Mempraktikkan Subconscious Mind pada Anak-anak

Assalamualaikum..

Hari ini hari pertama Iman dihantar ke Taska. Perjalanan dari Shah Alam ke Cyberjaya memakan masa lebih kurang 40 minit. Saya mula-mula risau jika Iman dok melalak dalam kereta. Saya dok risau jika Iman asyik nangis di Taska. Saya dok risau Iman tak tahu nak merujuk kepada siapa kalau berak ke, nak susu ke, sakit ke di Taska. Saya dok pening fikirkan macam-macam. Maklumlah, sindrom 1st time hantar anak ke Taska. Hehe. Sejak kelmarin, saya asyik berkata-kata kepada Iman, berbisik-bisik tatkala Iman menyusu dengan saya, pesa itu dan ini. Pesan supaya Iman kuat tak nakal-nakal. Pesan Iman belajar berdikari. Pesan Iman supaya kuat. Semuanya persediaan untuk Iman ke Taska. Sebelum tidur, saya akan ulang semua pesanan saya kerana sewaktu mamai-mamai itulah, subconscious mind kita akan respon. Boleh baca pasal subconscious mind di sini.

Akhirnya, saya yang frust tengok Iman di Taska. Buka sebab Iman menangis. Tapi sebab Iman happily di sana tak hirau saya langsung. Apakah? frust menonggeng sebab saya expect la dia nak saya dokong, berdrama seperenggan dua ke. Barulah terasa saya macam “Oh, terasa saya amat diperlukan”. Haih..heheh. Tapi alhamdulillah, Iman jenis berani mengambil cabaran. Rilek sahaja melihat saya melangkah pergi. Tapi of course saya katakan padanya, yang saya akan kembali. Jangan sesekali meninggalkan anak anda dalam keadaan mereka tidak sedar. Ini akan membuatkan mereka kecewa.

Bila saya fikir-fikrikan kembali, ini mungkin ada kaitan dengan apa yang saya praktikan kepada Iman, tatkala Iman masih tidur. Alkisahnya bermula begini. Seperti pagi-pagi biasa, pukul 5 saya akan bangun dan susukan Iman sebelum memasak di dapur. Tetapi suatu pagi, Iman tak terjaga langsung pukul 5 (begitu juga saya – hihi), kerana kepenatan tidur lewat. Akibatnya, pukul 530 pg baru terjaga. Terkocoh-kocoh saya menyuruh Iman menyusu (dan tentulah dia tak mahu lepas kerana lapar). Saya hanya boleh susukan selama 10 minit sahaja, kalau tak, alamat tak bersarapanlah kami pagi itu. Jika ditarik sahaja, Iman akan melalak sebab tak puas menyusu. Akhirnya saya ambil pendekatan, berbisik perlahan-lahan di telinganya,

“Iman, mama kena masak ni. Mama dah lewat. Iman tidur dulu ye, nanti mama datang lagi bagi Iman susu ye”.

Sambil belai2 badan dan kepala nya. Berbisik berulang kali, adalah 3, 4 kali. Dengan tak semena-mena, Iman rela hati melepaskan breast dan menukar posisi tidurnya (beralih dari breast). Keaadaan ini mengejutkan saya. Saya cuba praktikkan keesokan harinya, dan lagi dan lagi. Memang, Iman dapat terima arahan dengan baik, dalam keadaan mamai. Menyakinkan saya bahawa subconscious mindnya yang memberi respons kepada saya. Pernah juga saya terlewat bangun subuh di hari cuti. Jam sudah pun 630 pg, dan dalam masa yang sama, Iman terbangun laparkan susu. Sembahyang @ susukan anak? Ok, saya cuba untuk susukan Iman 10 minit. Kemudian, selepas 10 minit, saya katakan pada Iman,

“Iman, mama kena bangun solat Subuh ni. Mama dah lewat subuh ni. Nanti kita sambung lagi ye? Boleh ye Iman?”

Again, Iman rela hati melepaskan puting original ni. Saya memang berbunga-bunga je rasa hati. Walaupun Iman masih belum pandai bercakap (hanya tahu sebut “Susu”) di kala umurnya 1 tahun 2 bulan, saya masih dapat berkomunikasi dengannya meskipun dalam keadaan tidur. Seronok saya tak terkata.

Iman, lepas ni, banyak mama nak ajar masa Iman tengah mamai-mamai. Hehe! Pesan belajar rajin-rajin, pesan rajin solat, tak tinggal solat, pesan jaga diri, pesan supaya berhati-hati pilih kawan. Macam-macamlah!  Cubalah lakukan pada anak-anak anda. InsyaAllah, subconscious mind mereka akan memberi respons.

Tapi, jangan pula asyik bisik pada mereka supaya rajin-rajin solat (terutamanya Subuh) tapi tak pula kejut Subuh dengan alasan “ala, sian la kejut…masih kecik lagi”.

Hurm..itu namanya mengajar subconscious supaya menipu. Ye tak?

>

>

Selamat mencuba,

Mama Iman

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Mempraktikkan Subconscious Mind pada Anak-anak pixel

You may also like...

4 Responses

  1. Diana says:

    Wah!! Bagusnye mama iman ni, sentiasa positif dgn diri dan amat berkeyakinan!! sy juga bercita2 begitu dan sy berharap sy dapat melakukanya… Mungkin mama iman amat bertuah mendapat suami yg sama2 mempraktikan budaya yg baik dlm rumah. Suami sy juga amat baik cuma agak liat cikit utk sama2 menerapkan nilai2 positif dlm keluarga. Kalau mama iman di tempat saya… cth je yea :) apa yg mama iman akan buat? sekadar perkongsian bersama…… :)

    • Mama Iman says:

      first of all, Ayah Iman asalnya liat sikit bab2 parenting ni. Tapi alhamdulillah, lama2 ok dah. die lebih mesra dan manjakan anak. saya lebih tegas bab jadual dan pemakanan anak2. kami banyak bincang psl parenting ni, (sy yang mulakan lah =p). bila dah berjaya praktikkan, saya tanya pendapat die, bgus x pendekatan saya begini begitu..alhamdulillah, dia lama2 bersetuju dgn cara saya. saya cadangkan, bising leter pun x guna kalo suami x nak ikut, baik praktikkan terus, dan tunjukkan buktinya pada suami. itu lebih berkesan =)

  2. ummidahlia says:

    salam mama iman,

    sy jgk cube praktikkan mcm mama iman buat..pesan mcm2 kat anak mase dia menyusu dan dlm keadaan mamai tu…;))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.