Kita ada pilihankah?

Assalamualaikum..

Pelik dan banyak kali dah dengar berita macam ni. Terbaca berita harini, terpanggil pula untuk menulis.

KUANTAN – Macam-macam taktik untuk melakukan jenayah. Terbaru polis negeri ini mengesan wujud satu kumpulan penjenayah yang menyasarkan pelbagai produk susu bayi di pasar raya. Kumpulan penjenayah geng wanita mengandung dikesan aktif mencuri produk susu bayi di pasar raya di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu. Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima lelaki dan pasangannya membabitkan lima wanita yang menyamar sebagai perempuan mengandung. Kumpulan suspek itu bergerak secara berkumpulan ketika melakukan jenayah itu. Modus operandi kumpulan itu adalah memasuki pasar raya yang sentiasa sibuk dengan pelanggan. Suspek lelaki dengan suspek wanita yang kononnya hamil berpura-pura memilih barang sebelum mereka mengambil produk susu pelbagai jenama dan menyembunyikan dalam baju. Dalam kejadian terbaru di sebuah pasar raya di Jalan Gambang dekat sini kelmarin, kumpulan tersebut melarikan 308 tin susu bernilai RM6,000 dalam tempoh setengah jam.

Sumber: Kosmo 8/3/2011

Dengan harga susu yang mahal gila melampau, memang amat membebankan sesetengah golongan masyarakat. Walhal, perkara ini seharusnya tidak berlaku langsung. Seharusnya susu formula di pasaran tidak patut laku, dan sepatutnya murah setanding dengan kualitinya yang entah apa-apa itu. Lainlah kalau yang dicuri itu susu ibu. Patutlah jugak dicuri kan? Geram! Saya bangga mempunyai seorang jiran warga Indonesia yang tidaklah sekaya mana, punyai 3 orang anak yang masih kecil dan semuanya minum susu ibu. Zaman dulu-dulu, maka kita boleh je susukan anak sepenuhnya susu ibu. Mereka ada pilihankah? Susu dulu susah nak cari. Mahal-mahal pula. Maka, dahulu, banyak ibu-ibu ni mendapat gelaran ibu-ibu susuan. Banyak pahala mereka. Tapi, apa jadi dengan kita sekarang? Kita punyai pilihan kah? Kenapa pula kita punyai pilihan pula bila kita punya duit yang banyak? Kenapa pilihan kita pula sesuatu yang buruk dan memudaratkan? Kalaulah setiap ibu tahu kebaikan susu ibu, dan keburukan (banyak tau keburukan, tak termasuk kontaminasi, bakteria, pengubahsuaian susu), mesti ibu-ibu tidak sanggup tidak tidak gamak untuk memberikan bayi-bayi kecil minum susu formula. Serious.

>

{focus_keyword} Kita ada pilihankah?  cow milk cartoonGambar : Google

>

>

Contoh orang curi susu. Kenapa sadis sangat? Manalah masayarakat kita sekarang tak punah? Dari bayi lagi sudah diberikan susu yang dah sah haramnya! Kembalilah kita kepada fitrah. Ibu-ibu baru, ibu-ibu yang sedang mengandung, galilah ilmu dari awal. Kalau boleh saya mahu susukan semua bayi-bayi yang diberikan susu formula. Serious! Setiap kali saya ternampak bayi kecil yang diberikan susu formula, saya sedih sangat-sangat. Rasa nak nangis, rasa nak beri juga susu saya tika itu. Saya ada banyak susu. Rasa mahu dermakan semua susu-susu saya supaya semua bayi-bayi ni dapat menikmati susu ibu. Air susu ibu bukan setakat untuk mengenyangkan. Apa yang si ibu makan, apa yang si ibu amalkan setiap hari, semua mempengaruhi air yang terhasil.  Mempunyai anak, dan masih menyusukan anak, saya amat berhati-hati dengan apa yang saya makan, dan apa yang saya amalkan. Kembalilah kepada fitrah, supaya generasi kita akan datang lebih sejahtera dan lebih berperikemanusiaan hendaknya.

>

P/s: Mode geram bace berita orang curi susu lembu. Grr..

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kita ada pilihankah?  pixel

You may also like...

1 Response

  1. NUR says:

    salam mama iman..
    susu ibu mmg terbaik..
    Jemput join GIVEAWAY :ALL IN ONE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.