Menyusu Ketika Hamil

Iman hari ini berumur 2 tahun 10 bulan. Alhamdulillah. Bulan 3 nanti Husnul Iman genap 3 tahun. Alhamdulillah juga, Iman masih menyusu dengan mamanya walaupun mamanya sedang mengandungkan adik kepada Iman. Hehe. Hentikan penyusuan ketika hamil? Oh, saya sungguh tak sampai hati. Kasihan melihat Iman. Meskipun Iman makan banyak, meskipun Iman dah minum susu formula, penyusuan susu ibu tetap menjadi bonding dan ikatan ibu-anak antara saya dengan Iman. Masa menyusu itu lah masa kami bermanja-manja, masa menjeling-jeling, masa menggomol-gomol, masa mencuit-cuit. Saya tanya Iman:

Mama: Ada susu lagi ke Iman?
Iman: Ada sikit-sikit.
Mama: Sedap ke?
Iman: Sedap! (dengan kesungguhan)
Hehe

Apa kata doktor bila saya disahkan hamil? Doktor Jumeah Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) kata, its ok! Teruskan sahaja. Tiada masalah. Kalau katakan Iman memang sepenuhnya susu ibu, haruslah saya makan banyak untuk tampung keperluan saya, Iman, dan adik Iman dalam kandungan. Tapi memandangkan Iman hanya lah bergayut suka-suka, lagilah tak apa. Sebab nutrisi Iman cukup dengan makanan harian nya :D {focus_keyword} Menyusu Ketika Hamil icon biggrin

Ada orang kata bagilah jadam ke apa ke suh Iman berhenti menyusu, saya tolak. Hehe. Sebab saya rasa Iman cepat sangat besar. Sekarang ni selagi Iman masih perlukan saya, InsyaAllah saya akan tetap susukan Iman sampailah Iman nak berhenti sendiri. Malah, jikan dipanjangkan rezeki nanti, saya mahukan Iman tandem nursing dengan adiknya!! Iman menyusu, dan adiknya juga menyusu! Subhanallah! Indahnya!

{focus_keyword} Menyusu Ketika Hamil Tandemlogo

 

Anda bagaimana? 8) {focus_keyword} Menyusu Ketika Hamil icon cool

Saya dilimpahi kasih sayang. Alhamdulillah. Yang kelakar si Iman ni, kalau dia tengah main-main, tiba-tiba dia datang kat saya, cium kaki saya lah, lutut sayalah, tangan sayalah. Oh.. so sweet!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Menyusu Ketika Hamil pixel

You may also like...

1 Response

  1. ummiimaan says:

    saya juga sedang pregnant 2nd baby – 5 bulan n my imaan baru 1 tahun 4 bulan. lepas tau hamil saya berhenti mengepam susu. di awal kehamilan saya keletihan yang amat teruk n susu merundum dan imaan mula menyusu formula sepenuhnya tetapi sehingga kini imaan masih memerlukan susu umminya walaupun sekejap mesti mencari. ummi balik keja terus nak singkap baju dan juga malam sebelum tido. dan saya juga tak kisah sekiranya imaan mahukan susunya semula selepas saya bersalin nanti cuma harap tidaklah sampai cemburu untuk berebut dengan adiknya. sebab sebelum hamil pernah saya sengaja mahu menyusukan sepupu imaan, ditolaknya sepupu kerana tak mahu berkongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.