Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree


Salam,

Kali ni saya nak kongsikan sedikit kesilapan saya dalam menyediakan puree bayi yang dibekukan. Klik di sini untuk cara-cara penyedian makanan puree bayi. Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati. Saya akui, saya juga banyak membuat kesilapan. Huhu… lepas memaksa diri baca dan baca, barulah sedar kembali, dan betulkan kembali kesalahan itu. Apa dia kesilapan saya?

Kesilapan saya adalah:

  1. Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Oh, ini salah ye kawan-kawan. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
  2. Saya tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
  3. Jangan letak dalam bekas plastik seperti di bawah ni (kesilapan lepas… hehe). Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan.  Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.


{focus_keyword} Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree P1010621aKesilapan saya yang dahulu. Huhu.>

>

{focus_keyword} Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree P1010849aIni juga cara yang salah ye puan-puan. Puree sepatutnya dimasukkan ke dalam bekas ais bertutup.

>

>

Maklumat tambahan untuk penyediaan makanan beku bayi (yang saya tak buat silap, hehe).

  1. Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
  2. Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
  3. Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
  4. Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan? Hehe.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Rujukan:http://www.wholesomebabyfood.com/pureebabyfoodandstore.htm#Storing%20Baby%20Food%20Pur%C3%A9e%20in%20the%20Refrigerator

Salam sayang,

Mama Iman

>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree pixel

You may also like...

9 Responses

  1. ummi dahlia says:

    salam mama iman,

    thanks again..sdikit nk kan kpastian..slalunye stiap pagi makanan puree baby yg sy kuarkan dr freezer..sy trus masukkan dlm bubur nasik utk di panaskan/dicampurkan..adakah cara sbegitu salah yek..? huhu..

    • Mama Iman says:

      salam ummi dahlia,
      maksud ummi dahlia, perlu ke frozen kiub buah @ sayur tu dicairkan dahulu sebelum masuk ke bubur? begitu? Saya rasalah (rasa-rasa seorg ibu yang tiada diploma dietry :p)..x de masalah kot. yang penting frozen kiub tu mmg selama ni tertutup dlm freezer. itu lebih penting. ia x sama dengan susu ibu yang mana susu ibu perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum dipanaskan untuk beri kepada bayi. Sebab susu ibu mempunyai enzim hidup dan rasanya berubah bila direct dipanasakan ketika masih beku. Bayi tak suka rasa susu sebegitu. Tapi jika kiub buah @ sayur beku, campak sahaja dalam bubur nasi tadi sehingga cair =). kalau ada info dr tempat lain, sudi2lah inform sy kembali ye.. terima kasih sgt2 :)

  2. athi says:

    Akak, nak copy masuk blog sy yer..

  3. Mama Iman says:

    sila2 athi…semua ni utk sharing.. =)

  4. AINANI says:

    TQ info yg baik..
    minta izin copy dlm blog saya ye..

  5. ieyda86 says:

    salam…
    bestnya info nie…
    nk mintak izin nk copy masuk dlm blog ieyda blh x?

  6. kayrul says:

    anak saya akan menjengah usia 6 bulan tak lama lagi..thanks ye untuk info nie dan sangat2 berguna bila saya nak buatkan puree untuk anak nanti

  7. mass says:

    Gud info…i like…tq

  8. Ajlaa Hashim says:

    Really useful info since my baby turned into 6 months today. Do visit me back :) http://milkyummy.blogspot.com/2012/06/esp-membantu-menggalakkan-penghasilan.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.