Pemakanan Bayi Yang Sihat

by Mama Iman on March 18, 2011 · 23 comments

in Solid Food @ Makanan Bayi

Kali ini, mari cerita secara serius tentang pemaknan bayi dan kanak-kanak ye. Makanan pelengkap bayi adalah bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari).  Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap. Walaubagaimanapun, penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun. Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi. Inilah pemakanan bayi sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

>

Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas?

Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:

  • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
  • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
  • Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.

>

Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat ?

  • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
  • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
  • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi  cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur? :lol: {focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat icon lol ).

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila di pasaran kini wujud pula susu yang kononnya mengandungi semua nutrisi makanan yang lengkap, lalu hanya perlukan susu tersebut tanpa perlu makanan tambahan? Saya betul-betul anti dengan iklan susu itu. Mana mungkin ada susu yang boleh mengandungi kesemua nutrient? Saya teringat kepada cerita cartoon Wall-E. Dalam cerita tersebut, semua manusia (gemok-gemok pula) hanya perlu minum air (entah air apa) sepanjang berada di angkasa lepas dek kerana bumi telah pun punah disebabkan pencemaran. Tak sangka pula susu sebegitu wujud. Hish.

>

{focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat wall e axiom passengersCerita melambangkan masa depan? Gambar dari Google.

Pemakanan yang sihat bermula dari seorang ibu. Ye, ibu la yang bertanggungjawab menyediakan kesemua nutrisi buat anak-anak. Jangan salahkan sesiapa kalau anak anda tidak suka makan sayur @ buah. Jangan salahkan nursery, sebab semuanya bermula dari rumah. Jika anda gagal sebelum ni, jangan putus asa. Anda masih berpeluang perbaiki untuk anakyang seterusnya. Kita belajar dari kesilapan.

Ok, maafkan bebelan saya. Kita teruskan dengan serius ok.

>

>

Bagaimana pula dengan struktur makanan bayi yang patut disediakan? Jadual seperti di bawah ini saya juga praktikkan buat Cik Iman.

Umur Bayi Tekstur Makanan
6 – 8  bulan Puri, dilecek atau makanan separuh pejal
9 – 11 bulan Makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food)seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberikan.
>12 bulan Makanan keluarga

>>

Dalam umur bayi 6 – 8 bulan, bubur Iman dikisar halus. Semakin Iman membesar, kuantiti air yang digunakan untuk mencairkan buburnya dikurangkan. Kenapa? Logiknya dalah untuk mengajar Iman cara untuk menguyah. Nampak simple, yelah takkan itu pun nak ajar. Betul, kena ajar sebab ada bayi yang lambat menguyah tau. Maka, perubahan sstruktur makanan sebenarnya amat penting. Jika 6-8 bulan puree bayi dibuat halus, maka 9-11 bulan, puree bayi juga harus dibuat kasar. Ini bermakna frozen puree juga mempunyai struktur makanan yang lebih besar. InsyaAllah jika ada kelapangan akan saya sertakan entri berkaitan. Tentang finger food pula, ia penting supaya bayi dapat menyua sendiri makanan mereka. Kita tak nak kan bayi kita sehingga umur 4 tahun masih tak pandai makan nasi guna tangan? Hehe. Kentang bakar, brokoli dan lobak rebus adalah pilihan yang baik. Nantikan entri seterusnya untuk penyediaan finger food bayi.

>

>

Panduan Memberi makanan kepada bayi

  • Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk  mengelakkannya daripada tercekik.
  • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk  mengelakkan tercekik.
  • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). Saiz kismis sangat bersesuaian untuk dijadikan finger food.
  • Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.

Walaupun bayi anda masih belum mempunyai gigi, percayalah bahawa gusi bayi sangat kuat dan boleh menghancurkan makanan lembut. Tak percaya? Tanyalah ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Memang sakit walaupun hanya digigit menggunakan gusi.

?

?

