Menangani Stress

 

{focus_keyword} Menangani Stress  Stress

Aaaargghh!!! Saya stress! (Lakonan). Hahahah. Sebenarnya rasanya semua orang di dunia pun ada stress masing-masing. Sama ada kecil atau besar, stress pasti dialami setiap orang. Cuma diri kita sendiri je nak kena tau macam mana nak handle stress dengan effective dan efisyen.

Kenali Punca Stress Anda
Pertama sekali, kaji dulu apa sebab anda stress. Kalau tak kaji, nak membuangnya pun tentulah susah kan. Antara tanda stress adalah kepenatan, keletihan melampau, kurang selera makan atau pun bertambah-tambah selera makan, sakit kepala, rasa macam nak menangis (tanpa sebab pun), rasa ngantuk dan juga rasa mengantuk yang sangat.

Stress Dalam Kesesakan Lalu Lintas
Kesesakan lalu-lintas dah dikira sebagai stress wajib setiap orang dah sekarang nih. Hehe. Saya ada seorang kakak yang masih belum berkahwin. Beliau menanyakan soalan ini kepada salah seorang calon untuk dijadikan sura rumahnya.

Tanya kakak: “Adakah awak seorang yang akan mengamuk di dalam kesesakan jalan raya”
Jawab jejaka kacak itu: “Ya, saya jenis mengamuk dan geram kalau tersangkut dalam kesesakan jalan raya”

So, macam mana? Alangkan stress kerana kesesakan jalan pun tak dapat nak kawal dan tangani dengan bijak, bila sudah berkahwin nanti terlalu banyak punca-punca stress yang akan muncul. Bergantung pada diri kita sahaja sebenarnya untuk atasi dengan cara bijak dan berhemah.

Stress Di Tempat Kerja
Hah..yang ni pon memang sungguh cepu emas. Kalau kita buat baik, ikut semua regulation company, nanti ada pula orang kata kita bodek bos. Tu belum lagi kena balun dengan rakan-rakan sekerja juga. Belum pula dengan complain dari pihak pelanggan lagi. Tak masuk juga dengan KPI yang nak kena capai. Ditambah pulak dengan gaji yang ciput. Haih, memang sungguh boleh stress. tapi kalau kita bijak tanganinya, insyaAllah boleh harunginya dengan tabah. As for me, saya lebih suka “Just go with the flow”. Malas saya nak bazir masa fikir2 sangat rumors dan pot pet orang. Bz weh, baik capa je target kita, and maju terus ke depan, tak yah break-break.  8)

Stess Dengan Masalah Keluarga
Ini adalah salah satu punca stress dalam rumah tangga, di antara suami dan isteri. Ada si isteri yang jenis tak suka langsung rumah bersepah. Stress katanya. Jangan tak tahu ada je jenis isteri yang nampak tuala senget di penyidai pun boleh stress tau. Hahaa! So para suami janganlah pula usik-usik asbab musabab stress isteri ni. Mahunya isteri jadi Hulk Hogan, korang jugak yang susah  :mrgreen: {focus_keyword} Menangani Stress  mrgreen Kalau pulak si suami ni memang jenis tak ringan tulang nak membantu isteri, paling-paling kurang pun, minimumkan kerja isteri tu lah kan. (Alhamdulillah suami saya ringan tulang   :mrgreen: {focus_keyword} Menangani Stress  mrgreen )

Ada juga masalah rumah tangga di luar kawalan apabila ia melibatkan keluarga yang lebih besar. Haa..yang ni kena betul-betul bijak. Elakkan dari mengadu di FB pasal masalah keluarga. Memang sungguh lah tak elok dan tak bijak. Kita seboleh-bolehnya harus sembunyikan masalah tu untuk circulation dalaman sahaja. So, lepas ni kalau ada kawan mengadu pasal masalah keluarga di FB, baca je status sudah. Jangan gatal tangan nak masuk campur pula ya.

Untuk stress yang begini, agak mudah sahaja. Apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Kalau teruk sangat pun, baliklah kembali kepada fitrah, “Cukuplah Allah sahaja buatku”. InsyaAllah hati akan tenang dan senang mengharungi dugaan mendatang. Bagi seorang isteri, dia harus taat pada suami. Suami pula taat pada ibunya. Allah dah bagi dah panduan ni. Ikut sahajalah kan. Lagi untung kalau dapat suami yang pandai diplomasi. Hehe. Senang hati bini. Alhamdulillah, TQ ye Ayah Iman  😆

Stress dengan Kerenah Anak Kecil
Hah, cerita bab anak ni memang takkan sudah laaa. tak kiralah anak seorang ke, dua orang ke, 10 orang ke. Kalau hati, emosi tak cukup kuat, mahu tercabut jantung haih. Semua tu dugaan, sabar … sabar … (untuk diri saya juga). Anak-anak kecil ni ada fasa-fasa mereka untuk mereka ni belajar. Macam Iman juga (fuhhh).

  1. Fasa nak siram pokok bunga (setiap jam asyik nak siram pokok bunga) – DONE
  2. Fasa conteng dinding pintu dan lantai – DONE
  3. Fasa tak nak makan – DONE
  4. Fasa berguling atas lantai bila kehendak tak dipenuhi – DONE
  5. Fasa  conteng badan sendiri – ONGOING (dan lepas conteng dia claim dirinya adalah SUPERHERO!)
  6. Fasa nak buat susu sendiri – ONGOING
  7. Fasa mengajar maknya mewarna – ONGOING
  8. Fasa merengek tak tentu pasal (lagi-lagi dissappoint bila maknya tak paham yang dia minta) – ONGOING dari dulu sampai sekarang
  9. Fasa berlari ke sana sini tak kira mana-mana tempat awam – ONGOING (kalau mak ayah nya bertambah kurus takpe juga.. haih)

So memang kena sabar je la. Saya lebih suka anak saya yang aktif berbanding kalau dia menangis merengek tapi saya tak paham pun apa yang diminta. Bila aktif, memang dia dalam mood seronok, cuma memang sangatlah penat nak kejar dia ke sana ke mari. Siapa yang kenal Iman, memang akan tahulah anak saya tu macam mana aktifnya. Adik ipar saya yang paling kecil umur 12 tahun tu memang nak sangat adik. Tapi bila ada Iman ni boleh pulak dia cakap,

“Memanglah Haziq nak adik, tapi tak sangka lah sampai macam ni sekali adik nya” Haha.

Seringkali orang luar mendescribekan anak saya sebagai “Hyperactive”. Oh no.. itu medical condition, yang mana anak saya bukannya Hyperactive pun. Cuma dia memang sangat aktif. Malah ada kawan beritahu saya yang beliau mahukan anak perempuan, tapi tak nak macam Iman bila tengok Iman aktif sangat. Hihi.

Stess dengan “Stress yang Kecil-kecil”
Stress ya kecil-kecil ni sebenarnya pada waktu yang normal yang mana mood kita ok, tak swing, ia bukanlah stress pon. Tapi bila kita dalam keadaan yang sememangnya dah stress, bila nampak pula benda kecil-kecil ni jadi bertambah-tambah pula stressnya. Macam semalam, saya sudah la stress di office, balik rumah sekali jiran depan rumah (rumah apartment) boleh pula letak sampai dapur mereka di bahagian tepi rumah saya. OMG! Mahu rasanya nak mengamuk. Lagi-lagi pula tengok sampah tu dah dikorek pula oleh kucing. Haih. Alih-alih saya tulis dan tampal atas kertas “Sila Jangan Buang Sampah Di Sini”. Pagi ni saya keluar rumah, boleh pulak ada orang reply di kertas yang sama “Sila jangan buang sampah di tepi rumah saya”. 

Aik??

Ok, ada 2 rumah depan rumah saya. So, kami masih berteka-teki siapa yang buang sampah tu. Haih. Kalau saya baik sikit, saya boleh jek nak tolong buangkan. Tapi sampai bila, tah2 esok-esok buat lagi. Kot bayar gaji saya takpelah juga. Hurm…

Stress-stress kecil lain yang boleh menambahkan stress besar ialah;

  1. Cari sikat tak jumpa-jumpa
  2. Cari cermin mata asyik hilang je (maklumlah mata rabun dari kecil)
  3. Cari ketip kuku pun tak jumpa-jumpa (pastu jerit…hei mana ketip kuku ni!!) – macamlah ketip kuku tu boleh datang sendiri. Kekek.

So, langkah paling mudah nak elak stress kecil-kecil ni simple je. Pulangkan barang yang dah diguna ke tempat asalnya!  :mrgreen: {focus_keyword} Menangani Stress  mrgreen

Jangan tak tahu ada je jenis bini yang stress suami pakai ubat gigi tak picit dari bawah. Hahahahaah!

So, marilah kita kaji balik punca-punca stress kita dan cuba tangani dengan bijak ya.

Salam Sayang,

Mama Iman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Menangani Stress  pixel

You may also like...

6 Responses

  1. ummiimaan says:

    anak saya pun sangat aktif. imaan maryam affendi. jenis tak duduk diam. sampai letih kami semua. kadang-kadang terfikir ni baru girl belum lagi boy.. alhamdulillah belum sampai tahap stress menjaga anak. (hehe mungkin kerana kami suami isteri bekerjaya, kot kalau umminya suri rumah sepenuh masa mau juga naik darahnya ^_^)

    • Mama Iman says:

      Kalo suri rumah, ngadap die hari2, lagi manja la kot jadinya…heheheh…at least duduk dengan org die boleh balajar banyak situation and rules. bukan rules buatan maknya saja =D

  2. Lina says:

    Anak Ina pun sgt aktif-lelaki-2thn 7bln. Setiap masa berlari,melompat, aksi2 gimnastik.. smpai kan kecut perut tgk tindakannya. kadang2 masih mendengar kata lebih2 lg kalau perkara yg dah terang dari awal behayanya mcm ‘licin’ waktu ibu mop lantai, ‘licin’ kalau hujan, ‘kereta’ kalau dok tepi jalan atau ayah nk parking. Kadang2 tersentuh gak bila org label hyper, tp Ina senang sebab anak Ina sihat danTambah pula dia cepat belajar. cergas. Setiap minggu tak sabar tunggu sabtu ahad sebab nk bersamanya seharian.=)

    • Mama Iman says:

      tuh la, alhamdulillah lah cergas anak2 ni…bijak pulak.. kadang2 bila tak terlayan, saya ambil bantal tekup muka sendiri dan jerit dalam bantal tu. huuuuuuuuu….. pastu suh ayahnya take over sbb penat dah..hhuhuh..

  3. faziha says:

    anak saya pun agak active tidak reti penat..tido je baru diam dan senyap..kadang terasa jugak ada yg sangka “hyper” ada yg ckp “bola tahan lasak” tp biarla ape nak ckp pun .Opahya ckp budak sihat takda masalah dan tak sakit mmg la mcmnie normal.jadi saya abaikan kata sume org..saya gembira sahaja dgn perkembangan die yg berumur 2 thn .alhamdullilah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.