Pengalaman Berhadapan Pelanggan

{focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  customer is always right

Rule #1: The customer is always right. Rule #2: If the customer is ever wrong, reread Rule #1!

>

Haha.. Kadangkala boleh lah dipakai frasa di atas ni. Tapi kadang-kadang rasa macam nak meroyan juga. Muahahaah:mrgreen: {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  icon mrgreen. Sedar tak sedar, dah lama rupanya saya menceburkan diri dengan menangani masalah customer. Dah 3 tahun rupanya IbuCergas Marketing beroperasi. Subhanallah. Lama juga rupanya. Cukup saya tak sangka :wink: {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  icon wink

Saya yang dahulu seorang yang cuma makan gaji.
Saya yang dahulu seorang yang hanya ada baki duit gaji RM50 sebulan (mujur ada) :lol: {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  icon lol
Saya yang dahulu semua bende nak beli pon kena catu2 sebab memang tak cukup duit.
Alhamdulillah, saya dah bukan saya yang dulu InsyaAllah.

Paling kurang pun sekarang sekiranya mak saya perlukan apa-apa bantuan, insyaAllah ada benda yang boleh saya hulurkan. Amin.. the least thing i can do for my mom! :wink: {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  icon wink

Berniaga memang seronok. Banyak yang saya belajar. Dari bab menguruskan modal, kepada menguruskan stok, melayan customer dan pelanggan, melayan kerenah pelanggan dan juga menjaga emosi semasa melayan pelanggan!!! Haha. Semua adalah tak ternilai. Seriously berbagai-bagai ragam pelanggan yang saya jumpa. Masuk beratus sudah, alhamdulillah. Tapi seriously bukan senang. Cukup susah. Siapa yang sama-sama  berniaga biasanya paham. Sesiapa yang selama ni jadi pelanggan sahaja dan tak pernah berniaga biasanya memang tak paham-paham! Hehe. dan sudah tentulah bagi golongan yang no 2 ni, frasa di atas memang sesungguhnya sangat betul. Hohohooho..

Saya masih bekerja sepenuh masa. Dalam pada itu selepas pulang kerja, masih perlu menjalankan tugas sebagai isteri, ibu dan juga  peniaga. Kadang-kala memang sangat penat. Kadang-kala memang sangat letih. Dapat pula jenis customer yang memang agak cerewet. Oh sungguh menduga kesabaran dan keimanan. Bayangkanlah customer pon berbeza-beza latar belakangnya, malah berbeza-beza juga peribadinya. Jom hiburkan hati dengan beberapa kerenah customer. Hehe.

Kes 1

Pernah saya deal dengan customer ni selepas waktu pejabat dan saya perlu drive mengambil anak ke taska. Bertalu-talu mesej saya terima dari customer ni meminta further explanation. Saya fikir, sampai di rumah nanti saya akan reply semua. Namun, selepas beberapa mesej tidak dijawab, beliau hantar mesej marah-marah;

“Helloooooo… I am waiting for your response here!!”.

Terkejut (sambil driving ni), saya pon berhentikan kereta ke tepi dan reply mesej;

“Im sorry dear, I am currently driving and will response to your messages once I reached home”.

Haiyoyoyoyo…  nama pun mesej kan. Boleh lah ditangguhkan barang 10 – 15 minit kot untuk reply. Kalau urgent sangat-sangat, kan ke better customer ni kol? Entah lah. Hehehe. Mujur tak meroyan. Kalau tak melepas seorang customer :mrgreen: {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  icon mrgreen

<

Kes 2

Saya juga membuat kek secara part time. Tidaklah secara insentif tiap-tiap hari baking cake. As for me, schedule itu penting supaya saya boleh luangkan masa untuk family, masak, kemas rumah, dan sambil menjalankan bisnes2 saya. Erti kata lain ialah, masa saya amatlah berharga. So bila customer datang untuk ambil barang as Cash-on-Delivery, saya seriously sangat menitik beratkan waktu dan punctuality. So bila customer ni janji datang ambil kek pada pukul 10, saya tunggu di luar  guard perumahan saya sehingga lebih 1030! Saya keep on call dan mesej, tapi tak berjawab. Sedangkan saya ada temujanji lain selepas itu dengan customer lain di Restoran Mamak.

So Ayah Iman pon mencadangkan supaya kami terus gerak dan mungkin kek akan COD di restoran mamak yang beberapa ratus meter sahaja dari rumah. Hanya selepas jam 11 pagi, customer saya sampai di hadapan kawasan perumahan saya, dan call saya. So saya pun beri simple instruction ke restoran mamak tu. Sekali bila sampai, saya pun lemparkan senyuman dan….

