Onamaewa – Hannan Soufiya

{focus_keyword} Onamaewa - Hannan Soufiya Hannan Soufiya1

Hannan Soufiya – Day 12

 >

Pengalaman Bersalin Tanpa Bius, Tanpa Pitocin, Tanpa Epidural

Alhamdulillah. Pada tanggal 21 July 2013, adik kepada Husnul Iman selamat dilahirkan di DEMC. Lahir dengan berat 2.8 kg, dan panjangnya 52 cm. Kurang sedikit berbanding kakaknya Husnul Iman 2.9 kg dan 53cm. Hehe. Jika kakaknya dahulu lahir tanpa menangis, dan pelbagai jenis komplikasi selepas bersalin (Hampir saya risau Iman menjadi ‘sayur’. Alhamdulillah kini sihat walafiat-sampai-tak-telayan kerenahnya), adiknya ini keluar dengan tangisan seperti bayi normal yang lain.

Sebaik sahaja bayi keluar, MasyaAllah, segala sakit contraction (sakit gila!!) tu semua hilang sekelip mata. Pengalaman yang tidak saya lalui bersama Husnul Iman. Untuk Hannan Soufiya ni, ia tidak lah terlalu “natural birth” dan “gentle birth”, tapi at least improved berbanding sewaktu Iman, tanpa bius tahan sakit, tanpa pitocin, dan tanpa epidural. Hehe. InsyaAllah jika diberikan rezeki dan peluang lagi, akan cuba pula fully gentle birth di masa akan datang. Lagipun dah banyak dah kesedaran untuk ibu-ibu memilih option ini. Cuma perlu sangat-sangat banyak belajar lagi.

 >

{focus_keyword} Onamaewa - Hannan Soufiya Hannan Soufiya 2

Hannan Soufiya – Day 1

 >

{focus_keyword} Onamaewa - Hannan Soufiya Husnul Iman

Husnul Iman – Day 1

<

Hahahah! Macam tiada beza rupa mereka!

<

Breastfeeding

Alhamdulillah juga, Hannan sepenuhnya susu ibu sejak dari lahir lagi tanpa setitik pun susu formula. Iman dahulu masuk ICU selama seminggu, kerana masalah pernafasan dan jangkitan paru-paru. Kemudian sepsis pula, kerana jangkitan dalam darah. Warded pula di Hospital Sg Buluh. Maka 2 minggu itu Iman disumbatkan dengan susu formula. EBM memang saya pulun bekalkan setiap hari. Tapi masih tidak dapat menampung keperluan Iman. Tapi 2 minggu yang saya terkilan itu menjadikan saya gigih mengepam untuk Iman sehingga berjaya menyusukannya selama 2 tahun penuh, dan direct feeding (tanpa EBM) sehingga kandungan saya mencecah 5 bulan tika umur Iman 3 tahun.

Boleh baca pengalaman menyusukan dengan Husnul Iman di SINI dan SINI.

Lahirnya Hannan Soufiya, penyusuan menjadi semakin mudah. Alhamdulillah. Susu ada sejak hari pertama meskipun tak banyak (tapi mencukupi) dan mula membengkak pada hari ke 3 bersalin. Tidak lah mudah mana sebab bayi baru lahir pon perlukan masa untuk belajar direct feeding. Masa tu pon luka baru sangat, nak duduk suka hati pon tak selesa. Mujur kaunselor laktasi juga datang beri penerangan yang sepatutnya. Walaupon boleh dikatakan lah jugak otai dah (ahak) menyusukan, tapi saya tetap ibu baru bersalin yang perlukan bimbingan dan panduan yang betul.

Syukur, Hannan bijak belajar, dan pandai menyusu dengan cepat. Pada hari ke 4 sudah pandai ngempeng! Heheh! Saya akan cerita lebih lanjut tentang BF Hannan Soufiya dan kakaknya Husnul Iman lebih details nanti. Sangat mengujakan kerana Hannan dan Iman berkongsi susu kini! Meskipun Umur Iman sudah 3 tahun 5 bulan! Saya pernah ceritakan impian tandem nursing saya di SINI.

{focus_keyword} Onamaewa - Hannan Soufiya Tandemlogo

>

Tahnik, Aqiqah, Cukur Rambut

Alhamdulillah juga, termakbul impian untuk jalankan ibadah sunat untuk bayi yang dilahirkan ini. Disebabkan condition ibu dan bayi yang sihat, maka kami discharge sehari selepas bersalin. Pulang ke rumah terus berbincang tentang urusan aqiqah untuk Hannan. Kambing biri-biri disembelih pada hari yang ke 7, nama diberi pada hari ke 7, cukur botak pada hari ke 7, dan ditahnik pada hari ke 7. Gembira tak terkata. Husnul Iman dulu hanya sempat cukur rambut botak dan tahnik sahaja.

<

Nama diberi

Nama diberi ialah Hannan Soufiya di mana Hannan bermaksud CINTA dan SOUFIYA bermaksud suci. Heheheh. Dengan maksud penuh ialah CINTA yang SUCI. Ramai yang kata patut nama tu diberi pada anak pertama. Eceh! Takpe, nama Husnul Iman juga amat baik maksudnya, iaitu SEBAIK-BAIK IMAN. Maka dengan ini, amatlah panjang untuk menulis nama budak2 ni. Bukan kerana nama mereka yang panjang. Tapi kerana nama bapa mereka yang panjang. Ahak!

>

Jaundice

Common problem pada newborn baby. Hannan juga tidak terkecuali. Hari ke 5 jaundice mulai ketara. Hari ke 7, memang sangat kuning. Hari ke 10 baru report pada Klinik Kesihatan (KK) Meru, dan Nurse dari DEMC juga datang pada hari ke 10. Masa Iman dulu, tak tahu pon kena report kat KK. Hahah!! Akhirnya kena jugak ke KK balik untuk cek darah untuk cek kadar bilirubin dalam darah Hannan. Tinggi woo bacaannya, tapi doktor tak warded kan pon. Just suruh saya BF banyak2 ( feel blessed! ). InsyaAllah saya akan cerita lanjut di entry kali lain.

 >

Kasih Sayang Iman pada Hannan

Alhamdulillah, Iman dapat menerima adiknya dengan baik. Pada awalnya memang Iman mengamuk2 tak nakkan adiknya. Memangis melalak bila didekatkan. Sekarang, pantang adiknya nangis sedikit, mula la die insan paling gelabah sekali. Bangun tidur terus cari adiknya. Sikit2 asyik singgah tepat adiknya tidur sebab asyik nak kiss aje. Maknya pulak naik rimas. Hehehe.

Bersyukur sangat dikurniakan anak seindah Husnul Iman dan Hannan Soufiya.

Warga IbuCergas semakin berkembang. Amin.

<

Salam sayang,

Mama Iman & Hannan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Onamaewa - Hannan Soufiya pixel

You may also like...

1 Response

  1. luthfi says:

    benar-benar mirip ya saat baru lahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.