Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade?

Hahah! Tajuk entry memang tak boleh blah. Alhamdulillah, lama menyepi dari membising-bising di blog ini, saya akhirnya mampu duduk kembali ke atas kerusi setelah sebulan lamanya merangkak dan mengesot :mrgreen: {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon mrgreen Ahakaakak… exaggerate sungguh.

Dahulu blog ini memang didedikasikan sempena kelahiran Husnul Iman. Maka, tidak lah pernah saya ceritakan pengalaman mengandungkan minah kecik tu. Sedikit review, 2 bulan pertama kehamilan dengan Iman, saya turun 3 kilo dari berat asal kerana alahan mengandung yang agak teruk. Ditambah lagi dengan bulan puasa ketika itu, semestinya perut kosong berangin-angin. Maka, setiap hari selepas buka, saya akan kehilangan semua makanan yang saya makan ketika berbuka. Malah, saya ponteng puasa 2 hari kerana terhidrat yang amat sangat. Lantas saya teguk air sebarang 2 teguk. Hurm, semua pun muntah kembali. Maka, setiap harilah saya berpuasa, berbuka, dan keluarkan semuanya kembali. :lol: {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon lol

Alahan Ketika Mengandung

Macam mana rasa alahan ketika mengandung? Saya rasa definisinya berbeza untuk setiap orang. Untuk keadaan saya, ia termasuklah pening kepala berat sehingga hendak menatap komputer untuk jangka masa yang lama menjadi mustahil. Hilang selera makan sehinggakan apa sahaja menu yang ditawarkan pun langsung tidak teringin untuk dijamah. Segala makanan yang ditelan terasa bagai tersangkut di tekak menunggu untuk dimuntahkan. Malah, minum air adalah suatu penyiksaan kerana ia lagi trigger rasa nak muntah sedia ada. Bila perut kosong, bukannya membantu atau tidak muntah, malah keluar pula segala asid perut dan lendir yang ada. Makan pun muntah, tak makan pun muntah. Subhanallah. Paling mudah untuk membayangkan adalah, ia seolah-olah anda demam sebulan lamanya!

Bercerita pula dengan kehamilan kali ini. Alahan saya nampak gayanya lebih teruk berbanding Husnul Iman. Sedari minggu ke 6 hingga minggu ke 12, saya hilang 5 kilo berat badan. Pada minggu ke 6 kehamilan, segalanya mula berubah. Bau makanan yang selalu buat saya teruja, kini menjadi busuk belaka. Bau sabun yang dahulunya wangi, juga terasa tengik. Bukan itu sahaja, malah masuk ke kereta sahaja, saya dengan spontan mencampak pewangi kereta Ayah Iman ke luar tingkap. Hahahhaa… lepas tu kutip la sebab rasa tak beretika pulak. Kihkihkih.

Kalau sedang memandu tu tiba-tiba nampak kereta berhenti dan terjulur kepala orang keluar muntah atas jalan, ia mungkin adalah saya. Maaf kerana terpaksa menyaksikan pemandangan sebegitu rupa. Kihkihkih. Tak kira sama ada saya yang memandu, atau saya sebagai penumpang, saya tetap loya dan muntah. Malah, panas lah bagaimanapun di dalam kereta, saya tidak boleh kena aircond. Memang sungguh sadis.

Dan paling malang sekali, bau badan Ayah Iman yang dahulunya menjadi poojaaan hatiku kini menjadi racun hidungku! :mrgreen: {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon mrgreen Maaf kan wawa naa.. 2, 3 bulan jek gini. Ahak.

Bercerita tentang kerja-kerje rumah pula, saya dah tak nampak dah rumah tu bersepah ke tidak. Pulang dari kerja sahaja, memang badan penat sangat-sangat kalah orang menoreh getah. Mandi2 dan solat, terus pengsan tidur dalam bilik. Iman 100% diberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada Ayah Iman. Beraknya, kencingnya, mandinya, makannya, pendek kata semua jobscope saya diambil oleh Ayah Iman. Bukan setakat Iman, malah kerja-kerja mengemas, membasuh pinggan, basuh baju, sidai baju juga semua diambil alih oleh Ayah Iman. Jika dahulu pantang nampak sepah sana sini saya membebel-bebel, tapi dalam tempoh alahan ini, kerja membebel pon diambil alih oleh Ayah Iman. Hebat kan? :mrgreen: {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon mrgreen

“Wawa, tolong maintain kan keadaan rumah ya! Tak larat kemas takpe, Abg kemas. Cuma make sure pinggan masuk sink, baju masuk bakul.. bla..bla .. bla..”, yang suatu ketika dahulu adalah bebelan dan ayata2 ku.

Hahah! Hebat penangan alahan saya ni.

Mengidam ketika Mengandung

Aktiviti memasak terhenti. Tiada lagi dapur berasap pagi dan petang. Tiada lagi bising-membising orang membuat kek di malam hari. Malah mentega dalam peti ais pun sehingga luput tarikhnya. Maklumlah, mentega mahal2 tidak tahan lama. Setiap hari Ayah Iman akan membelikan makanan. Kot mana yang mampu saya telan, saya akan telan. Kemudian, ia keluar balik. Saya menangis. Kerana saya amat lapar! Huhuhu :cry: {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon cry. Jadi biasanya selepas makan, saya akan terus tidur, tanpa minum air. Tengah malam saya akan terjaga, untuk minum air. Yang lalu masuk pon vitagen cuma. Jika minum atau makanan manis, mulalah kemanisan itu akan menjadi pahit di dalam tekak, lalu trigger pula rasa nak muntah. Seksa sungguh perasaan itu. Semua buah pun jadi tak sedap! Lagi-lagi buah manis. Mungkin sebab itu ibu mengandung sukakan buah masam. Kan? Kan?

