5 cara Untuk Melawan Rasa Negative Dalam Diri Kita

Terus terang, memang secara natural dan semulajadinya semua kita ni ada sifat negative dalam diri kita. We born with it. Suara-suara negative tu memang banyak, dan kalau dilayan memang tentu akan bertambah-tambah dan menimbun-nimbun laa jawabnya.

Malasnya nak bangun tidur (meskipun kita tahu tidur banyak pon tak bagus jugak)

Malasnya nak pergi kerje (meskipun kita tahu kita memang kena pergi kerje jugak)

Sedapnya McD ni (meskipun kita tahu memang tak berkhasiat pun makanan tu)

Ishk aku tak boleh la buat benda ni (belum try apa pun dah kata tak boleh buat)

Bende negative ni, kalau tak best, memang kita tak buat lah kan? Hatta diri kita sendiri rasa suka buat benda negative ni. Seolah-olah ia selalu ada berlegar dalam diri kita “tak ape buat benda ni”, betul tak? Kita keep on berlawan dengan suara-suara negative ni almost everyday!! Apa patut kita buat? Macam mana nak lawan?

>
1) Tahu kewujudannya dan Gunakannya

Suara negative memang wujud, memang sentiasa ada tak kira dalam apa jua perkara yang kita buat. Seolah-olah ia lah yang memberi arahan pada kita, sama ada nak buat atau tak buat sesuatu perkara tu. Inner voice kata omputihnya. So sebelum apa-apa tindakan lain, just tahu yang negative thoughts ni memang wujud, maka terima kewujudannya.

>

2) Lawan dengan fikiran yang positive

Ok, lepas tahu ia dah memang ada fikiran negative ni, next ialah gantikan terus fikiran negative tu dengan sesuatu yang positive. Macam contoh tadi;

Negative: “Malasnya nak bangun tdo”
Postive: ” Macam mana pon kena jugak bangun! Tidur banyak sangat bazirkan masa dan sia-sia”

Negative: “Malasnya nak pergi kerje”
Positive: “Malas memang malas lah, tapi nanti nak makan apa! Kerja! Berusaha! InsyaAllah Allah bagi ganjarannya”

Negative: “Sedapnya McD ni”
Positive: “Makanlah, badan juga akan merana kemudian hari. Bukan beri khasiat pun”

Negative: “Ishk aku tak boleh la buat benda ni”
Positive: “Kalau tak cuba sekarang, bila lagi nak cuba buat. Lama-kelamaan berkarat otak bila tak cuba benda baru”

Makin banyak kita cuba counter attack suara-suara negative tu, lama kelamaan kita akan menjadi semakin kuat dan semakin positive insyaAllah.

 >

3) Tukar bahasa dan tutur kata

Pernah dengar ayat “Negative things happen to negative thinker?”, kita ni, semua yang kita fikir, yang kita buat, dan yang kita tuturkan adalah semuanya DOA. Maka, tukarlah semua vocabulary kita ni jadi semuanya positive belaka.

Tak boleh —— BOLEH!
Tak nak ———NAK!
Susahlah ——– SENANG NI!
Tak mahulah ——SAYA MESTI MAHU!

Bila dah tukar semua ayat negative ni jadi positive, kita akan jadi semakin yakin dan semakin positive. Dan percayalah, ia akan menjadi positive affirmation yang kita pon tak sangka sehinggakan semua suara negative tadi lenyap abes!

 <

4) Visualise Goal dan Target

Benda negative ni memang berkait dengan ape yang kita fikirkan dan ape yang kita dok bayangkan. Kalau dah dok banyangkan benda yang tak baik je, memang la apa yang jadi pon benda tak baik jek. Cubalah dok bayangkan dan visualize benda yang baik-baik jek. InsyaAllah apa yang jadi nanti benda baiklah. Ambik contoh tadi jugaklah,

Bayangan Negative: “Malasnya nak bangun tdo” (Membayangkan betapa sedapnya tidur)
Bayangan Postive: “Kalau aku bangun tidur ni, banyak masa berkualiti dengan anak-anak bermain, banyak ilmu dapat, banyak pengalaman baru untuk hari ni, boleh update blog, blog buat sales lagi banyak” (dan list go on and on sebab bila positive, memang banyak jek to-do-list rasa nak buat)

Bayangan Negative: “Malasnya nak pergi kerje, opis bosan”
Bayangan Positive: “Opis tak bosan sebab ada banyak goal yang kene dicapai, ada client yang perlu dijumpa dan ade banyak benda baru yang saya dapat belajar”

Bayangan Negative: “Sedapnya McD ni” (Bayangkan burger yang sedap dan meleleh keju)
Bayangan Positive: “Makan benda ni mungkin sedap sekarang tapi sakit kemudian. Dengan kualiti makanan yang tak sihat ini, mengundang banyak penyakit kemudian hari, oh, memang tak payah la makan” (Dan sememangnya fakta yang betul)

Jadi, supportlah suara positive anda dengan bayangan yang positive.

>
5) Cakap kuat-kuat!

Siapa suara kuat, dia menang! Hehe. Suara positive yang kuat akan sangat menyokong suara positive dalam diri. Cakap kuat-kuat benda positive yang kita nak. Tanpa kita sedari, kita akan jadi semakin kuat dan semakin positive! Tang yang suara negative tu akan jadi malu-malu kuceng nak keluar. Hehehee. Sebab tu kita pon diajar kan baca doa semasa pandang cermin (siap-siap nak pergi kerja tu kan);

“Ya Allah, kau jadikan lah akhlak ku, cantik sebagaimana kau cantikkan rupa paras ku”.

Kan itu pon suara positive, positive affirmation dalam diri. Mendengarkan diri sendiri vbercakap suatu yang positive sememangnya suatu terapi yang sangat berkesan. Lebih-lebih lagi kalau buat depan cermin. Memang marvelous!

cat-lion-stopping-you {focus_keyword} 5 cara Untuk Melawan Rasa Negative Dalam Diri Kita cat lion stopping you

<

Cuba tengok video ini. POSITIVE AFFIRMATION dalam diri.

 

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Baik fikiran kita, baiklah diri kita. Jahat kita fikir, jahatlah diri kita. Sebab itulah kita dalam Islam dianjurkan supaya sentiasa bersangka baik pada orang, berbaik sangka pada diri apatah lagi kan. Kita pon tak boleh kawan dan kontrol fikiran orang pada diri kita, so apa kata kita sendiri kontrol dengan penuh berhemah.

Cubalah, kita akan rasa hari ini dengan semua kuasa positive ini, hidup ini akan sangat bermakna! InsyaAllah!:wink: {focus_keyword} 5 cara Untuk Melawan Rasa Negative Dalam Diri Kita icon wink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} 5 cara Untuk Melawan Rasa Negative Dalam Diri Kita pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.