“Awak tau tak saya ni dari Kuantan!!” Mak kepada gadis yang menempah kek itu terus menyerbu saya.

“Oh, cik dari Kuantan ke?” masih cuba senyum.

“Tengok no plate ni, memang dari Kuantan ni datang sini!”.

“Oh, maaf mak cik. Harganya RM70 ya”. Mak itu terus bg duit dan masuk kereta dengan masam. Si anak dan saya terkebil2 kejap. Terkejut baby ai dalam perut tau~!

Rasa macam nak nangis pun ada. Saya mesej balik si gadis yang menempah kek. Saya katakan padanya saya amat terkilan dimarahi sebegitu rupa. Sedangkan masa yang dijanjikan tidak pulak muncul dan saya mesej dan kol pulak tak berangkat. Wooo… memang sedih woo. Apa lah sangat RM70 tu kalau saya as peniaga dizalimi sebegini rupa. Memang sedih tau. Tapi inilah salah tau pahit manis orang berniaga. Uhuk uhuk..

Kes 3

Jenis customer nak murah sokmo, tapi nak service tiptop sokmo. Yang ni memang kes paling ramai sekali lah. Huahauahauhau. Bagi saya, berniaga mestilah nak untung. Kalau tak untung, takkan lah berniaga kan? Kalau saya jutawan, nak buat amal jariah setiap hari, apa lah sangat kot. Celah gigi jek kot. Sedangkan jutawan pon mengambil untung dan menjadi semakin kaya hari demi hari. Inikan pulak peniaga-peniaga ikan bilis macam kita ni. Saya berniaga sebab nak sara kehidupan. Nak tolong keluarga, nak senangkan hati mak yang menjaga kita selama ni. Takkan lah mak kita nak tengok kita hidup makin hari makin susah. Mestilah harapan beliau, nampak kita semakin hari semakin bahagia. Sedangkan bekerja dan mencari nafkah pun dikategorikan sebagai jihad kan? So, usahkan zalimi peniaga. Sekiranya tak suka dengan harga yang ditawarkan, peniaga juga tidak memaksa. Bila akad jual beli dipersetujui, transaksi dan keuntungan peniaga menjadi halalan, InsyaAllah.

>

Kesimpulan

So, berwasatiyah lah dalam urusan jual beli. Yang jadi penjual tu usahkan letak harga cekik darah. Yang membeli pula, berpada lah meminta diskaun dan tawar menawar. Rezeki Allah yang beri. Mudah-mudahan segala transaksi adalah win-win situation. Itu lebih baik :lol: {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  icon lol.

>

Ada orang lain berpendapat, usahlah sibukkan diri dengan berniaga macam-macam, carik duit dunia bagai nak rak. Tak cukup-cukup ke apa yang ada. Bersyukurlah, berzuhudlah. Kang nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran. You kerja teruk-teruk, and you sacrifice masa you dengan family dan anak-anak you.

Astaghfirullah. Sentap juga. Tetapi terima kasih atas teguran. Bagi saya, setiap insan ada sebab dan alasan peribadi masing-masing untuk mereka bekerja keras mencari nafkah. We have never been in their shoes. Kita tak tahu pengalaman mereka, kita juga tidak tahu, apa kesusahan mereka. So, adakah wajar kita mempertikaikan tingkah laku dan usaha mereka itu. Memang tak dinafikan kadang-kala kita ditempelak dengan penyataan yang sebegini.

“Kaya dan Berjaya” dan “Kaya tapi Gagal” membawa definisi yang berlainan. Siapa kita untuk menghakimi seseorang lain itu sama ada “Kaya dan Berjaya” ataupun “Kaya tapi Gagal”? Siapa kita untuk katakan orang lain busy carik duit sampai anak tak terjaga. Kita sendiri tak tahu, anak yang kononnya kita berikan segala yang “kita sendiri definisikan” sebagai terbaik itu, 20 – 30 tahun akan datang “confirm”  ke akan betul-betul terbentuk mengikut “acuan terbaik” kita itu? Itu semua takdir dan ketentuan Allah juga.

Apa yang boleh kita buat, berusaha – dan selebihnya kita ikhtiarkan pada Allah SWT.

Saya belajar dari sekeliling, setiap hari, setiap detik, InsyaAllah.

Untuk para pelanggan IbuCergas Marketing, terima kasih ya kalian. Saya banyak belajar dari kalian. Alhamdulillah 8) {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  icon cool

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Pengalaman Berhadapan Pelanggan  pixel

You may also like...

1 Response

  1. luthfi says:

    Peribahasa kalau pembeli adalah raja sepertinya memang benar tapi sebagai pembeli juga tetap harus memikirkan penjual juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.