Mengajar Anak Menghargai Duit

Assalamualaikum,

Sekarang ni topik saya hanya berkisar tentang duit sahaja. Buat masa ni memang itu sahaja yang berlegar-legar dalam kepala saya. Perancangan saya yang membuatkan saya mula bercerita tentang duit ni?? Let it be a secret buat masa ni. (Saja nak masukkan elemen suprise kat sini) Hihi. Apa pun, memang saya banyak belajar pasal duit ni dari kecil lagi. Alhamdulillah, menjadikan saya seorang yang lebih rasional bila masuk topik yang paling digemari ramai iaitu “BERBELANJA”.

Ada orang suka BERBELANJA untuk release tension, berjam-jam pergi shopping pon bagi mereka perkara biasa. Saya 3 jam maksimum. Lepas tu sakit kaki, sakit poket, penat, dan tidur 3 jam gantikan balik! Haha. Memang bukan pilihan saya.

Sampai sekarang kawan-kawan saya masih gelakkan saya sebab saya dok konfius yang mana Mid Valley, Sunway Pyramid, One Utama. Setia City Mall yang sejengkal dari Meru kampung halaman saya pun belum pernah saya jejak walaupun lalu setiap minggu bila melawat mak setiap minggu. Malahan bangunan KLCC pon belum pernah saya jejak lagi hingga kini. Ia menyebabkan saya dijadikan bahan gelak sentiasa oleh rakan-rakan dek kerana kebendulan saya. Hihihi. I am totally fine with that. No worries =D

Masa kami masih ke sekolah dahulu, mama bagi duit belanja setiap bulan. Pandai-pandailah manage duit tu untuk sampai sebulan. Agak2 korang rasa banyak tak? RM1 je dulu pun untuk sekolah pagi petang. Bila mama dapat gaji, depan kami mama akan kira-kira semua duit tu. Dibahagi2kan duit tu ikut amount tertentu. Ditolak ke tepi, ini bil air, ini bil api, ini yuran, ini duit dapur..dan last sekali..duit anak-anak tambang bas ke sekolah dan belanja kantin. Kemudian mama pesan, “Ini je duit mama ada. Jadi, tak boleh ye minta lagi, sebab memang takde”. Mama tak tipu sebab memang mama juga tunjuk slip gaji mak.

Sampai masuk universiti pun begitu juga. Diasing-asingkan duit, dan setiap kali tu juga mama bagi pesanan yang sama.

Bila anak-anak dah habis universiti, mula pula mencari kerja (of courselah tiada duit masa tu). So, menganggur sebentar di rumah sambil jadi maid mama sekejap. Belajar masak memang sedari sekolah lagi. So, mama balik kerja tinggal makan je, rumah dah kemas segala. Pernah mama tinggalkan duit RM100 atas meja dapur. Sehari, tak bersentuh. Dua hari, tak juga bersentuh, masuk 4 hari, saya tanya mama, kenapa letak duit kat sini. Nanti hilang haru jek.

Mama pun buka cerita. Mama pelik kenapa kami tak ambil duit tu. Sebab kawan sekolah mama bila letak RM50, memang akan lesap. Letak RM100 pon, akan lesap, malah letak RM150 pun lesap habis juga. Bila ditanya beli apa, anak-anak jawab, beli macam-macam. Brooch laa, tudung la, jalan-jalan la. So, mama pelik kenapa kami tak macam tu. Kami pon semua gelak sakan, sebab tak sangka mama saja letak duit tu untuk kami. Tak tergamak kot. Sebab selama ni memang tau berapa gaji mama, berapa banyak mama kena keluarkan duit, dan bagaimana mama kontrol perbelanjaan keluarga. Alhamdulillah, anak-anak mama memang agak rasional dalam berbelanja.

Berapa ramai anak-anak yang mencuri duit ibu bapa tanpa rasa serba-salah. Adakah salah didikan? Tak semestinya cara mama saya tu applicable untuk anak-anak orang lain juga. Sebab setiap anak itu juga unik dan cara asuhan mereka juga banyak dipengaruhi oleh cara hidup, persekitaran dan pengaruh rakan sebaya juga.

Ada setengah orang, disebabkan keadaan keluarga yang kurang berada, dia berfikiran positive untuk keluarganya nanti tidak hidup dalam keadaan yang sama. Dia menjadikan past experience sebagai pemangkin kehidupanya yang akan datang. Tapi, ada pula orang yang lebih menyalahkan takdir dan tidak teringin pun nak berusaha untuk keluar dari situasi itu.

Menjadi kaya bukan bermakna anak turut senang minta-semua-pun-apa-boleh dapat. Dengan menjadi kaya sepatutnya kita mengajar anak kita untuk lebih menghargai duit. Lebih tau bagaimana cara-cara untuk kaya. Contohnya, saya amat mengkagumi pasangan Pakar Motivasi keluarga Puan Jamilah dan  Ahmad Fakhri mengajar anaknya Siraj bagaimana menghargai duit, dan mencari duit sendiri.

