Letakkan Diri Kita di Tempat Mereka

Selama ni selalu mengunjungi DEMC sahaja dek kerana Iman lahir di sana. Bukan nak cakap yang saya mampu. Seriously kalau pakai duit sendiri, takkan punya lah ke DEMC. Ni ke sana mujur all the bills di cover by the company. Kalau diikutkan gaji saya yang ciput ni, memang botaklah kalau nak ke hospital swasta. Consultancy je dah RM40. Tak masuk ubat2. Roughly bill for every visit is around RM120 kalau Iman terpaksa pakai nebulizer. Mahal sebab ubatlah ni. Fuh…tak tercekik kalau nak bayar sendiri. Syukur alhamdulillah.

Tapi setakat ni alhamdulillah saya masih ingat asal usul saya. Saya datang dari keluarga biasa2 aja. Tinggal pun di Meru. Masih pandai berkain batik. Jawa totok lagi. Isolah sitik2 ngomong jowo. Muehehehee.

Di DEMC, rata-rata keluarga yang datang jenis orang senang, kalau kurang senang sekalipun, still ade company cover medical – macam saya. Malah artis2 juga bisa dilihat di sana. Terkadang saya pandang balik diri saya, memakai kasut jenama BATA cuma. Ayah Iman juga pakai selipar getah BATA cuma. Iman siap lari2 malah terguling2 atas lantai. Mesti punyalah ada org kata “Kampung manalah orang2 ni datang”. Hihihi. Malu juga kadang2. Tapi Ayah Iman kata, tak perlu malu. Kita dengan cara kita. Biar mereka dengan cara mereka. Sudah namanya mereka mampu. Malah kita tak kenal mereka. Mana tahu mereka sudahlah hartawan, malah dermawan juga.

Jiran mama saya pernah cakap pada mak saya, “Anak yang sorang tu tak ambil bantuan RM500 yang kerajaan bagi ke”. Terkedu jap saya. Nampak selekeh sangat kot saya ni. Hehehe. Tak apa, sebab kami tak kisah orang nak pandang kami macam mana. Gaya itu bukan priority bagi kami. Biar dipandang kurang senang, berbanding dipandang senang.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Seorang pakcik saya masuk hospital sebab sakit. Memang dah banyak sakitnya. Selalu juga pengsan di rumah. So, pakcik ni ditempatkan di Hospital Klang. Sesiapa orang Klang sini sure tahu kondisi hospital tu macam mana. Ia adalah hospital lama. Malah saya dan adik beradik saya dahulu juga lahir di sana pada tahun 80-an. Tak sama macam hospital Putrajaya, Sungai Buluh yang gah dan cantik macam hospital swasta.

Nak masuk lif kat hospital ni, memang berpusu2 rapat2 berebut lif. Memang terpaksa berlaga bahu dan tangan dengan pengunjung dan pelawat hospital. Dan ia sebenarnya seronok, sebab merasakan yang mereka ni lah rakyat2 biasa yang sungguh “biasa” dalam masyarakat kita. Cukup biasa yang saya nak maksudkan di sini ialah, meraka bukan jenis yang nampak kaya. Mereka memang orang biasa =D (Paham tak ni..hehe). Yang paling menyentuh hati saya ialah bila saya pergi ke Wad kelas ke 3. Barulah saya berasa yang saya betul2 berada di kalangan orang biasa-biasa ni. Betapa saya perlu sekali sekala meletakkan diri saya di kalangan orang-orang di sini. Terasa segala nikmat yang Allah beri pada kami, lebih dan cukup mewah berbanding mereka2 ini. Untuk ke hospital Prince Court? Tak payahlah. Tak mahu saya bayangkan bagaimana gahnya di sana. Takut lebih jakun pula. Hehehe. Jangan pandang ke atas, sebab dunia ni takkan terkejar. Nafsu kita takkan puas diberi apa pun. Lihatlah ke bawah. Barulah kita akan rasa betapa bertuahnya kita diberi segala nikmat yang ada, sekali dengan kesihatan fizikal yang sempurna.

Kisah adik Awang

Baru-baru ni ada terbaca tak kisah Adik Awang yang berumur 9 bulan terpaksa minum kopi sebagai pengganti susu dek kerana miskin? Kisah penuh boleh didapati di blog Puan Salwani. Saya tak boleh dan tak mahu komen lebih-lebih asbab musabab kenapa Ibu Adik Awang – Puan Rokiah ni boleh terjebak dalam kemiskinan sebegitu rupa. Siapa keluarga asalnya, mana saudara maranya, bukan kita untuk bertanya. Sebab itu bukan tanggung jawab kita. Yang jadi tanggung jawab kita ialah, kita wajib membantu dia mengharungi masa depan. Selagi kita tak tengok orang2 macam ni, selagi tulah mungkin kita akan lupa diri. Alhamdulillah banyak dah bantuan diberikan kepada Puan Rokiah. Syukur. Barang siapa nak hulurkan bantuan, boleh terus hubungi Puan Salwani ya.

>

{focus_keyword} Letakkan Diri Kita di Tempat Mereka 160620121988

{focus_keyword} Letakkan Diri Kita di Tempat Mereka 160620122005

{focus_keyword} Letakkan Diri Kita di Tempat Mereka 160620122006

{focus_keyword} Letakkan Diri Kita di Tempat Mereka 160620122007

Puan Rokiah dan Adik Awang

>

Kisah Iman ke Taska Baru

Dahulu, kami hendak ada baki RM50 di hujung bulan, memang tiada. Seriously pernah catu makanan sendiri semasa awal2 membina kehidupan. Membayar Iman ke taska juga menggigil tangan nak hulur duit. Untuk berhenti kerja tidak sama sekali. Sebab mengharapkan medical yang dapat cover the whole family. Penting medical coverage tu di kala kewangan diri belum stabil. Alhamdulillah bila rezeki dah ade lebih, kondisi Iman ditakdirkan pula allergy dan taska tak mahu beri makanan yang saya masak khas untuk dia, telah menjadi priority yang lebih utama iaitu menghantar Iman ke taska yang lebih mahal. Bukan saja saya nak hantar taska mahal untuk Iman. Sekiranya Iman lebih sihat di sana, itu adalah priority saya. Taska lama Iman tiada cacat cela nya. Selamat dan sihat untuk kanak-kanak lain yang tiada kes kesihatan seperti Iman.

Priority kita berbeza. Bagi yang banyak duit, silakan untuk anda berbelanja sesuka hati. Tiada masalah, tiada halangan. Tapi jangan sampai terlalu gah sehingga kita lupa ada orang yang tak punya apa, makan juga susah nak cari sedang memandang kita mengharap dibantu.

Letakkan diri kita di tempat mereka. Nescaya kita akan takut untuk berbelanja lebih.

>

>

{focus_keyword} Letakkan Diri Kita di Tempat Mereka IMG 20120617 131634

Iman dan Tok Mat =)

>

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Letakkan Diri Kita di Tempat Mereka pixel

You may also like...

3 Responses

  1. intan says:

    betul. kalau asyik tgk ‘kelebihan’ yg org ada mungkin boleh membawak kepada rasa tak ckup (bersyukur).
    tapi bila kita tgk pada sudut yg sebelah lagi, kita mungkin jauh lebih beruntung drpda org lain.
    alhamdulillah.
    :-)

  2. azian says:

    salam..iman masih di taska sri kiambang ke?anak sy kt situ jugak..

  3. shikin says:

    salam..suka baca blog ibucergas..rasa bersyukur pas baca entry nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.