Kekerapan Makanan


Umur Sukatan Makanan Setiap Hidangan Kekerapan Makan Sehari Kekerapan snek
0-6 bulan

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi
6—8 bulan ½ cawan bubur nasi 2 – 3 kali 1 – 2 kali
9 –11 bulan ½ cawan bubur nasi pekat 3 – 4 kali 1 – 2 kali
1 – 3 tahun ½ cawan nasi atau 1 keping roti 4 – 5 kali 1 – 2 kali

>

Cik Iman akan merengek-rengek jikalau lapar. Kadangkala sudah pun memberikan susu segala dan bubur sebagai menu utamanya. Tapi mungkin kerana sudah terbiasa makan, jadi Iman suka makan dan lapar. Tak apa memberikan makanan kepada bayi anda. Asalkan ia berkhasiat, sihat, tiada bahan pengawet, dan dalam kuantiti serta kekerapan yang disarankan. Seeloknya makan bersama di kala bayi anda makan. Kenapa? Supaya bila giliran anda makan nanti, tidak pula mereka teringin apa yang anda makan. Sayangkan kesihatan anak, jangan beri semua yang anak nak ok? Bila dah obes, jangan marah anak tu pula ye. Heheh.

>

>

Sukatan Makanan

Kumpulan makanan Kumpulan umur
6-8 bulan

9-11 bulan

1-3 tahun

Bijirin, Sumber bijirin dan ubian 1½ cawan bubur pekat 2 cawan bubur pekat 2 cawan nasi
Sayur-sayuran ¼ cawan sayur masak ½ cawan sayur masak 1 cawan sayur masak
Buah-buahan ¼ betik atau ½ pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g)
Daging, haiwan ternakan, ikan dan kekacang 2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi Ikan ( ¼ ikan saiz sederhana) 2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji Telur ½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur
Susu Susu ibu mengikut kehendak bayi Susu ibu mengikut kehendak bayi Susu ibu mengikut kehendak bayi /3 gelas susu
Lemak, minyak 1 sudu teh minyak 1 ½ sudu teh minyak 1 sudu teh minyak

Pertukaran sukatan:

Sukatan 1 cawan = 200ml

>

Hish..susah nak ikut jadual kat atas ni. Ini sebagai panduan sahaja. Terpulang kepada ibu bapa. Jangan terlalu banyak beri makan, dan jangan paksa bayi anda makan! Ia akan menjadikan makanan adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan. Alhamdulillah, approach yang saya gunakan ke atas Iman menjadikan Iman bukan sahaja gemar makan, malah langsung tidak memilih makanan. Syukur. :-D {focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat icon biggrin

Perhatian:

  • Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. Sebabnya ginjal bayi masih belum matang untuk memproses semua tu. Anda juga tak berharap bayi anda sakit awal kan?
  • Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. Ini memudahkan bayi menelan sayur kerana sayur berdaun seperti bayam sukar dilerai sekiranya tiada gigi. Hihi.
  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu, untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
  • Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. Maka, susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
  • Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.
  • Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. Sabar di sini ialah, sabarlah kemas kekotoran di lantai, dan sabarlah mengejar mereka makan. Hoho.
  • Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.
  • Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa.  Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan. Puji mereka, ceria-ceriakan muka. Senyum dan ketawa. Hihi.

Selamat mencuba ye ibu-ibu.

>

>

Sumber Rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia

{focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat DSC01724aCik Iman – 7 bulan dengan buah mangga. Saja Mama Iman suruh Iman suka buah mangga biar Mama Iman dapat join sekaki. Hoho.

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat pixel
{focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat rax rss  {focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat rax twitter  {focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat rax facebook  {focus_keyword} Pemakanan Bayi Yang Sihat rax myspace
Plugin by: PHP Freelancer

{ 23 comments… read them below or add one }

1 yatipruzz March 18, 2011 at 8:27 PM

comei nyer.siap pulun mangga ngan biji tu :p

Reply

2 sya March 12, 2012 at 3:40 PM

oleh itu makan berhati hati ye

Reply

3 Mama Iman March 19, 2011 at 9:05 AM

hehhe..kene tolong pegangkan..sbb die pegang, asyik jatuh jek..pelam kan licin..

Reply

4 Farida March 20, 2011 at 1:14 PM

salam mama iman,
terima kasih byk2 ye sbb post pasal ni..inilah yg ditunggu2…hehe..nanti jgn lupa post pasal finger food tu ye..(ada tak resepi biskut baby buat sendiri?).haa..lagi satu..kalo mama iman sekeluarga travel jalan jauh..mcm mana dgn penyediaan makanan iman?kalo bercuti ke…sy baca kebykan ibubapa kalo travel/bercuti sediakan nestum je bancuh atau biskut segera tu…kalo boleh sy nk sediakan sendiri…huhu..byk plak permintaan..diharap tak menyusahkan mama iman…hehehheh :D

