Mengawal Subconscious Mind (Minda Separa Sedar)

Kajian menunjukkan bahawa kita sebenarnya hanya menggunakan 10% daripada keupayaan otak kita untuk menjalani kehidupan kita. Maknanya masih ada 90% daripada potensi otak manusia yang tidak digunakan sepenuhnya. Katakan gaji yang kita perolehi, kita cuma guna 10% sahaja. Selebihnya 90% kita tak gunakan. Wah, banyak tu benda boleh beli dengan 90% gaji! Betul tak?

Minda kita terbahagi kepada dua jenis aktiviti minda. Conscious Mind (Minda Sedar) dan Subconscious Mind (Minda Separa Sedar). Kita gunakan Minda Sedar untuk membuat semua benda yang boleh dikawal dan dalam keadaan sedar, seperti makan, minum, berfikir, membaca, menulis dan pergerakan tangan, kaki dan sebagainya. Manakala Minda Separa Sedar kita mengawal perkara-perkara seperti kadar pernafasan, kadar degup jantung, emosi, dan habit atau kebiasaan dan juga skill.

Sebagai contoh, memandu. Semasa awal-awal kita belajar memandu kenderaan, kita menggunakan Minda Sedar untuk fikir; mula-mula tekan break, turunkan handbrake, tekan clutch, tukar gear, lepaskan break, lepaskan clutch perlahan-lahan sambil tekan pedal minyak (biar betul – lupa sebab dah pakai auto:lol: {focus_keyword} Mengawal Subconscious Mind (Minda Separa Sedar) icon lol). Dok menghafal lah benda ni sampai lah tanpa kita sedari, kita dah boleh memandu tanpa perlu fikir pun apa yang perlu dibuat untuk kereta bergerak. Siap boleh relpy SMS dan main Facebook lagi sambil memandu. Tanpa kita sedari, aktiviti memandu tadi yang asalnya dikawal Minda Sedar sudah pun diambil alih oleh Minda Separa Sedar.

Contoh lain, pernahkah kita terfikir semasa makan, yang kita perlu membuka mulut terlebih dahulu? Kita tak fikir dahulu kan “Eh, makanan nak masuk ni, jadi kau harus buka mulut kau terlebih dahulu”. Tak perlu bukan? Once kita dah memegang makanan dan tatkala disuakan ke mulut, automatic kita akan buka mulut. Tak perlu pula tekan suis apa-apa untuk mulut terbuka. Kemudian kita harus kunyah bukan? Pernah kira berapa kali kunyah yang diperlukan sebelum telan makanan? Tidak bukan? Automatik makanan tersebut akan ditelan tanpa perlu kita sedari berapa kunyahan yang dah kita buat. Ataupun pernah ke kita kira berapa kali kita sedut nafas dalam seminit? Pernah kira berapa kali kita perlu kelip mata dalamm seminit? Berapa kali seminit jantung kita perlu mengepam? Tak pernah kita kira kan? Semuanya automatic telah dilakukan oleh Minda Separa Sedar kita. Siapa lakukan semua ni? Oh sudah tentulah ianya ciptaan Allah SWT. Dan Allah menugaskan kita punya Minda Depara Sedar kita melakukan semua ni.

{focus_keyword} Mengawal Subconscious Mind (Minda Separa Sedar) subconsciousIceberg Diagram. Kita hanya gunakan potensi otak sebanyak 10% sahaja (yang kelihatan di permukaan air), dan selebihnya 90% potensi otak masih tidak dioptimumkan.

>

Apa kaitannya dengan keupayaan minda tadi? Cuba bayangkan kalau kita boleh boleh gunakan 90% keupayaan Minda Separa Sedar kita? Tak ke kita betul-betul boleh menjadi seorang yang hebat? Ini kerana Minda Separa Sedar kita tidak pernah berhenti bekerja. 24 jam sehari, 7 hari seminggu ia bekerja. Tidak seperti Minda Sedar kita. Apabila kita tidur, Minda Sedar kita juga tidur. Kadang-kadang kita bermimpi terjun jatuh gaung atau tempat tinggi. Apa yang kita rasa tatkala mimpi itu terjadi? Kita rasa macam seolah-olah betul-betul terjatuh bukan? Contoh lain, katakan kita bermimpi dikejar anjing, dan kita berlari dengan kuatnya. Surprisingly, bila tersentak dari tidur, kita merasakan seolah-olah kejadian itu betul-betul berlaku. Siap berpeluh-peluh, dan jantung bergedup dengan cepat sekali. Apa yang hendak dikaitkan di sini? Dalam mimpi tersebut, kita seolah-olah telah menipu Minda Separa Sedar kita, lalu menganggapnya sebagai kejadian yang benar-benar berlaku. Maksudnya, kita sebenarnya boleh mengawal Minda Separa Sedar kita:mrgreen: {focus_keyword} Mengawal Subconscious Mind (Minda Separa Sedar) icon mrgreen.

Bagaimana caranya?

Request pada diri anda setiap hari sebelum anda masuk tidur, tidak lama, tak sampai 5 minit pun. Anda boleh melakukannya dengan 3 langkah mudah seperti berikut.

1. Langkah Pertama: Beri Arahan kepada Minda Separa Sedar

Sebelum anda memejamkan mata untuk tidur, ambil waktu seminit dua untuk membuat permintaan kepada Minda Separa Sedar anda. Ia boleh jadi apa sahaja. Paling mudah,

Contoh 1:

“Aku mahu solat Subuh esok pagi pukul 620 pg”, sebut berulang-ulang kali. Be specific, terang jelas lagi nyata. InsyaAllah, Minda Separa sedar anda akan bangunkan anda pukul 620 pg. Eh, jangan pulak bila dah bangun, anda cakap “Ala, 10 minit lagilah”. Hurm..anda menipu Minda Separa Sedar anda. Ia tidak akan mengajar Minda Separa Sedar anda untuk menjadikan arahan itu suatu rutin.

