah. Boleh lah staycation, berehat-rehat tanpa kedua-dua Iman dan Hannan, sambil melayan keras-keras perut. Tidur dengan amannya di wad. Doktor kata memang tak perlu dah induce sebab dah mula bukak. Cuma bukaan agak lambat.
Segala prosedur hospital, saya faham dan akur dan saya tanya untuk apa dan apa. Alhamdulillah jugak memang segala prosedur, termasuk VE ke, CTG ke, semua di attend oleh doktor perempuan dan nurse perempuan. Again, its all about rezeki.

>
Pagi pertama 7hb, pukul 630 pagi kami dah diberi persalinan baru utk mandi manda sebab doktor akan round wad. Katil-katil perlu dikemas bersih. Pagi seawal pukul 7 sarapan dah diagihkan. Saya memang dah sedia maklum prosedur-prosedur ni sebab pernah lama warded kan Iman dan Hannan dulu. Suka sebab ada peraturan. Bagi saya rules dibuat untuk memudahkan semua orang dan supaya apa-apa process berjalan lancar??

>

Satu demi satu katil bertukar-tukar pregnant mommy. Memang nampak ibu-ibu yang menahan sakit (mengerang kecil) di mana-mana katil. Selagi tak bukak at least 5cm (tak silap saya lah), selagi tu duduk di wad, tak dibawa ke labor room. Tapi ada je ibu yang dah 8cm pon, masih di wad!! Sebab ibu tu tak macam sakit pon. Ahahahhaahhah. Bila doktor cek VE pagi-pagi setiap patient, terus dah 8cm ? (dia tak mengadu sakit keee… dan seriously muka pon cool jek) dan terus ditolak ke labor room. Kelam kelibut nurse dan doktor dibuatnya?.

>

Sepanjang 7hb tu, saya makan minum, tidur, rehat, siapkan order Shaklee ??. Masuk malam, pukul 11 mula rasa sakit. Tapi rasa berbeza. Kali ni saya catat sela masa contraction. Mula dengan 45 minit, kepada 40 minit, 30 minit, sampai laaaa pukul 6 pagi, dah 5 minit sekali. Huhuhuhu. Cepat-cepat solat Subuh sebab rasa sakit tu macam dah tak terdaya rasanya. (Serious rasa lupa dah nak control macam mana kurangkan rasa sakit??)

>
Uncontrollable sudah… hahahaha.

>
Nak sarapan pon dah tak lalu dah aihh. Kena paksa dengan nurse sarapan, kalau tak memang takkan ke labor room. Hehehe. Dalam lebih kurang pukul 830 pagi ke labor room, huh layan lah contraction kat sana pulak. Rasa lambatnyaaa masa berlalu.

<

Woooo… akhirinya 11.19 pagi, baby ‘Izz dilahirkan.

<

  •  Perinium intact, no episiotomy – tak ada luka digunting (so of course la tak jahit)
  • Terus dapat skin to skin sekejap dengan baby sebelum baby dibersihkan. Ada la beberapa minit.
  • Ayahnya azankan baby. Alhamdulillah
  • Baby dibersihkan
  •  Menyusu terus selama sejam lebih dalam labor room sambil menanti wad lain pulak (sebab wad kelas 3 penuh sudaah). Masa nak siap ke wad, encik suami pegang baby sambil kata;

“3 tahun lagi anak ke 4 ya” eihhhh… terjegil mataku! Sakit pon tak hilang lagi. Ahahaahha.

>

Masuk wad kelas 2 pulak sebab wad kelas 3 (kipas) penuh, sejuk amat-amat rupenya wad kelas 2. Bermalam lah kami semalaman, dan alhamdulillah baby latch on dengan cemerlang. Sambil-sambil duduk wad tu melayan baby baru, saja membelek report patient sebelum doktor datang. Belek membelek report, memang teliti setiap report tu. Walau pon saya bukan doktor, at least paham la kan apa yang ditulis. Miahahah. Saya ternampak banyak graf CTG saya. Pergh, tengok pon rasa sakit. Hahahaha. Jiran sebelah katil kata;
>

“Usah dikenang kesakitan itu…” hahahahahah terus tergelak sesama.

>
Esoknya pulang ke rumah.
Begitulah, not so gentle birth experience. Kah!!!. Apa yang penting, baby dan saya selamat. Alhamdulillah. Nurse dan doktor sangat supportive. Terima kasih nurse dan doktor Hospital Shah Alam.

>
Bil? InsyaAllah sangat berpatutan. Heheh.

>
Lepas ni insyaAllah akan apply FPP.

>
Welcome aboard Baby ‘Izz❤️❤️❤️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan Shah Alam pixel

You may also like...

4 Responses

  1. Tahniah tuan rumah. Akhirnya dapat juga baby boy. Seronok la kakak2 dapat adik baby.
    ummiimaaninas recently posted…179 – SOFEA TURNS 1My Profile

  2. cikmilly says:

    sis klo bkn dok area shah alam, tp nk beranak ctu, bole ke trus je dtg sne?

  3. Alia says:

    Cas brp ya??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.