Ku Tanam Memori Bersama Mu, Iman

Tajuk jiwang…ahahha…saja. Mahu coret tentang Iman lagi. Mahu kenangan ni saya ingat sampai bila-bila. Mahu kenangan ni saya review bila saya rindu.

Malam semalam, kami ke Tesco, beli groceries. Ayah Iman mahu cuci kereta di Cuci-cuci.com. Tapi, kalao tunggu kereta, tutup pula Tesco. Maka, Ayah Iman tunggu kereta, saya dengan Iman proceed masuk dulu ke Tesco. Pergh…cabaran. Belum pernah ke supermarket hanya berdua dengan Cik Iman. Ligat kepala fikir, nak beri Iman apa ya supaya dia duduk diam dalam troley.

Sampai ke tempat troley, Iman dan tunjuk dah, mulut dah bising dah nak troley tu. Eh..tiba-tiba dia nak naik pula ke dalam troley, tak seperti selalu, mahu tolak troley besar tu sendiri! Wah…Baik Iman, nampak mama sorang2, so agak behave. Tapi…hurm…2 minit kot. Terus bising nak keluar. Aiseh, pintu Tesco pon belum sempat masuk. Maka, saya pun ambil inisiatif berkaraoke bersama Iman. Nanyi macam2 lagu yang sering Iman nyanyi.

  1. Lagu Air Pasang Dalam,
  2. Lagu Burung Kakak Tua,
  3. Lagu Bapaku Pulang Dari Kota,
  4. Lagu Stacy – Kisah Dongeng (hah!! jangan tak tahu, Iman nyanyi lagu ni!!). Ni gara-gara sebab iklan drama bersiri Cinta Alesya dulu la ni. Bukan saya tengok pun cerita ni.
  5. Lagu 1 Malaysia dan tak lupa juga,
  6. Lagu Alif Satar – Seperti Aku (jangan tanya, saya tak ajar. Dia dengar sendiri dari radio, dan tau2, tiba2 Iman nyanyi rentak lagu ni…haish).

Bila saya berhenti nyanyi, terus bising merengek nak turun. Oklah, Jadilah Mama Iman radio bergerak, menemani Iman nyanyi sepanjang dalam Tesco. Iman nyanyi pun bukan perlahan suaranya. Kuat!! Makanya, dapatlah kami menarik perhatian para pengunjung Tesco. Haish! Semua senyum simpul dengar nyanyian Iman (tak kurang juga yang senyum kelat dengar nyanyian Mama Iman). Haha.

Agak2 dah lama nyanyi, kering tekak rasanya. Saya sambar lah air yogurt buat Iman. Saya sambar juga roti buat Iman santap. Ok, masih terkawal. Good. Iman asyik makan dan minum, sambil saya mengambil ikan dan udang untuk ditimbang. Sekali saya tengok, aiseh, baju Iman dah pun jadi belacan…bercampur krim roti coklat dan air yogurt. Iman cakap “Habes….” sambil tunjuk botol air yogurt yang kosong. Ingatkan memang habis minum, rupanya habis dituang ke lantai bawah troli. Terasa ada pandangan tajam dari pekerja Tesco tu. Erkk…erkk…

Kelibat Ayah Iman masih tak kunjung tiba. Iman dah mula tak keruan dalam troli yang semakin sempit disumbat barang-barang. Iman dah mula nak turun. Mujur tiba-tiba Ayah Iman muncul.

Ok, lah…tak lama, memang tak tahan dah. Iman pun keluar dari troli, dan mula aktiviti untuk menolak troli yang sarat dengan groceries. Malangnya, troli dah berat, Iman yang 9 kilo cuma walaupun makan sangat banyak tak larat nak tolak. Boleh pulak dia marah troli tu, terus menangis guling-guling atas lantai. Hurm…memang femes kami. Saya dengan Ayah Iman? Huh, kami cool. Sengih sahaja bila orang pandang-pandang. Hihi.

Nampak pulak ada toddler lain yang sedang makan junk food. Erk…pandai pula Iman meminta junk food itu. Aiseh…lari sudey pantang larangku. Akan ku lebih tegas lagi bila orang offer jajan pada Iman. (Nekad).

Akhirnya sampai waktu membayar. Ayah Iman ambil alih menjaga askar kami ni. Naiklah Iman dalam mainan kanak-kanak yang-kena-masuk-duit-baru-gerak itu (tak tau apa namanya). Meskipun tak gerak, Iman riang sahaja. Ok, lega. Tapi ramai pula toddler lain mahu naik. Aiseh, Iman tiada tanda-tanda mahu mengalah. Maka kami dokong Iman keluar dari permainan itu. Pergh…melalak bukan sikit2. Salesgirls dari beberapa kedai di tepi tu semua keluar tengok gelagat Iman. sambil ketawa2. Huh…femes lagi kami. Hehe.

Huh, itu cerita Iman setahun 6 bulan. Lepas ni kita tengok apa pulak gelagat Iman lagi.

Fengsan~!!

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Ku Tanam Memori Bersama Mu, Iman pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.