Contoh 2:

Atau, apabila dikaitkan dengan ibu-ibu yang menyusukan,

“Saya punyai susu badan yang banyak untuk anak saya, dan saya mampu menyusukan anak saya sampai 2 tahun”. Cakap berulang-ulang pada diri anda. Pernah ada doctor yang saya jumpa berkata; “Once you cakap susu badan you tak cukup @ kering, bermakna you sendiri yang suruh pekerja kilang susu you berhenti kerja, tutup kedai”.

Hihi.

Eh, terfikirkan semua ni ada kaitan dengan niat kita? Kita niat untuk puasa, InsyaAllah esok harinya sewaktu berpuasa, kita taklah lapar dan dahaga sangat, tak seperti hari yang kita tak berniat berpuasa tapi menahan lapar. Betul tak? Rupanya ada kaitan dengan Minda Separa Sedar. Barulah tahu. Hihi.

Praktis Mama Iman: Saya selalu fikir, esok nak buat sarapan itu ini begitu begini sebelum tidur. Kekeke.

“Never go to sleep without a request to your subconscious.” – Thomas Edison

2. Langkah kedua: Visualisasi Bila Keadaan Itu Berlaku

Ambil masa 2 minit membayangkan keaadan sebenar dan perasaan sebenar anda melakukan sesuatu itu. Contoh yang berkesinabungan dengan langkah pertama tadi.

Contoh 1:

Anda telah berniat untuk bangun subuh pukul 620 pagi. Jadi, di sini, anda boleh bayangkan anda dengar jam loceng berbunyi tepat 620 pagi. Anda bangun berjalan ke toilet, ambil wudu’, memakai telekung dan bersolat.

Contoh 2:

Untuk susu ibu pula, tadi anda telah beri arahan pada Minda Separa Sedar anda yang anda ada banyak susu badan. Sekarang, anda bayangkan susu anda betul-betul banyak, breast anda sentiasa membengkak penuh susu sehingga anda perlu pump 2, 3 jam sekali. Anda juga membayangkan bayi anda menyusu dari anda sehingga kenyang dan anda merasa puas dan gembira dengan kesihatan anak anda yang ceria itu.

Praktis Mama Iman: Betul jugak. Sebab saya sebelum tidur saya bayangkan yang saya potong sayur, masak nasi, masak lauk, masak bubur Iman,  sediakan susu Iman, sediakan icepack untuk EBM ke opis. Kekeke.

3. Langkah Ketiga: Visualisasi Perasaan Bila Misi Tercapai

Ambil masa 1 minit untuk bayangkan perasan kita bila kita berjaya melakukan kesemua aktiviti yang kita arahkan tadi. Apa perasaan lepas kita dah solat Subuh tadi? Lega dah satu tanggungjawab yang Allah suruh dah tertunai kan? Apa pula perasaan bila anak dapat menyusu penuh 2 tahun? Tanamkan perasaan misi selesai ini dalam-dalam sebelum tidur, dan serahkan kepada Minda Separa Sedar kita pula untuk bekerja.

Praktis Mama Iman: Perasaan dapat masak pagi-pagi. Kenyang sarapan pagi berkualiti! Siap boleh tapau! Jimat duit! Suami, mak dan mak mertua sayang! Ngehehe. Puas hati.

Macam mana? Boleh buat? Arahan atau kemahuan kita boleh jadi apa sahaja. Mahu jadi jutawan? Mahu jadi usahawan? Mahu jadi Ibu yang Cergas? (Kekek:mrgreen: {focus_keyword} Mengawal Subconscious Mind (Minda Separa Sedar) icon mrgreen). Mahu susu berkoyan-koyan? Mahu naik pangkat? Mahu dapat PhD? Mahu jadi kurus? Apa sahaja! Sebab tu orang selalu kata, “Alah, kau dah biasa buat, memang lah senang”. Ye, memang bila kita dah biasa buat, ianya sudah pun menjadi skill yang dikawal oleh Minda Separa Sedar. Then why not kita maksimumkan benda yang boleh jadi “kita-biasa-buat”? Why not kita maksimumkan keupayaan minda kita menjadi seorang yang hebat? Contoh, mula-mula kita belajar pakai tudung, hish..rasa lemaslah, rimaslah, panaslah, tapi lama-lama? Rilek je pun pakai tudung tak rasa apa-pun. Mula-mula ada anak, punyala kalut itu ini, anak nak susu, nak kencing nak berak. Alih-alih tengok-tengok anak dah berderet 6 orang. Hebat tu!

Minda Separa Sedar kita akan membantu kita memperbaiki kehidupan kita. Untuk menjadikan sesuatu perkara itu habit atau skill yang dikawal oleh Minda Separa Sedar kita, kita memerlukan 30 hari latihan, dan secara tidak sedar, pada hari ke 31, ia telah pun menjadi rutin atau habit, dan sepenuhnya dikawal oleh Minda Separa Sedar kita.

>

Selamat Mencuba,

Salam sayang dari Mama Iman

Sekadar perkongsian yang diperolehi dari training. Heheh.:lol: {focus_keyword} Mengawal Subconscious Mind (Minda Separa Sedar) icon lol

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Mengawal Subconscious Mind (Minda Separa Sedar) pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.