Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet

{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020884a3Koleksi Makanan Bayi Buat Cik Iman.

Salam semua,

Sudah lama tak update tentang makanan bayi buat Cik Iman. Iman masih makan makanan buatan tangan Mama Iman. Cuma kerana umurnya sudahpun hampir 10 bulan, beliau perlukan lebih dan lebih nutrisi. Ayam juga sudah dimasukkan ke dalam menu Cik Iman. Ayam, daging, dan ikan merupakan sumber zat besi, vitamin B, zink, magnesium dan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan. Pilih daging yang tiada lemak, dan buang bahagian-bahagian yang berlemak seperti kulit dari menu bayi.

Makanan bayi beku atau frozen solid food sangatlah praktikal buat ibu-ibu yang bekerjaya. Cuma luangkan 1 jam waktu hujung minggu anda, untuk menyediakan makanan beku bayi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi setiap pagi sebelum ke pejabat. Proses masa diambil hanyalah 5 minit sahaja. Tidak tahu caranya? Klik sahaja di sini untuk membuat puree kurma dan bagaimana untuk mencampurkan puree ke dalam bubur bayi. Bagaimana ayam disimpan sebagai makanan bayi beku? Prosesnya sama sahaja.

Penyediaan Ayam Beku untuk Makanan Bayi (9 bulan ke atas)

  1. Ambil bahagian daging ayam yang tidak berlemak, buang kulit dan tulang.
  2. Rebus sehingga empuk dan lembut, minimumkan penggunaan air semasa merebus.
  3. Kisar sehingga halus bersama air rebusan.
  4. Masukkan ke dalam bekas acuan ais.
  5. Bekukan semalaman.

Inilah hasilnya.

{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020878a1Ketulan ayam yang sudah dibeku dan diasingkan ke dalam bekas. Sedia  untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi.

Di sini saya kongsikan penyediaan puree epal yang dahulu menjadi alergi kepada kulit Iman. Saya ingin mencuba kembali menu epal ke dalam makanannya, dan perhatikan tindak balas tubuh Iman, muncul ruam kembali di pipi ataupun tidak.

{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020826a

Rebus epal yang telah dikupas kulitnya sehingga lembut. Tidak perlukan air yang banyak.

{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020830a

Puree epal dan puree lobak yang sedia untuk dibekukan (eh..tiba-tiba ada puree lobak pulak – hehe). Masukkan ke dalam tray acuan ais yang bertutup. Sangat praktikal. Acuan ais ini boleh didapati di Giant, berharga RM4 setiap sepasang. Hehe.


{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020883aCantik kan? Puree lobak yang telah baru dibekukan, dipindahkan ke dalam bekas bertutup lain supaya bekas ais tadi dapat diguna untuk membuat puree yang lain. Takkan nak beli berdozen-dozen. Tercekik saya.

{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020882a

Puree Epal


{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020879a

Puree Keledek Merah

{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1020880a

Puree Brokoli

Menyusun Menu Bayi Anda

Bagaimana? Saya pelbagaikan jenis menu Cik Iman. Kadang-kadang saya campurkan buah-buahan tanpa sebarang ayam. Kadangk-kadang ayam dan sayur semata. Saya buat begini supaya Iman tidak bosan makan benda yang sama setiap hari.   Contoh seperti berikut.

  1. Isnin: Bubur Nasi Putih + Brokoli + Ayam + Lobak Merah
  2. Selasa: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Kobis Bunga
  3. Rabu: Bubur Nasi Putih + Lobak Merah + Ayam + Bayam
  4. Khamis: Bubur Nasi Putih + Epal + Brokoli
  5. Jumaat: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Bayam +Ayam
  6. Sabtu & Ahad: Banyak Kombinasi, sebab berada di rumah, jadi kadangkala beri pisang, betik, yang dijadikan finger food. Nasi juga tak lupa.

{focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet P1010969aCampuran bubur nasi

Garam dan gula tidak dicampurkan sama sekali. Sekiranya bayi anda telah dimulakan pemakanannya dengan bubur segera di pasaran, hampir mustahil untuk bayi anda menerima makanan homemade yang tawar seperti di atas kerana sudah terbiasa dengan perisa tambahan, garam dan gula yang terdapat dalam bubur segera bayi. Oleh itu, mulakan pemakanan sihat bayi anda sedari awal, iaitu jangan mengenalkan langsung garam dan gula pada makanannya. InsyaAllah kerana sudah terbiasa dengan makanan terbabit, sehingga ke besar mereka tidak menyukai makanan terlebih garam dan gula.