Reply

5 Mama Iman March 20, 2011 at 7:48 PM

hehhee…resepi biskut? aiyo..x de lah..huhuhuh…pasal travel pulak, kalo travel pendek – saya buat bubur siap2 kat rumah. lepas tu saya letak dalam 3 bekas kecik (sarapan + tgh hari + petang). semua 3 bekas ni saya masukkan dalam cooler bag. dalam kereta, sepanjang perjalanan, saya akan pump. so, bila waktu makan iman, saya akan tuang susu fresh ni dalam bubur tadi (suap dalam kereta @ kat restoran bila kami same2 makan). mmg a bit sejuk la sbb bubur tadi dalam cooler bag. tapi bagi saya, lebih baik dr bubur segera. itu perjalanan pendek yang balik hari jek. mmg iman x suke pon biskut farleys tu (saya mmg doakan die x suka)..kuikuikuik…

kalau balik kampung @ pegi jauh sampai menginap – saya bawak frozen solid food tu dalam bekas kecik. hhohoho.. seryes. bawak dalam cooler bag jugak. cukup2 utk penginapan sepanjang masa kat hotel @ kampung. kalau hotel, saya mmg bawak kuali kecik bersama.. kuali elektrik..hehehe..kalo menginap umah atok, saya masak seperti masak di rumah. atok saya kat batu pahat pon terkejut. die kate bagus teknik saya ni. wah wah..

nak amik gamba tang ni, kelam kabut pulak..ye lah, nama pon travel. huhuhu..tp mase suap iman dalam kerete, of course die dok dalam car seat die…kalo x, mmg la x leh suap =)

Reply

6 mama imani May 10, 2011 at 11:50 AM

waaa anak kita dekat2 umur… nama dia Imani, anak awak plak Iman… ni 1st time baca blog awak… best!!!
nak tanya, bb boleh bg mkn 3 kali ek? saya bg mkn sekali je… ingat x boleh, takut max sgt perut dia… :D

Reply

7 mama_imani May 10, 2011 at 11:52 AM

waaa anak kita dekat2 umur… nama dia Imani, anak awak plak Iman… ni 1st time baca blog awak… best!!!
nak tanya, bb boleh bg mkn 3 kali ek? saya bg mkn sekali je… ingat x boleh, takut max sgt perut dia…

Reply

8 Mama Iman May 10, 2011 at 1:08 PM

pelan2…mula2 mmg 1 kali…dlam seminggu gtu…pastu naikkan jd 2 kali….lastly 3 kali…sbb baby pon kene ade jadual waktu makan…kita kan ade breakfast, lunch and dinner =) pemakanan berjadual penting utk kesihatan dan bentuk tubuh yang ideal…hihi

Reply

9 nurul May 24, 2011 at 2:57 PM

salam…
terima d atas info berguna ni….
anak saya premature bby klu ikut umur dia skg dah 6bln…tp klu ikut calculate doc br msk 4bln….tp doc mta tugu lg 2bln br bleh bg solid food nie….saya harap nnti leh bg byk info yg bergune tuk anak membesar dgn cara yg sihat. kirenye mcm saya yg bekerja wlapon sesibuk mn pon tetap nk sediakan sendiri makanan tuk bby saya nnti….:)

Reply

10 Mama Iman May 24, 2011 at 3:24 PM

gd luck ye…bgus kenalkan sayur dan makanan berkhasiat dr awal…klo boleh jgn kenalkan langsung makanan2 segera ni…lg2 utk toddler..kasihan mereka =)

Reply

11 noor November 22, 2011 at 1:47 PM

emm sy tertarik sgt baca blog ni coz sy 1st baby ni x pandai sgt…2 yg cari info …..sy baru nak belajar masak masakan baby….kalu kita mask ciap2 baby food than pgasuh just panaskan ke or kita seperate ciap2 makanan utk pagi tghari ptg..

Reply

12 Mama Iman November 22, 2011 at 2:14 PM

Salam Noor,
saya separatekan makanan jadi 3 portion. Pagi, tgh dan petang, semua dalam bekas kecil2. supaya x masuk bakteria. =)

Reply

13 NATERAH BINTI CHE WAHAB December 9, 2011 at 6:08 PM

TERIMA KASIH KERANA LAMAN INI MEMBERI SAYA SERBA SEDIKIT KESEDARAN PASAL PEMAKANAN ANAK2

Reply

14 siti arjunawati ab.rani March 23, 2012 at 10:55 AM
15 ayu June 12, 2012 at 11:00 AM

mintak kebenaran copy&paste blog ni ye! sgt infomatif!!

