Minyak masak, elakkan gunakan berulang kali

Masalahnya minyak sihat ni bukan murah. Mahal. Kalau boleh memang la nak minyak sihat belaka. Tapi dek kalo kerana budget pon takat lepas untuk bernafas je, sekurang-kurangnya saya mahu berikan bayi saya minyak yang sihat. Uhuk..takpelah mama pakai minyak tak sihat nak. Heheh. Bacalah panduan ini dari kaca mata seseorang yang bukan pun ahli kimia. Ceit. Haha. Kalau salah, sila betulkan ye.

>

Smoking Point

Smoking Point adalah merujuk kepada suhu di mana lemak atau minyak yang kita gunakan mula berubah membentul gliserol dan membebaskan asap berwarna kebiruan. Gliserol kemudiannya dipecahkan pula membentuk akrolein. Akrolein adalah asap yang boleh memedihkan mata dan memeritkan tekak (alah, yang kite terbatuk2 + terbersin2 tu kalu terhidu asap memasak ni).  Smoking point ni menentukan sejauh mana sampai ke suhu berapa sebenarnya sesejenis minyak itu sihat digunakan secara optimum. Sebagai contoh, menggoreng dengan cara “deep fry” memerlukan suhu yang sangat tinggi. Seeloknya, masak dengan api yang kecil, jangan sampai keluar asap dari minyak. Kalau dah keluar asap tu, maknanya kita dah sampai tahap smocking point dia. Oleh itu, kita memerlukan minyak yang mempunyai Smoking Point yang tinggi.  Tapi perlu diingat, smocking point yang terlalu tinggi pulak, tidak sesuai digunakan untuk menggoreng. Tak sedap pun ye.

Tambahan pula, Smocking Point ini akan berubah @ menurun selepas setiap kali kita memasak menggunakannya. Penurunan Smocking pon ni menandakan bahawa kualiti minyak itu sudah berkurangan. Contohnya, jika sebelum menggunakan minyak masak, ia mempunyai Smoking Point 190C, selepas memasak (kali pertama), nilai Smoking Point minyak tersebut akan berkurangan, (kurang dari 190C). Sebab tu kita ada dengar kan tak elok guna minyak ulang-ulang kali. Faktanya? Inilah dia. Hehehe. Malah, kalau perhatikan, minyak masak yang digunakan berulang kali, asapnya lebih mudah terhasil dan tahukah anda bahawa asap itu adalah agen carsinogen yang boleh sebabkan kanser? So, jangan ulang banyak kali sangat gunakan minyak masak ok =)

Saya tak berani nak cadangkan jenis minyak apa untuk kita guna. Sebab rata-rata kita memang guna minyak kepala sawit (yang tinggi lemak tepunya). Minyak-minyak lain, mahal2 belaka. Dan sebagai seorang yang bukannya saintis ahli kimia, manalah boleh saya beri fakta minyak apa paling sihat, minyak apa paling tak sihat. Cumanya, marilah kita gunakan minyak masak kelapa sawit kita tadi dengan seoptimum yang mungkin. Hihi.

>

>

Tanda-tanda minyak yang sudah rosak dan tidak digalakkan menggunakannya

  • Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang dah terbakar dalam minyak tu. Hihih. Mana taknya, masak berulang kali. Banyak sisa tertinggal dalam tu.
  • Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak tersebut. Ini kerana secara logiknya bentuk molecule minyak telah banyak berubah disebabkan factor suhu.
  • Banyak mendapan @ mendakan di bawah bekas simpanan minyak.
  • Minyak sudah mula berbau seperti makanan anda. Jika anda masak ikan, minyak sudahpun berbau ikan, bukan lagi berbau minyak. Hihi.

>

Menggunakan minyak seoptimum yang mungkin

  • Ingat, jangan campurkan minyak yang sudah diguna 2, kali dengan minyak yang baru 1 kali. Sebab Smocking Point mereka adalah berlainan.
  • Semakin lama menggunakan minyak di atas api, semakin cepatlah struktur minyak tu akan berubah bentuk. Maka, semakin tidak sihatlah ia. Maka, elakkan untuk lama-lama memanaskan minyak di atas kuali sebelum mula memasak. Kalau katakana anda goreng jompot2 ikan bilis, dah habis gorengan pertama, cepat2 masukkan batch kedua. Jangan pula biarkan api tu lama-lama hidup dan memanaskan kuali. (Nah..perasan tak kalo kat gerai minyak tu dibiar berapa lama. Aiyark) Tak sihat tu!
  • Serpih-serpih makanan yang digoreng jangan dibiarkan di dalam takungan minyak. Ini kerana ia akan mereput dan terus tinggal di dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih-bersih baki minyak sekiranya bercadang untuk menggunakannya buat kali kedua.

{focus_keyword} Minyak masak, elakkan gunakan berulang kali filter oil for cookinghttp://dianasaurdishes.com/06/filter-cooking-oil/

  • Selepas minyak sejuk, dan selamat untuk disimpan, sebaiknya gunakan kitchen tissue towel utk tapis minyak tu. Supaya semua sisa makanan tak bercampur dengan minyak. Gunakan bekas yang bersih, sebaiknya bekas yang jernih supaya kita dapat lihat warna minyak tersebut. Andai dah agak gelap, buang sahaja. Bersihkan kembali bekas.
  • Simpan minyak dalam bekas yang bertutup. Boleh juga letak dalam peti ais.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Minyaksihat_/Article/index

‘Minyak sihat’

Oleh Hafizah Iszahanid

hafiza@bharian.com.my

2010/05/30

Pastikan jenis untuk goreng dan digunakan tidak lebih dua kali

PENGGUNAAN minyak masak dalam masakan sememangnya mencetuskan banyak persoalan seperti jumlah yang sepatutnya digunakan dan jenis minyak yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Apatah lagi ada pelbagai jenis dan jenama minyak di pasaran, termasuk yang diselit dengan dakwaan bahawa ia baik untuk kesihatan.

Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Ho Shiau Fenm, berkata secara umumnya minyak masak terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu. Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik di antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini adalah seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.

“Bagaimanapun, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api yang panas. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko kanser atau barah,” katanya.

Minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari. Asid lemak mono tak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini kata Ho, tidak sesuai untuk menggoreng. Sebaliknya hanya untuk menumis.

“Minyak jenis mono tak tepu seperti minyak zaitun, minyak dedak padi atau campuran minyak jagung, tidak digalakkan untuk menggoreng. Walaupun minyak ini didakwa baik untuk jantung tetapi ia tidak sesuai untuk menggoreng,” katanya.

Ho turut mengakui sukarnya untuk menyediakan makanan tanpa minyak. Apatah lagi majoriti rakyat negara ini sudah biasa dengan pelbagai makanan goreng sejak kecil lagi. Namun, penjagaan kesihatan sebaliknya perlu lebih diutamakan manakala penggunaannya jika perlu, haruslah bersesuaian dengan keadaan individu.

“Untuk pesakit jantung misalnya, jangan goreng ikan dengan minyak. Lebih baik, elakkan makanan bergoreng. Sebaliknya, gantikan dengan menu ikan yang dibakar,” katanya.

Menurut Ho, ada dua faktor utama penyediaan menu sihat, keseimbangan zat dan kepelbagaian zat. Selain itu, pemakanan yang sihat bukan hanya untuk mereka yang sudah disahkan menghidap penyakit kronik tetapi juga untuk kita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.

“Misalnya dalam masakan yang menggunakan minyak. Memang kita tidak boleh lari daripada menggunakan minyak tetapi jumlahnya harus dipantau selain jenis minyak dan berapa kali kita menggunakan minyak yang sama perlu diambil kira,” katanya.

Ho berkata, apabila minyak dipanaskan, karakter atau cirinya akan berubah. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

Justeru, apabila memilih minyak masak, penting untuk anda memadankan kepanasan minyak dengan cara penyediaan masakan.

“Apabila menggunakan minyak untuk menggoreng, pastikan ia tidak lebih dua kali. Selepas itu gantikan dengan minyak baru,” katanya.

Info

Dua jenis minyak:

# Minyak poli tak tepu – minyak soya, jagung dan bunga matahari.

Asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng

# Minyak mono tak tepu – minyak zaitun, Canola, biji sesawi dan bunga matahari. Tidak begitu sesuai untuk menggoreng.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Minyak masak, elakkan gunakan berulang kali pixel

You may also like...

2 Responses

  1. Nazlan says:

    Part time job daerah Penang,pusat pelupusan minyak masak terpakai telah berada dikawasan anda boleh hubungi 0164183176 untuk maklumat lanjut..

  2. eira syahmie says:

    salam puan moderator..thanks 4 ur info sharing is caring kn?tul x?tp kdg2 puan moderator sya kdg2 keliru amat2 penggunaan minyak masak sya pengguna minyak kanola kononnya utk manfaat kesihatan tp x sesuai plak utk mengoreng tp eira ada cara len skg contohnya utk wat sambal goreng berlada ayam eira goreng ayam guna minyak kelapa sawit tp utk tumis rempah sambal eira gunakn minyak kanola adakah tindakn ini betul??eira keliru sgt2 ye la sape xnk sihatkn?leh share ye puan..terima kasih byk2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.