MonSTeR WaWa’s Cheesecake Recipe Revealed~!!

{focus_keyword} MonSTeR WaWa's Cheesecake Recipe Revealed~!! P1010078a
Salam mommies. Harini saya dengan amat bermurah hatinya, mengedarkan resepi cheesecake saya yang satu ketika dahulu pernah menjadi salah satu sumber kewangan juga. Hueheuheeu..boleh rujuk blog yang tinggal sejarah cuma, di sini http://monsterwawa.blogspot.com/. Sekarang shared dengan semua orang. Leh la sape-sape nak jual lepas ni..heueheue..

{focus_keyword} MonSTeR WaWa's Cheesecake Recipe Revealed~!! P1010077a
{focus_keyword} MonSTeR WaWa's Cheesecake Recipe Revealed~!! P1010075a

{focus_keyword} MonSTeR WaWa's Cheesecake Recipe Revealed~!! P1010072a
ni snap byk2 ni nak riak ke ape ni..ishk…tidak2, mau kongsi dengan mommies sekalian…insyaAllah jadi mcm ni keknya.. heee

Base Cheesecake:
Sebungkus Biskut Marie
250gram mentega

Bahan-bahan Cheese:
250gram Philadephia Cheese
250gram Whipping Cream
1/2 Cawan gula castor
3 biji telur Saiz A (lebih kurang 50gram setiap satu)
Sebiji Lemon diperah jusnya

Cara-cara membuatnya:

Buat base cheesecake dulu.
1)Kisar biskut marie sampai hancur. Gunalah food processor ok. Pengisar pon ok.
2) Cairkan mentega guna double boiler.
3) Tuang mentega yang telah cair tu ke dalam biskut marie. Oh, tuang biskut marie ke dalam mentega cair. Adeh..mane2 pon boleh la. Kacau rata ok.
4) Ambil loyang, sebolehnya loyang yang boleh buka tepinya. Senang nk buka kek tu nnti. Akan nampak cantik saja dari tepi.
5) Tepekkan adunan base ni kat dasar loyang. Padat2kan, mampat2kan, tekan2kan. Sampailah rata.

Buat adunan cheese pula
1) Campurkan cheese dan gula castor dlm mesin pengisar. Guna food processor pon ok ye kalian. Kisar sampai la rata. (Saya buat lebih2 kurang jek – pemalas orangnya)
2) Campurkan telur 3 biji, satu persatu. Oh, silalah letak telur dalam bekas lain dulu, baru campur dalam adunan cheese. Kalau terkena telur tembelang, rugi pulak cheese tadi. Mahal wei!!!
3) Lepas habis letak telur, masukkan whipping cream. Kacau @ kisar sehingga semua licin, tiada ketulan2 hodoh.
4) Campurkan jus lemon, kacau rata2.

Masak pula bagaimana?
1) Panaskan oven pada suhu 130C dalam 15 minit. Loyang bawah oven tu letaklah air supaya wap2 air boleh memenuhi ruang oven. Kita nak kasi kondisi oven tu lembab2 dan tak kering gitu.
2) Masukkan adunan cheese dalam base biskut marie tadi. Walla…jadilah cheesecake yang belum dimasak.
3) Masukkan loyang tu pula ke dalam oven.
4) Tunggu 1 jam ok.
5) Setelah masak, keluarkan, tggu sejuk sebelum masuk ke frigde. Da sejuk betul, keluarkan, letakkan blueberry @ ape2 beri as the topping.
6) Bukak tepi loyang. Kelihatan lah base di bawah, cheese di tengah dan topping di atas.

Selamat mencuba~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} MonSTeR WaWa's Cheesecake Recipe Revealed~!! pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.