Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan Inayah-NYA, KONVENYSEN SUPER PARENTS buat julung kalinya akan diadakan buat julung kalinya pada tahun 2012 anjuran IluvIslamEvents. Konvensyen Super Parents yang kami anjurkan adalah kerana melihat cabaran untuk menjadi ibu bapa pada masakini adalah berbeza mengikut peredaran zaman. Jadi melalui Konvensyen ini, ibu bapa dan bakal ibu bapa dapat mengetahui kaedah terbaik untuk menjadi ibu bapa yang Super dan seterusnya melahirkan generasi anak yang Super.

Pendidikan Ibubapa atau Parenting bukan sahaja khas ibu ibu bapa, tetapi juga untuk mereka yang belum berkahwin, dan bakal menjadi ibu bapa. Ini adalah kerana pendidikan untuk anak-anak adalah bermula dari sebelum dari kita memilih pasangan kita.

Haa…atas tu petikan dari laman wed Super Parents. Boleh klik di sini http://superparents.com.my/

Dah lama mencari program seperti ini. Tetapi selalunya tiada tempat disediakan untuk kanak-kanak. So, baby @ kanak-kanak harus ditinggalkan di rumah, atau pun nursery. Saya tak nak. Saya nak anak saya lekat dengan saya di hujung minggu. Boleh tak dijadikan alasan ? Heheeh.

Syukur alhamdulillah, dengan hanya tambahan RM45, Iman boleh diletakkan di taska sementara bila saya dan Ayah Iman ikuti program nanti. Saya dah daftarkan diri masa early birds lagi. So, cuma RM200 untuk sepasang. So, waktu2 rehat saya boleh jengok Iman nanti. Hope Iman pun suka dengan ramai kanak-kanak lain di sana nanti.

Kenapa saya join program keibubapaan ni?

Sebab saya tak percaya hanya dengan kemampuan diri saya sendiri yang serba lemah ni, saya boleh jadi seorang ibu yang super. Ramai (tapi bukan semua) parents yang kata tak perlu pergi program macam ni. Membazir duit. Bagi saya tak bazir pun. Sebab harganya tak sama macam harga nak beli satu Smart Phone baru. Atau harga downpayment sebiji kereta. Malah, jauh lagi murah dari hadiah harijadi yang kita berikan pada anak-anak kita. Hehehhee.

Saya katakan pada Ayah Iman, ini adalah hadiah Anniversary kita yang ke-3, merangkap hadiah Harijadi Ayah Iman. Heheheh.

Saya nak perbaiki diri saya. Ayah Iman nak memperbaiki dirinya juga. Kami nak ajar anak dengan penuh hikmah. Kami perlu bimbingan. Bak kata orang, seorang anak itu lahir tak disertakan sekali dengan buku manualnya. Hohhohohoho. Lagipun, boleh ke kita jamin yang kita dah didik anak kita sebaiknya? Sebab ada parents yang kata dah buat sehabis baik dah, tapi anak-anak masih lagi tak mendengar kata. Tapi betul ke “sehabis baik” yang kita buat adalah “sehabis baik” yang parents lain buat? Biasanya tipikal kita nampak apa yang kita buat adalah paling mantop, sedangkang parents lain buat salah. Nyamuk di seberang jalan kita nampak, Gajah depan mata kita tak nampak.

So, apa kata kita rendahkan diri sikit, minta pandangan pihak ke 3, untuk perbaiki diri kita.

Di kala orang lain nak pergi ke Perhimpunan Sejuta Belia, kami juga menuju ke Putrajaya, tapi untuk belajar menjadi SUPER PARENTS~!!!

Barisan Speaker


{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam TengkuAsmadi
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (Pakar Motivasi Terkenal)
  • Merupakan Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia), Yang Di Pertua Silat Hijrah Malaysia, dan seorang aktivis di PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).
  • Sering ke udara di radio seperti Radio IKIM.FM, KLfm, Klasik Nasional, Salam FM, Perak FM, Pahang FM, Kedah FM dan banyak lagi.
  • Juga merupakan penulis di PTS Millinea Sdn. Bhd
  • Antara karyanya ialah Motivasi Alihan Pelajar, Teknik Memotivasikan Anak cara Positif, Pikat Remaja dengan Kata-Kata

{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam UstazahFatimahSyarha

Fatimah Syarha Mohd Noordin (Pengarang Novel Islamik Terkenal)

