IbuCergas.com

bekerja dari rumah 1 2

Elak Kesilapan Bisnes Dari Rumah Jika Ingin Berhenti Bekerja

Berhenti bekerja dan mulakan bisnes dari rumah memang impian ibu-ibu. Sesibuk mana di opis, pangkat tinggi melangit, dan gaji berkepok-kepok, dalam hatinya pasti terdetik – “Aku nak jaga anak-anak aku sendiri”. Ramai yang berjaya, tapi sungguh ramai juga yang kecundang jika silap tekniknya. Kita membayangkan seperti ini. Alangkah indahnya kan? Tapi awas. Realiti tak sebegini. > Kaji Dahulu Sebelum Buat Keputusan Berhenti Kerja Tujuan utama sebab nak berhenti kerje opkos sebab nak ade masa berkualiti dengan anak-anak dan suami. Memberi makan...

Screenshot 2014-12-03 05.14.26 9

Doa Untuk Rawatan Batuk Berkahak

Nak dijadikan cerita, Hannan dah batuk dan selsema selama 2 minggu. Memang bergelen2 ubat dah makan (exaggerated ).  Rawatan garlic dan onion pon dah buat setiap hari. Tapi macam tak berkesudahan jugak. Hannan hampir setiap bulan Bronchitis (sampai pihak insurans pun dah jadi detektif dah haaa). Hehehe. Tapi Alhamdulillah kali ni dah masuk 3 bulan dah takde. Tapi since batuk dan selsema dia menjadikan saya hampir putus asa dah nak menyerah diri ke hospital sekali lagi sebab dah start wheezing dan Hannan...

ipad_2344343b 1

Cara Berkesan IbuCergas Detox Anak Ketagih Gadget

Husnul Iman pernah ketagih gadget. Serious. Ia salah saya. Saya mengaku. Serious. Admit the mistake, then barulah boleh nak betulkan mistake tu. Betul? Tapi kalau mistake pon kita tak nak mengaku, macam mana nak baiki ye tak? Hehehe. So first step, mengaku dulu yang kita dah buat salah. Better late than never Daripada langsung tak berubah, berubalah la sebelum terlambat kan kan. Seriously pepatah ni terguna pakai untuk semua perkara. Bagaimana Kesilapan Ketagihan Gadget Anak Saya Bermula Saya mabuk teruk mengandungkan Baby...

Merawat Batuk asthma 3

Rawatan Kecemasan Bila Asthma Menyerang Dan Ventolin Tak Ade!

Katakan lah anda di situasi seperti saya. Travel dan balik ke rumah mak atau ke mana sahaja, mesti membawa ubat lelah. Paling kurang stok Ventolin dan Salbutamol mesti ada. Sebab tahu bila-bila masa tanpa diduga, asthma mungkin akan menyerang anak anda seperti mana anak saya Husnul Iman. Mungkin anak anda allergik habuk, atau allergik susu, atau allergik sejuk? Atau apa sahaja yang mungkin boleh jadikan rongga pernafasan dia sempit. Masa tu Iman tengah main-main dengan gembira, tiba-tiba dia batuk tanpa henti....

Chia seed 0

Kebaikan Chia Seed Sebagai Super Food Menjadikan Ia Sangat Famous

Sejak saya post pasal Overnight Oat ni, ramai pulak tanya mana nak beli la, ibu menyusu boleh makan ke tak, ibu hamil boleh makan ke tak. Entah bila, tak perasan. Tiba-tiba sahaja famous Chia Seed ni. Maybe sejak adanya group ibu-ibu yang mementingkan natural food untuk anak. Maybe sebab awarness ibu-ibu yang banyak dah meng”Google”. Atau maybe jugak sebab dulu takde Facebook, sekarang ade Facebook (Ops). Hehehee. Sebab kalau nak ikutkan kata ia makanan baru, sebenarnya kajian pasal Chia Seed ni dah...

Overnight Oat 1

Cara Sediakan Overnight Oat Yang Famous

Saya ingatkan sayalah yang paling lambat dalam fenomena Overnight Oat ni  . Takpe, marilah kita sama-sama menikmati makanan yang kononnya sihat ini. Ishk, insyaAllah lah sihat. Cuma buah-buahan dan yogurt jek pon. Orang asal yang popularkan dia? Entah, dah jadi terlalu viral sampai tak tahu siapa yang asalnya buat. Tapi bila godek di google, mungkin lah (saya kata mungkin ya) si polan dari Blog The YummyLife.Com yang membuatnya (kot). Boleh la godek di blog beliau ya. Siap sedia la siapa yang jengah...

flour-in-white-dish-on-table 0

Bahaya Tepung Yang Dilunturkan

Tepung yang biasa kita makan, yang berwarna putih bersih tu adalah tepung yang telah dilunturkan. Kita panggil tepung ini sebagai “Bleached Flour”, manakala tepung yang tak dilunturkan dipanggil sebagai “Unbleached Flour”. Peluntur yang digunakan untuk menlunturkan tepung dipanggil sebagai “Flour bleaching agent” iaitu bahan tambahan dalam makanan yang menjadikan tepung tu begitu putih dan untuk membentukan gluten dalam tepung. Sebenarnya warna asal tepung adalah berwarna agak kekuningan. Antara bahan peluntur yang digunakan untuk melunturkan tepung adalah; Organic peroxides, namely benzoyl peroxide...

f6a0c804dda91d5d3c6635f1bdff1ddb 1

Bagaimana Memujuk Hati Dari Orang Yang Negative Terhadap Diri Kita

Sebelum ni saya cerita pasal negative yang ada sendiri dalam diri kita, dan bagaimana nak menepisnya. Kali ni, nak cerita bagaimana pula bila kita dah sokmo positive selalu, tetapi ada jek orang luar atau anasir luar yang cuba tanamkan negativity dalam diri kita. Kadang-kadang bukan secara direct pon, kadang-kadang bukan secara sengaja pun, tapi kita “ter” ambil ia sebagai negative yang mana sudah tentunya affect pada nilai diri kita yang tadi nya sudah pon positive.  < Semua kita sama. Kita selalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.