Memulakan Perniagaan? Baca 5 Nasihat Penting Ini..

cara memulakan perniagaan {focus_keyword} Memulakan Perniagaan? Baca 5 Nasihat Penting Ini.. mulakan perniagaan2

Memulakan perniagaan ni memerlukan perancangan yang rapi kalau nak membina perniagaan yang mampan dan berkekalan atau ‘sustainable’ omputih sebut. Sekarang ni pun banyak perniagaan yang tumbuh macam cendawan. Semua terutama orang melayu kita dah mula berniaga nak cari duit lebih. Dari meniaga larut malam sampai la sampai la meniaga dalam opis. Semua gara-gara kos kehidupan yang naik tak turun-turun. Syukurlah ada hujan yang turun 😀

Biasa kan kita dengar “fail to plan is plan to fail”. Memang sangat tepat sekali. Ada juga pemikiran yang “tak payah tunggu-tunggu, buat je”. Ada betulnya tapi wujud sebab sifat manusia (ke orang melayu je? Hehe..) yang suka bertangguh tu yang wujudnya idea jangan pikir panjang buat je terus. Tu yang bila dah rasa sepak terajang perniagaan mulalah rasa nak give up. Kalau awal-awal lagi buat perancangan rapi sekurang-kurangnya dah siap “Plan B atau Exit Plan” kalau perniagaan kita ada masalah. Kalau betul-betul nak bagi bisnes kita tu berjaya sampai tahap 7 angka, rancanglah dengan baik. Apa-apa pun langkah pertama nak niaga ni kena la tau macam mana nak mula la kan?

PERTAMA sekali untuk memulakan perniagaan pilih jenis perniagaan yang nak buat. Dekat Malaysia ni banyak jenis perniagaan yang boleh kita buat tapi janganlah sebab ikut-ikutan. Tengok orang tu jual kain kaya raya kita pun nak buat. Boleh tapi bukan dengan mula dengan melabur lebih dari 30% dari duit yang kita ada. Sebab kita tak tau sepak terajang yang orang tu dah lalui. At least kalau dah buat pastu jatuh takdela terduduk terus kan?

KEDUA daftar perniagaan di SSM. Nak bisnes kenalah proper bukan main harung je. Tak kesah jual apa hatta jual burger sekalipun, daftarlah syarikat enterprise sudah. Kalau boleh pemilihan nama syarikat tu biarlah ‘brandable’ sikit. Mana tau rezeki jualan meletop-letop orang dok sebut-sebut nama bisnes kita. Ni tak, burger dah sedap tapi orang tak sebut nama bisnes kita dok sebut kedai orang lain contohnye burger depan klinik rosli, pisang goreng sebelah masjid besar. Contoh kalau jual produk kecantikan pulak biasanya jual produk orang lain bila jual jenama produk makin terkenal, kita sebagai penjual orang tak kenal pun. Jadi brand kan lah diri sebagai penjual produk kecantikan contoh macam Cantik Beauty by CB Enterprise ke. So orang akan sebut nama bisnes kita bila orang tanya beli kat mana. Lagi-lagi bila servis yang kita bagi tip-top.

KETIGA buatlah perancangan perniagaan kita meliputi pemasaran, prospektus, unjuran keuntungan, ROI dan banyak lagi. Perancangan perniagaan ni kalau nak cerita memang tak abis satu entry. Senang pegi MPH atau POPULAR cari kat sana ada banyak buku pasal perancangan perniagaan. Plan perniagaan ni lah yang akan jadi ‘guide’ kita bila dah mulakan bisnes nanti.

KEEMPAT jangan mulakan perniagaan dengan belanja kos ‘overhead’ terlalu besar. Seeloknya jangan menyewa premis kalau tiada keperluan. Jadikanlah rumah sebagai pejabat dan guna segala sumber yang sedia ada. Kos ‘overhead’ ni lah yang selalu membunuh perniagaan yang baru bermula bila duit yang keluar lebih banyak dari yang masuk.

KELIMA dapatkan sebanyak mungkin maklumat dan pengetahuan berkenaan perniagaan yang kita ceburi tu. Maklumat banyak boleh cari dekat Google dan kalau ada kursus tak kisah berbayar atau pun free pergi je. Salah satu kenapa ramai yang bisnes sangkut sekerat jalan sebab takde info dan ilmu yang mencukupi. Bila dah buat bisnes tu baru tersedar ada benda yang masih tak tau lagi. Kalau tak melibatkan duit takpe ni duit dah melabur banyak nak patah balik pun dah tak boleh.

Nak ikutkan banyak lagi yang kita perlu pastikan sebelum nak memulakan perniagaan. Tapi jangan lah pulak pikir banyak sangat sampai jadi rumit. Tak susah kalau kita boleh cari mentor dalam perniagaan yang kita nak ceburi tu. Bila ada mentor banyak perkara boleh disingkatkan so tak perlu la nak buang masa banyak sangat.

Bila bab bisnes ni bahagian yang saya paling suka adalah pemasaran aka marketing. Tunggu lah nanti bila saya rasa suka hati nak menulis bab pemasaran pulak ye 😀

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Memulakan Perniagaan? Baca 5 Nasihat Penting Ini.. pixel

Ayah Iman

Suami kepada pemilik blog ini dan ayah yg budiman kepada Husnul Iman. Tugas utama adalah memberi technical support utk blog IbuCergas.com dan juga bakal menjadi penyumbang post di dalam blog ini. Post saya akan lebih ke arah dunia perniagaan online dan juga marketing.

You may also like...

1 Response

  1. Zainul Anuar says:

    Fuh, power2. Mohon share pasal marketing tuan
    Zainul Anuar recently posted…Cara Mendidik Anak Sulung Yg Baik, Pintar & CemerlangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.