  • Novelis Islamik terkenal tanahair
  • Antara karya-karya hebat beliau termasuklah “Tautan Hati”, “Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul”, “Palestin Tidak Pernah Gentar” dan banyak lagi
  • Kolumnis untuk majalah “Solusi”
  • Berkelulusan UIAM dalam jurusan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan pengkhususan Fiqh dan Psikologi

{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam PnJamilahPuan Jamilah Samian (Penulis Buku Parenting Terkenal)

  • Penulis buku “Parenting” terkenal tanah air
  • Antara karya terkenal beliau ialah “Cool Mum, Super Dad”, “Cool Boys Super Sons” & “The Groovy Guide to Parenting Gen Y and Z”
  • “Certified Professional Trainer” dari “Malaysian Institute of Management”
  • Pemegang Ijazah Psikologi (Cum Laude) dari Unversiti Upper Iowa (USA)

{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam EnAhmadFakriAhmad Fakhri Hamzah (Penulis Parenting Terkenal)

  • Penulis buku “Parenting” terkenal tanah air
  • Antara karya terkenal beliau ialah “The Groovy Guide to Parenting Gen Y and Z”
  • Salah seorang “Parenting Expert” di ParenThots (The Star).
  • “Certified Professional Trainer” dari “Malaysian Institute of Management”
  • Pemegang “Distinguished Toastmaster (DTM)”
  • “Certified Professional Trainer” dari “Malaysian Institute of Management”
  • Pernah memberikan seminar tentang Work-Life Balance, Youth Leadership dan Communication Skills and Parenting/Fatherhood.
  • Pemegang Ijazah Bachelor of Science in Mechanical Engineering  dari California State University (USA) dan  Diploma dalam Human Resource dari Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM), Malaysia

{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam UstazDon

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Pendakwah Bebas TV Al-Hijrah.

  • merupakan Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang & Selangor.
  • Latar belakang pendidikan Ustaz Don ialah Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.
  • host rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah

 {focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam Rohidzir Rais

Ustaz Rohidzir Rais (Penulis Buku dan Pendakwah)

  • Lahir di Permatang Pasir, Pulau Pinang. Memulakan pendidikan agama secara formal selepas tingkatan enam di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
  • Pengajian diteruskan di bawah bimbingan Ustaz Yusoff Uthman di Ma`hadul Azhar, Pokok Sena. Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar pada tahun 1998 dalam bidang Syariah Islamiyah.
  • Beliau menghasilkan lebih 40 judul dalam pelbagaigenre. Selain terjemahan Arab-Melayu dan Inggeris-Melayu.
  • Di antara buku tulisan beliau ialah – Ensiklopedia Solat – Kamus Pintar Soleh – Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat – Khutbah Rasulullah- Siri Alam Bercerita tentang Kembara Rasulullah SAW- Terapi Ruqyah – Soal Jawab Remeh Temeh Mengenai SEKS Tapi Anda Malu Bertanya dan sebagainya.
  • Beliau juga sering muncul di televisyen dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.

{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam CoachRidz

{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam CoachSha

Coach Ridz & Coach Sha (Pakar Pendidikan Kanak-Kanak Secara Persendirian)

  • adalah pasangan suami isteri yang datang daripada latar keluarga dan sistem pendidikan yang berbeza.
  • Coach Ridz mengambil jurusan Komunikasi.
  • Coach Sha pula memegang Ijazah Sains Politik dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang Sarjana (M.A) Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • mereka merupakan perunding utama di Coaching Zone Sdn. Bhd.
  • Selepas lapan tahun mengembara ke pelusuk negara, mereka berkongsi modul seminar mereka di dalam buku 21 Rahsia FBI
  • Coach Sha dan Coach Ridz juga adalah Exco Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Ahli Profesional Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS).
  • Mereka pernah tampil sebagai tetamu jemputan Wanita Hari Ini di TV3, Inspirasi di TV1, Motivasi Pelajar di TV9, Hello Malaysia di Bernama TV, Astro Awani dan terbaru, suara mereka di corong Radio IKIM untuk program English for Young Muslims.

