Pain While Pumping


Salam.

Sesetengah ibu-ibu mengepam mengalami rasa sakit semasa pengepam. Terdapat punca mengapa kejadian ini berlaku. Saya salah seorang ibu mengepam yang mula merasakan kesakitan semasa mengepam. Sebab itulah entri ini tertulis. Hehehe….

Breast pumps dan bayi kita mengeluarkan susu bukan melalui hisapan atau suction semata-mata. Tekanan (compression) dan rangsangan (stimulation) diperlukan ke atas cik nen kita terutamanya di kawasan areola dan nipple, yang kemudiannya menghantar isyarat ke dalam tisu-tisu di dalam cik nen untuk berhubung, lalu mengeluarkan isyarat supaya susu dikeluarkan. Suatu cabaran untuk ibu-ibu yang tegar mengepam ialah bagaimana untuk mengepam dengan mendapatkan “Let-Down-Reflex (LDR)” atau pancutan-susu-yang-laju dalam masa yang singkat lalu mengurangkan sakit ketika mengepam.

Sesetengah ibu-ibu akan merasakan sedikit nyeri atau perasan seperti dicucuk-cucuk, tetapi sesetengah ibu pula langsung tidak mengalaminya, cuma tiba-tiba susu mengalir laju. Saya adalah antara golongan yang tidak mengalami rasa let-down ini. Dari hari ke hari, saya semakin sukar dan lambat mendapat let-down. Jadi saya terus-menerus mengepam tanpa menyedari semakin terlalu lama tempoh yang diperlukan untuk mengepam, lantas menyebabkan sesi pengepaman semakin menyakitkan.

Mengepam tidak sepatutnya menyakitkan

Saya sewaktu pertama kali menyusukan Iman, bukan main terkejut sekali. Geli, nyilu, nyeri dan macam-macam perasaan tatkala menyuakan mulut Iman ke cik nen. Hehehe…(oh, saya malu..blushing). Selepas dua tiga hari, barulah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di mana cik-nen-kini-milik-orang (hahahah). Bila pertama kali mula mengepam pula, ya ampun…sakit!!


Flanges atau Corong Pam yang terlalu ketat

Macam mana nak tahu yang kita perlukan corong yang lebih besar atau tak? Oh, kita perlu memerhatikan nipple cik nen dalam tempoh 5 minit pertama sesi pengepaman. Sesetengah ibu akan mengalami pengembangan atau kebengkakan sementara semasa mengepam.

Seharusnya kesemua saiz nipple mestilah masuk ke dalam corong pam. Nipple cik nen seharusnya bebas bergerak ke depan dan ke belakang dengan mudah, bukan menggesel atau melekat ke dinding corong. Sekiranya ini berlaku, ini bermakna, corong pam itu terlalu kecil untuk cik nen anda.

Semasa mengepam, kita juga dapat memerhatikan kawasan dasar nipple kita (betul-betul di kawasan nipple dan areola, adakah ia bertukar kepada warna putih? Err..bukan hilang warna, tapi disebabkan pengembangan dan penarikan berlaku, ia bertukar cerah. Sekiranya ini berlaku, ini bermaksud corong pam anda adalah kecil. Corong itu terlalu ketat sehingga menarik kuat nipple dari dasar areola. Oh dear, gambar dan illustrasi tidaklah dapat saya sertakan, kerana risau pembaca terbayangkan yang bukan-bukan pula (meskipun tujuan entri ini adalah untuk menambahkan ilmu tentang penyusuan). Ngeee……. =D

Penyelesaian kepada masalah corong pam yang sempit adalah dengan menggunakan Pumpin’ Pal Super Shield Plus seperti dalam rajah di bawah. Setiap set mengandungi sepasang corong. Boleh didapati dalam 3 saiz berbeza. Maklumlah, cik nen setiap orang pun berbeza.

{focus_keyword} Pain While Pumping three shields 200Gambar diambil dari Google

Pumping’ Pal Super Shield Plus ni boleh digunakan dengan Medela dan Spectra. Saya tak pasti dengan pam jenama lain, tetapi bolehlah rujuk pada jurujual. Boleh cuba produk ini di kedai yang menjualnya dahulu sebelum membeli, kerana bukan murah harganya (bagi sayalah…kekkekek). Saya mengunakan saiz small saja. Memang tak sakit lagi. Setiap ibu yang mengepam mempunyai pengalaman yang berbeza. Semasa awal-awal saya membeli produk ini, saya tak suka menggunakannya, kerana macam lambat nak let-down. Tetapi, sekarang semenjak sakit disebabkan sesi mengepam yang lama, saya amat memerlukannya sebab dah tak tahan dengan kesakitan semasa mengepam. Hairan bin ajaib, let-down mudah pulak berlaku.

Beginilah rupanya bila Pumpin’ Pal Super Shield Plus digandingkan bersama corong pam Spectra 3. Boleh la ye ibu-ibu sekalian mencubanya di rumah. No more pain =)



{focus_keyword} Pain While Pumping P1020323aSpectra 3 Flanges with Pumpin’ Pal Super Shield Plus

Selamat Mencuba ya Ibu-ibu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Pain While Pumping pixel

You may also like...

11 Responses

  1. ummu amir says:

    slm..
    kat mn boleh bli Pumpin’ Pal Super Shield Plus ni ye?tq!

    • Mama Iman says:

      Salam Ummu amir,

      Ade jual kat Mom’s Little One, Little Whiz, dan Enjoy Breastfeed.com =)

      Banyak kedai jual =)
      Mmg sgt2 membantu tau..

  2. nurul says:

    Salam. Sy baru beli pumping pal tp knp bila try sumbat kat corong spectra tu dia susah nk masuk ye? sebenarnya boleh masuk n lekat elok ke?

  3. Mama Iman says:

    Oh nurul, Pumping Pal is not meants for spectra sebenarnya..ia sesuai utk medela. Tp kite oter2 utk spectra sbb x mampu nk beli medela..huahauahauaau…kalo nak sumbat, boleh masukkan corong spectra dalam air panas dahulu..supaya kembang. selamat mencuba. Tekan kuat2, jgn risau, x pecah laa =D

  4. nurul says:

    oo ok..dah try dah. menjadi! hehe amek sains tp x aplikasi.. haha ok thanks!

  5. Mama Iman says:

    Hahah!! good! best guna. samapai sekrg sy masih guna. byk berjasa ni.

  6. Amelia Balkish says:

    Saya ade saiz M sape nk?sbb sy nk bli L..haritu bli online je xcube dulu..hehe..sy jual murah dari kedai la sbb dh pakai 2x

  7. Amelia Balkish says:

    Sape berminat bole pm sy kt FB seperti name diatas tq

  8. nafzh says:

    mcm mana nak tahu saiz mana yg sesuai dgn kita? sy tgk kat guidance laman web kat mlysia dgn laman web asal cara memilih saiz tak sama pun. takut salah beli sbb bnda tu bukan murah pun

  9. Nur Azura says:

    Salam.. Saya mencari Pumpin Pal size L tp x jmpa.. Ada siapa2 boleh recommend nk beli dkt mana tak? Mothercare ke ada jual ke ya? Terima kasih :)

  1. January 11, 2012

    […] pernah ada Pumpin Pal Super Shield Plus dan menggunakannya bersama Spectra 3 (klik sini)  Mahal nya membeli. Tapi sangat berbaloi menggunakannya sebab membantu mengeluarkan susu dengan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.