Reply

16 ayu June 12, 2012 at 11:06 AM

thanks for good information. mohon copy&paste untuk makluman sendiri. thanks..

Reply

17 kamal June 29, 2012 at 11:10 PM

salam..
sy nk tnye sket..anak sy 1bulan 20 hari. dia susah berak..sy bg sedikit air mask campur satu susu kecil glukos..lpas tu truk berajnye ok..adakah ia dibolehkan utk umau bby seperti itu?
lg satu sy ada lenyek skit biskut tiger utk beri dia makn,satu hr dua kali sahaja..skali mkan just bg dua cubit shaja..adakah ini ok?bini sy bg susu ibu just dua hari sekali jer..skrg more on susu Anmum..
tolong bg pendapat awk..thanx!

Reply

18 Dilla Muhammad October 2, 2012 at 9:40 AM

much thansk for the info for 1st time mommy.. :lol:

Reply

19 rosmawati husin October 3, 2012 at 10:36 AM

Assalamualaikm…

saya ros, ada sedikit masalah dengan baby saya…sekarang dia dah berusia 7 bulan tapi makan tidak berapa berselera dan menyusu juga kurang.sampailah saya terpaksa beri anak saya minum susu similac neo sure (susu bayi pramatang & bayi kurang berat badan). saya risau sangat dengan gaya pemakanan anak saya.adakah situasi ini akan membuatkan anak saya menghadapi masalah tumbesaran terbantut? boleh tak bagi idea apa yang harus saya lakukan untuk atasi masalah ini. dah macam-macam cara saya cuba…sehingga telah berjumpa pakar.tapi masih berkeadaan yang sama.

Reply

20 Mama Iman October 3, 2012 at 11:20 AM

Wsalam,

Saya faham, sebagai seorang ibu, kita mesti risau bila anak tidak makan, dan jugak kurang menyusu. Saya ada seorang kawan yang mempunyai masalah yang sama. Sejak anak itu diperkenalkan dengan solid food, anaknya memang tidak mahu makan. Pelbagai resepi dah dibuat, pelbagai tekstur makanan diperkenalkan, tapi hanya sesuap dua sahaja yang dapat masuk ke mulut anaknya. Tetapi dia tidak mengalah. Setiap hari dia kasi anaknya makan..dan memandangkan anaknya hanya makan tidak lebey dari 5 sudu kecil, dia kerapkan pemberian (pagi, tgh hari, petang dan malam) But susu masih diutamakan, kerana ia penting untuk bayi dibawah usia setahun. Dan Alhamdulillah, selepas berhempas pulas, ketika anaknya umur 11 bulan, barulah anaknya btol2 makan dan dapat abiskan separuh mangkuk bubur (5 sudu besar). So dari situ, the key point is..kena berusaha dan educate anak untuk makan. Kena biasakan lidahnya dgn rasa2 baru selain dari susu. Dan semase sesi menyuap tu, kalau suapan pertama dia tanak, kne try lagi suapan kedua..ketiga..kemepat..sampai at least ke 20 (walaupon anak menolak, tapi buat cara baik dan jangan memaksa sampai anak menangis).maybe dalam 20 suapan tu, ade yang berjaya masuk ke dalam mulut. So kena train anak untuk makan, supaya dia tahu dan belajar bawaha dia perlu makan.

Selamat mencuba!
Salam sayang,
Mama Iman =)

Reply

21 nik December 5, 2012 at 3:46 PM

kak,kalu solid food tu kita masak hari2,then separate dlm 3 bekas kecik,sempat ke nk tggu sejuk before hntr BS?plz advise..pastu suh BS letak dlm peti @ frozen sblm time makan?

Reply

22 Mama Iman December 5, 2012 at 4:11 PM

Eh…sempat jek. nama pon bekas kecik. sy masak 630. pergi kerje pukul 730. tentulah sempat. masa tu kene la kita pandai plan kan :) utk tgh hari dan pagi x perlulah masuk peti ais. even sampai ptg pon x perlu. kalo rasa nak hangat, saya suruh BS hangatkan air susu EBm jek, dan tuang dalam bubur tadi.jadilah suam2.

Reply

23 iman zahraa September 26, 2013 at 10:27 AM

terima kasih mama iman..
banyak info berguna yg sy dpt..
ada juga jadual yg sy copy..
:-)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: