My Red Velvet Cake

Rasanya mcam kek coklat lembab, tapi tak rasa macam coklat sangat. Warnanya punye lah terang, contras dengan cream cheese yang putih tu.  Cuma warna bergantung pada jenama pewarna yang anda guna. Ada yang terang menyala, ada yang lebih kepada merah gelap. Yang saya punya agak gelap. Lainkali tukar jenis pewarna pula. Ayah Iman kate boleh jual ni. Suka..suka. Lagi-lagi bila dah semalaman menginap dalam peti ais, rasanya memang terangkat.

Red Velvet Cake:

  • 250 grams tepung kek (diayak)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 suduu besar serbuk koko
  • 1/2cawan mentega dalam suhu bilik
  • 300 gram gula castor
  • 2 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
  • 2 sudu besar poewarna merah (abaikan ini jika nak gunakan resepi pewarna semulajadi guna beetroot atau ubi bit. Boleh klik sini untuk resepi)
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:

  • 250 gram cream cheese dalam suhu bilik
  • 250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
  • 1 tsudu kecil esen vanila
  • 1 cawan gula aising (ayak)
  • 1 1/2 cawan whipping cream

Red Velvet Cake:

  1. Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
  3. Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4  minit).
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
  5. Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
  6. Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
  7. Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
  8. Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Tapi saya terus letak dalam freezer selama sejam. Ini membolehkan frosting dibuat dengan senang kerana kek senang mengeras. Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).


Untuk Cream Cheese Frosting:

  1. Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
  2. Sapukan sesuka hati atas kek.
  3. Siap!

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050349

Adunan setelah dicampur Buttermilk + Pewarna.

>

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050350

Kek yang siap dimasak. Naik cantik je.

>

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050353

Kek divider. Selaraskan untuk dapatkan saiz yang diingini.

>

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050355

Masukkan dalam freezer 1 malam.

>

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050356

Semasa masih keras, mudah nak buat frosting. Sapukan frosting cream cheese, kemudian baru tindihkan dengan lapisan yang satu lagi. Gebu je kek bila dipotong dua mcm ni.

>

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050359

Lapisan kedua dan salur semua cream cheese pada keseluruhan kek. Kalau tere, buatlah kemas-kemas. Saya tak tere. So, syomot-syomot la hendaknya.

>

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050363

Siap frosting, masukkan dalam peti ais semalaman. Uh, time ni dah la puasa. Teringin bebenor nak rasa.

>

{focus_keyword} My Red Velvet Cake P1050387

Tinggal  ini, sebab yang lain dah bagi keluarga Mama, dan keluarga Ibu.

>

>

Selamat mencuba. Tak rugi mencuba. Sebab kat luar sana mahal harganya. Sekilo RM90.Sebab bahan cheese tu mahal. Uhuk..uhuk. So, kalau tak jadi, memang nangis. Alhamdulillah, tak sesusah yang dijangka. Dan alhamdulillah, menjadi pula.

Sumber resepi Joy of Baking

Baca entry Red Velvet Cake dengan Pewarna Semulajadi Ubi Bit di link ini

{focus_keyword} My Red Velvet Cake 2014 12 17 2B11

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} My Red Velvet Cake pixel

You may also like...

4 Responses

  1. appleCrux says:

    yummeh…sedapnya nmpk..ambik order tak?

  2. Mama Iman says:

    Uik…kak ida.baru 1st attempt ni. tak berani hamik order lagi. Hheheeee…kene wat experiment at least 2,3 kali lagi. confident enough, baru amik order kot..hehehe..masa tu kene la deco bunga2 bagai..laman web cuppies dulu dah bersawang dah..=p

  3. Mama Iman says:

    Aiyark…..kak ida.baru 1st attempt ni. tak berani hamik order lagi. Heheheeee…kene wat experiment at least 2,3 kali lagi. confident enough, baru amik order kot..hehehe..masa tu kene la deco bunga2 bagai..laman web cuppies dulu dah bersawang dah..=p

  1. August 10, 2011

    […] My Red Velvet Cake […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.