Untuk memberi rasa  manis pada bubur, pastikan elemen manis itu datang dari buah-buahan seperti epal, kobis bunga dan juga lobak merah. Boleh juga ditambahkan susu ibu untuk rasa lemak berkrim. Malah, susu ibu juga manis rasanya dan memberikan rasa biasa pada lidah bayi. Jika inginkan rasa masin, cukup hanya dengan menampah serbuk ikan bilis, sedikit sudah memadai. Cik Iman tak berapa suka ikan bilis. Hehe. Tapi masih makan juga lah. Malah, Cik Iman boleh jek terima makan bubur nasi putih, ayam dan bayam begitu sahaja.

Finger food? Saya bukakan baju Iman, bentangkan plastik alas meja di lantai, dan beri Iman betik masak yang ranum untuk dipegang dan dieksplore. Pernah juga buat dengan biji buah mangga yang masih ada isi-isi terakhir. Pastikan anda sentiasa pantau setiap sesi makan supaya insiden seperti tercekik makanan tidak beraku.

Selamat Mencuba.

Salam Sayang,

Mama Iman

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet pixel

You may also like...

32 Responses

  1. Ibu Yusuf says:

    hehehhehhehhhe saya adalah salah seorang pembaca tanpa gagal 😉

    • Mama Iman says:

      Hehehe…
      Pembaca tanpa gagal tu ape? Uh…sy masih blum biasa dengan layout baru blog ni. so, asek mendelete balik, pastu publish balik. edit balik…pening…hehe

  2. Ayah Iman says:

    tetapi saya pula seorang pembaca yg gagal… :(

  3. ibu iman says:

    idea yang bagus dari Paa.
    resepi solid food yang mantap utk my Iman .
    Thanks Paa

  4. nurul says:

    blh tak tunjuk cara buat finger food.. nanti nak buat untuk anak.. tq..

  5. ummi dahlia says:

    timakasih byk mmbantu mmberi info ttg pemakanan bayi…sgt2 menarik…moga perkongsian neh mmberi kebaikan kpd semua..sgt2 sy hargai..terima kasih..;))

    • Mama Iman says:

      terima kasih kerana sudi melawat..yang baik, kita kongsikan, yang buruk, tolong tegur2kan =) alhamdulillah jika dpt membantu ummi dahlia =)

  6. Farida says:

    salam..mama iman..sy pernah comment kat solid food ni jgk..sy nk mtk tlg mama iman update solid food iman dr 8-10, 10-12 bulan..supaya boleh sy rujuk kat sini tuk resepi anak sy nanti..skrg dia masuk 7 bulan.harap2 dia tak bosan la mkn apa yg sy sediakan..malas pulak nk google cari tempat lain..hehehehe..ingat nk stay tgk blog mama iman je…lengkap dan berinformasi.
    dan satu lg…sy sgt2 teruja baca pasal kecergasan mama iman ni menyediakan makanan tuk tapau ke tmpat kerja dan tuk suami sekali..sy pun nk buat mcm mama iman..jimat dan terjamin kebersihan..sy ni bukan reti sgt masak..huhu..tgk lauk2 mama iman mcm best je..kalo boleh share la ye..biar la simple pun…hehehhee..TQ so much mama iman.. 😀 .

    • Mama Iman says:

      woo..again thanks sebab sudi dtg sini wlupon mama iman x update2…maaf..
      saya akan buat ..janji..kali ni x mungkir..kalo mungkir, munafiq tau… huhuhuhu…

      alamatla lepas ni blog ni jadi blog resepi…hahaa…saya takla pandai masak, main campak2 jek…rasa belakang kira..hahaha..asal boleh telan..nasib baik ayah iman x byk komplen..pasrah sahaja beliau.. =p

  7. ummi dahlia says:

    salam mama iman..

    nk tnye, kalau mama iman rebus ayam/ikan/daging tu…taruk asam ke tak? atau…rebus dgn air ajek semata-mata..?

    hihi…sori..mcm byk tnye plak…

    thanks again;))

    • Mama Iman says:

      heheheeh…kalo ayam, mmg x letak asam laa..mmg ayam semata dengan air..tp kalo ikan, jgn amik ikan hanyir…amik ikan salmon ke…ikan merah ke…whahhaah…mahal? utk anak kan? =p saya jadikan kiub2 jugak…so senang bila pagi masukkan terus dlm bubur…x perlu siang2 ikan lagi…dah bentuk kiub siap2..

  8. qenn says:

    sgtttt informative. dh practik kan a few.mmg amat membantu utk ibu2 yg bekerja. :) btw, nape x bg Iman kentang ek?dia x suke?