{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam drshukri2

Dr. Mohd Shukri bin Abdullah (Pakar Motivasi)

  • Merupakan mantan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kini merupakan Pengarah Urusan, Amalan Belajar Sdn. Bhd. Yan, Kedah.
  • Penampilan media melalui rancangan TV Siri Bijak Belajar TV3, Laman Nurani TV3, Motivasi Pagi TV3, Inspirasi Pagi TV1, dan Motivasi Murid TV9 dan rancangan Radio Radio: Tetamu Motivasi Pagi Radio RTM (Nasional, Kedah, Pulau Pinang)
  • Penulisan dan Penerbitan: Buku terbaru beliau ialah (1) Sentuhan Ibubapa, Ameen Publication, KL  2008 (2) Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara Ameen Publication, KL  2010 (3) Anakku Dapat Semua A, Telaga Biru, KL  2010
  • Mengendalikan seminar pembelajaran sejak tahun 1990 ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta Negara Brunei Darussalam. Telah mengadakan seminar di hampir semua kategori sekolah dan kolej di Malaysia meliputi lebih 500,000 pelajar.

 {focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam coach fahmimaria1

Coach Fahmi & Coach Maria (Pakar Motivasi Keluarga)

  • Coach Fahmi & Coach Maria mengemudi famili besar dengan tujuh orang anak.
  • Mereka mempunyai firma perundingan sendiri Marff Resources di dalam bidang pengurusan organisasi.
  • Kepakaran professional mereka ialah perancangan strategik dan pengurusan prestasi.
  • Antara seminar bisnes mereka adalah Balanced Scorecard, Co-Creative Performance Management, Waste-to-Wealth Management, Project Management, Creativity, HR Planning.
  • Mereka juga adalah ahli Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Coach Maria aktif sebagai Professional Learning Facilitator (PLF).
  • Selama membantu organisasi menjadi cemerlang, secara kreatifnya mereka telah mengadaptasi tip, tool dan teknik bisnes ke dalam pengurusan famili.
  • Terkini, mereka berganding bahu berkongsi pengalaman berfamili hebat melalui Seminar FamilySPARC™ dan Family F.I.R.E, demi masa depan Negara dan Ummah.


{focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam Pn Kamariah Alwi

Puan Nor Kamariah binti Mohamad Alwi (Pakar Laktasi dan Penyusuan Ibu)

  • Puan Nor Kamariah binti Mohamad Alwi adalah pengasas Susuibu.com dan Setiausaha Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia 2009-2010
  • Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian menyambung Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dan Multimedia di UNITAR.
  • Berdaftar dengan International Board Certified Lactation Consultant, Certified 2008-2013, dan telah menghadiri  Lactation Management Course, 18 hours, 2006, Lactation Counseling Course, 40 hours, 2008 dan 10 BreastEd Courses at Health-e-Learning, 2008 yang melayakkan beliau menjadi konsultan laktasi di Malaysia.
  • Topik pengajaran : Breastfeeding Preparation for Expecting Parents, Breastfeeding for Working Mothers, Breastfeeding Awareness for Public. Wet Nurse, Adoption and Relactation, Breastfeeding Support Group Activities, Increasing Milk Supply

 {focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam AbangAbu
Abang Abu Ayyubul Ansari. (Pakar Kewangan Keluarga)

  • Nama sebenar beliau adalah Abu Ayyubul Ansari. Lebih mesra dikenali sebagai Abang Abu atau Mekanik Wang. Dilahirkan di Johor Bahru dan kini menetap di Singapura.
  • Merupakan pengasas dan CEO Now Asia. Beliau mempunyai komitmen dalam keusahawanan muda dan pengurusan kewangan.

Jumpa di sana~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword}  Konvensyen Super Parents by I.Luv.Islam pixel

You may also like...

4 Responses

  1. Suzila Abdullah says:

    Ala…baru tau….sebelum bukak blog mama iman ni akak dh terjumpa kt fb, bukak web site dia, pastu baru bukak blog mama iman..sekali tengok awk pun cerita pasal konvensyen ni… x de rezeki la… nti tunggu mama iman cerita pasal konvensyen ini yek…

  2. intan says:

    salam,

    saya nmpak mama iman and iman byk kali..tp saya malu nk tegur..saya tgk dari jauh je..hihi
    sebenarnya sgt cam iman (sbb mama dia kan selalu tepek muka dia kat blog..hihi)
    bila tgk mama iman bwk bekal and suap iman makan sy yakin itulah mama iman (penulis yg saya sgt suka baca blognya!)

    😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.