{focus_keyword} Mengajar Anak Menghargai Duit SirajsCHoC How It Started small1

Kisah Siraj mendapat liputan luas dan akhirnya sehingga kini beliau masih meneruskan membuat biskut-biskutnya yang sedap-sedap belaka. Malah, Siraj juga sentiasa memperbaiki kualiti biskutnya dan cuba menambah resepi-resepi baru untuk memperbagaikan menu biskut yang Siraj ada. Boleh ke link ini untuk membeli biskut yang sedap dari Adik Siraj! =)

Abang Abu Ayyubul Ansari, seorang Pakar Kewangan Keluarga juga mempraktikkan perkara yang sama kepada anaknya, Ashik yang baru berusia 10 tahun. Ketika itu Ashik berusia 10 tahun inginkan sebuah mainan yang harganya SGD400. Bukannya beliau tidak mampu membelikan mainan tersebut. Tapi beliau ingin mengajar anaknya tentang nilai sebenar wang. Beliau memberi modal SGD1000 kepada anaknya sebagai modal untuk print and create kad-kad motivasi untuk dijual. Siap buat MoU dengan anak berkenaan pinjaman terbabit. Maka, bermulalah kisah si anak menjadi entrepreneur. Dengan menjual kad motivasi sahaja, anaknya berjaya memperoleh hasil jualan sehingga SGD4000! Beliau pun memulangkan modal kepada ayahnya. Lalu Abang Abu bertanya kepada si anak yang kini dia boleh membeli mainan yang dikehendakinya itu. Tahu apa anaknnya response? Anaknya kata, dia tak jadi beli mainan tu. Rasa sayang pula pada duit keuntungan yang diperolehinya, tak mahu membazir dengan membeli mainan. Kini, anaknya telah pun menjadi seorang usahawan kecil dan dianugerahkan Young Entrepreneur di Singapore. Malah, ketika umurnya 12 tahun, beliau telah pun membuat e-book sendiri yang bertajuk 7 Steps To Be Young Entrepreneur.

{focus_keyword} Mengajar Anak Menghargai Duit ASHIKbook400

Bombastic kan? Apa anak kita buat pula pada usia yang sama dengan Ashik dan Siraj? Adakah anak kita jenis merajuk ya amat nak sesuatu yang dia ingin, lantas kita malas nak tengok anak tu guling-guling kat lantai lalu kita pun membelinya. Senyum sinis si anak seolah-olah “Yeay, saya menang, mak ayah kalah. Lainkali boleh guling-guling atas lantai lagi”.

Saya ada seorang makcik yang bergelar ibu tunggal dengan seorang anak tunggal perempuan. Cik Amai namanya. Berjawatan agak besar  dan anak pula seorang sahaja, Azwa namanya. Makcik saya ni boleh dikira agak senang. Tapi, anaknya seorang tu sedari kecil lagi dah diajar macam mana nak carik duit. Simple-simple je kerja-kerja nya. Kadang-kala Azwa akan datang ke rumah saya bertanyakan ada apa-apa tak yang dia boleh buat untuk mendapatkan upah. Sejak umur 8 – 9 tahun lagi Azwa dah mula cari macam-macam kerja untuk tambahkan duit simpanannya. Bila Azwa nampak kipas berdiri (standing fan) saya nampak berhabuk banyak (ye, saya malas), Azwa tanya, “Wawa, Azwa bersihkan kipas ni, wawa bagi RM5 ok?”. Haha. Saya pon senang hati je bagi. Malah, di rumah, Azwa mengambil upah menggosokkan baju kerja Cik Amai dengan upah RM0.50 sehelai! Apa yang sangat saya kagumi ialah, di hari lahir Cik Amai, tiba-tiba Azwa keluarkan beg tangan berjenama BONIA diberikan pada maknya. Huh?? Hasil duit simpanan Azwa semata. Simpanan duit belanja sekolah, dan simpanan kerja2 tambahan yang Azwa buat. Bukan sekali, tapi setiap kali ada hari lahir, Azwa akan berbuat begitu. Jam tangan baru, beg baru, semua untuk Cik Amai. Baru-baru ni Azwa (sekarang 16 tahun) datang kepada Cik Amai menyuruh maknya itu menjahitkan begnya yang sudah koyak. Cik Amai tak keruan jadinnya. Mana taknya, anak seorang tunggal, satu-satu zuriat yang ada, minta jahitkan beg yang lusuh sedangkan bukanlah mahal bebeno pon nak membeli yang baru. Hehehe.

Menjadi ibu bapa yang kaya tidak semestinya berjaya mendidik anak-anak juga menjadi kaya. Malah ramai je ibu bapa yang kaya, tetapi anak masing masing kayap belaka dok perabih duit mak bapak. Nauzubillah.

>

“Beri anak kayu pancing, bukan beri ikan”

>

Kita dalam golongan ibu bapa yang mana?

InsyaAllah kita jenis yang beri pancing, bukan beri ikan. Amin. Dan terus berusaha untuk ke arah itu! =)

Iman, jom jadi Entrepreneur!! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Mengajar Anak Menghargai Duit pixel

You may also like...

2 Responses

  1. luthfi says:

    Memang penting mengajari anak akan pentingnya uang tanpa kita harus menjadi penghamba uang.

  2. Leena says:

    Ajaran anak menghargai duit amat penting supaya mereak tahu menguruskan wang mereka sendiri pada masa depan.
    Leena recently posted…9 Bank Malaysia Dengan Kadar Faedah BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.