    • Mama Iman says:

      hehe..kentang? pun blend jugak jd kiub…skrg setahun dah umurnya…iman lg suka kentang yg dalam kari @ sup..erm..sbb ade rase garam kot..kentang kosong die x bape gemar..sbb tu dulu terpaksa blend hancur jd kiub gak..hehe

  9. nurul says:

    salam, nak tanya, ikan ape ye yg blh bg baby mkn. anak sy dah nak msk 10 bln. tak penah lg bg ikan. sbb tak tau nak bg ikan ape.

  10. betty says:

    blog ini betul2 banyak bantu saya.
    thanks to the writer

  11. Rez says:

    Salam….nak tanya sikit. Bayam boleh tak di buat frozen kiub untuk bayi 7bulan. Kalau boleh mcm mana cara terbaik? Kukus atau rebus, cincang halus atau blend menjadi puree?
    thanks.

    • Mama Iman says:

      bayam mmg antara frozen kiub yg sy buat. saya rebus je, bru blend. adalah lebih baik steam kan, bru blend. mlgnya, blender @ food processor sy x mampu buat gtu =p

  12. syida says:

    bole ke utk menu tiap2 hari tu kta buat utk lunch n dinner…bfast apa yg sesuai tuk baby…

  13. Mama Iman says:

    sy nk mudahkn pengasuh (dn diri sendiri) setiap pg, bfast. lunch dgn dinner, samakan menu shi. hihi. klo cuti brulah sy letak lain2 kiub utuk stiap hdgan bfast, lunch, dgn dinner =p

  14. Ami Mayra says:

    salam. suka la blog ni.. very informative utk new mom mcm saya.. jumpa blog ni pun mse tgh search info utk menu ank saya bru nk msuk 6 bulan… so menu2 kt atas ni bleh guna ke utk 6bln pny baby?? if not then bleh tnjuk x menu yg cmne sesuai..or if dah ada di-post sblm ni, pls show me which 1..thnx.. :-)

    • Mama Iman says:

      Untuk solid food, awal2 kenal kan satu persatu dulu..
      Contoh.

      Hari 1 hingga hari 4
      Bubur nasi + EBM sahaja (kalau x de EBM, campur susu formula)
      Sebab kita Cuma nak kenalkan tekstur yang kasar sikit je compare dengan susu.

      Hari 5 – hari 8
      Bubur nasi + susu + kurma

      Kalau ok, tiada masalah kebung @ berak2
      Hari 9 – 12
      Bubur nasi+ susu + brokoli

      Next, teruskan dengan lobak, kentang, bayam, (semua satu persatu)

      Kalau dah ok semuanya, barulah boleh mixed them up.
      Iman fully vege sampai umur 8 bulan, barulah protein macam ayam dan ikan dikenalkan =)

    • Mama Iman says:

      skrg pun anak saya dah besar, makan pun makan sendiri, makan makanan org dewasa…so entry blog yang baru2 mmg dah x de utk solid food introduction laa..hahahaha….tggu anak kedua pulak. =p. boleh rujuk kat label tepi tu ya. Ada cara untuk masak baby food dgn senang di waktu pagi2 sibuk nak ke kerja~!! =)

  15. ita says:

    nak tanye,

    boleh ke bubur nasi kita bekukan mcm puree tu?

    puree tu kena nyahbeku atau masukkan terus dlm bubur tu?

    boleh x panaskan dlm microwave?

    thx…..

  16. famie says:

    as salam akak,menu 9-12 bln puri leh x baby 7 bln stgh mkn?

  17. miela says:

    slm mama iman…baby saya dh nk msuk 6bln,blh ker saya beri makanan pelengkap sekarang?

  18. ummi raisha says:

    Thanx sbb byk membantu dlm penyediaan mknn utk bb.
    Nak tanya mama iman prepare siap2 ek pg2 bubur utk iman sblm antar pengasuh?
    Kebiasaannye pengasuh bg mkn pukul brp ye?
    Die panaskan semula ke bubur tu?
    Sorry byk tanya.

  19. jamm says:

    tumpang bertanya, kenapa bby food yg dah dibekukan tu, ble di nyah bekukan rasanya macam hampas? air dan isi terpisah n boleh di perah.. sedangkan masa baru dibuat elok je puree tu…

  20. ayu says:

    saya tertarik dengan blog ni ttg penyediaan puree makanan bayi. saya minta kebenaran untuk copy&paste utk masukkan dlm blog saya sebagai rujukan utk sy pd masa depan.

  21. dorean says:

    info puan amat menarik hati saya sebagai ibu berkerjaya. teringin rasa nak mencuba. nak tanya,berapa lama kiub ini boleh bertahan dalam peti sejuk?terima kasih.

  22. ida says:

    Salam,bole share tak mcmn nak handle food htr ke babysitter?

    TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.