Maka dengan ini saya memberi definisi bagi mengidam itu pula bagaimana. Mengidam bagi saya ialah, pencarian apakah jenis makanan yang terjangkau dek akal yang boleh ditelan agaknya bagi diriku ini yang semua benda dah tak lalu nak telan. Hihihi. Setiap hari dok melilau fikiran saya ini, agaknya ini boleh makan kot, agaknya itu boleh masuk tekak kot. Yang jenuhnya ialah Ayah Iman la opkos! Ke sana ke mari cuba menuruti kehendak si isteri yang kebuluran di rumah :lol: {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon lol

Antara makanan yang saya teringin nak makan adalah:

  1. Nasi Impit dengan Kuah Kacang – Tanpa satenya :lol: {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon lol Hahahahaha!
  2. Nasi Mamak dengan Ayam Masak Madu (dek kerana teringat Restoran Khaleel Penang ketika belajar di USM selama 5 tahun). Ayah Iman belikan di Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam. Hari pertama ok, esoknya beli lagi, muntah terus dah. So, kena carik makan lain)
  3. Roti Nan Cheese juga dari Restoran Khalel Penang (akhirnya dapat jugak yang sedap dan memenuhi piawaian di Shah Alam)

>

4. Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam. Sangat sedap!

{focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? 75342 10151244696293261 834463765 n

 >

5. Babat (Perut Lembu) Masak Sambal Tahun

{focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? 423990 10151266172473261 1542755847 n

 >

6. Sushi yang Halal (Boleh didapai di O-shima Shah Alam)

{focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? 408738 10151262193618261 1828635563 n

{focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? 582420 10151262192278261 1677765416 n

<

7. Soft Shell Crab (Boleh didapai di Facebook – Lubuk Lobster)

{focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? 397751 10151265130608261 1346653737 n

{focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? 397469 10151265131008261 1960510675 n

{focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? 75213 10151265251268261 369612857 n

dan terbaru, Ayam Bakar Masak Lemak Kencur. Harap dapat makan menu ni minggu ni. Hohohoh.

Kesimpulannya, mengidam tu bagi saya bukanlah mengada. Cuba kalian yang tak pernah rasa alahan ni tetiba sahaja hilang selera makan, dan rasai seperti mana yang saya rasai, tentu sekali akan sependapat dengan saya. Hehe. Bila saya dah mula-mula nak sihat ni, dan banyak dah boleh makan tanpa muntah, saya merasakan ya Allah betapa bersyukurnya dan betapa nikmatnya SIHAT itu. MasyaAllah. Sehingga saya hampir lupa bahawa makanan adalah sesuatu sedap dan nikmat. Sebab selama tempoh saya alahan tersebut, saya amat fobia untuk makan dan minum. Tetapi demi perut yang tersangat lapar dan demi kesihatan bayi dalam kandungan dan Iman yang saya susukan, saya mesti gagahkan diri juga untuk makan.

Jadi, adakah mengidam-ngidam itu mengada-ngada? Siapa tak kena, memang takkan tahu rasanya. Siapa yang sekadar morning sickness ala sepoi-sepoi bahasa, anda amat bertuah! Seriously dahulu semasa saya anak dara saya berpendapat siapa yang mengidam tu mengada-ngada. Nah, Allah tunjukkan pada ku jua. Lain kali berbaik sangka pada orang. Jangan pandai-pandai nak judge orang itu ini. Sekali kena pada batang hidung sendiri, padan muka sahaja layak buat saya. Hehheeheh..

Apa pun, saya bersyukur, meskipun hebat dugaan alahan ini, hebat lagi dugaan isteri-isteri yang sepenuh jiwa raga menantikan kedatangan cahaya mata yang tidak kunjung-kunjung tiba. Sukur ya Allah, daku masih diberi peluang mengandungkan khalifahMu. Ianya anugerah yang tak terhingga, meskipun kadangkala amat meruntun jiwa raga. Hehe. Hakikatnya, pahala mengandung itu amatlah besar. InsyaaAllah.

Semoga Allah permudahkan kehamilan dan kelahiran bakal khalifah ini. InsyaAllah. Amin :D {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon biggrin

Dan terima kasih buat suami mithaliku – Mohd Hafeez Muttaqiin bin Jamil. Anda ayah cool yang hebat! Amin 8) {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? icon cool

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Mengidam-ngidam? Atau Mengada-ngade? pixel

You may also like...

2 Responses

  1. luthfi says:

    nyidamnya sama makanan yang sungguh2 lezat rupanya

  2. rahaya says:

    assalamualaikum….

    best baca entry ni…nasib anda sama dgn sy time peknen anak sulung…terlalu teruk alahan..semuanya sama…bau Wangi jadi busuk, husband yg Wangi jd terlalu busuk (part ni plg kesian)…kalo drive keta, siap2 dah plastic utk muntah….rumah mcm tongkang pecah…xberkemas..hehehe…skrg peknen anak no 2..baru masuk 8 minggu…Alhamdulillah alahan tahap sepoi2 bahasa..hehehe..dulu anak 1st, masuk 6 minggu dah start alah teruk sampai minggu ke 12..pastu semua makanan nak telan sampai badan naik 21kg..hehehe…pasal mengidam pulak,anak 1st dulu sy teringin sgt2 nak naik ketapi…sampai la bersalin xdpt naik punnn…bab mkn pulak, teringin mkn buah kedondong yg bergugus dekat tangkaii..xmau yg sebiji2..xlena tido la teringat kat buah kedondong tu….kwn tolong carikan..dia bawak dtg ofis sekali tangkai2nya sekali…punya lah pulun mkn…hahahaha..betul2 merepek…lepas bersalin, tgk kedondong pun xda hati…bukan faveret lah katakan…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.