Kisah Demam yang Teruk

Sigh…

Buat kali ke berapa sudah, blog saya asyik ada error je. Sedih sungguh. Takpelah, nak buat macam mana. Dapat blog pun free. Bersabar je lah wahai hati.

Saya ada berurut badan sebab rasa lenguh-lenguh pada jumaat 16/12/2011. Masa tu, bidan urut pesan, badan saya ni dah sakit ni. Perlu urut sekurang-kurangnya 2 kali lagi. (Saya buat tak percaya – takkan la kot. Ke saje nak suh saya bayar lebih – hehe). Bila Iman mula demam, saya terjangkit pula dari dia. Saya rasa ok lagi. Tapi tiba-tiba aircond di opis pula seakan rosak sehingga terasa sejuk yang amat sangat. Pakai tebal mana pun masih terasa kesejukannya sehingga ke tulang. Tika itu, saya dapat rasakan yang badan saya dah serba tak kena. Di opis, jangan jadi cergas, saya jadi kaki tidur pula! (Mujur boss tak marah). Sejuk sangat-sangat yang betul-betul bukanlah satu environment yang baik untuk bekerja. Sabtu, Ahad, Isnin (sempena Cuti Krismas), saya tidak dapat menikmati cuti langsung. Saya terlantar sakit seolah-olah baru lepas berpantang. Ada orang kata BENTAN. Tapi saya bukan baru melahirkan anak. Saya masuk angin dengan teruk sekali. Makan, minum tak lalu. Tidur tak lena, dengan batuk kuat yang mencengkam dada. Tengah hari buta, saya tidur berselimut siap berstoking dan bersarung tangan. Setiap malam pukul 4 pagi, saya terkebil-kebil tak mampu tidur. Panadol, ubat selsema dan ubat batuk tidak memberi sebarang kesan. Berjalan jauh lagi lambat dari orang yang baru lepas beranak.

Saya cakap pada Ayah Iman, saya mahukan urut. Saya tak tahan. Dah kira emergency sangat dah ni. Mujur Ayah Iman jenis memahami. Kalau dapat suami yang tak memahami, naya tergolek-golek sorang-sorang menangis tak berlagu. Huhu. Mulanya saya mahu ke Shadira, tempat saya berpantang dahulu. Malangnya ia terlalu lah jauh, di Brickfield KL nun sana. Akhirnya, Ayah Iman ronda-ronda (sambil carikan sarapan buatnya & Iman – saya cuti masak- tak larat sungguh), Ayah Iman terjumpa satu pusat kecantikan di Seksyen 23 Shah Alam. EE AYUMI Beauty Centre. Kat situ ada Urutan Traditional. Saya dah terdesak, saya ingat nak ke situ sahaja. Harga, RM80 sekali urut ~ 1 jam. Pergh…mahal. Tapi dah sakit, ikutkan jek laa. Duit cari kemudian. Dah tak sempat nak appointment bagai.

Pengalaman berurut

1st impression – best! Mula-mula mereka akan sediakan air halia suam untuk diminum. Sepanjang sesi urutan tu, mereka akan tanya, suka urutan yang kuat atau tak. Saya jawab, “Biar kuat, asalkan baik. Bukan jadi makin tak baik”. Seluruh tubuh diurut dengan penuh detail sekali!! Sampai jari kecil-kecik, kaki dan tangan, hujung-hujung pun diurut dengan teliti dan lama. Tapi sebab badan dah memang bisa dan sakit, sentuh pun saya meraung. Urat-urat rasa berketul2 macam membengkak. Bila urutan sampai ke kepala, saya rasakan kesemua berat di kepala mcam disedut keluar! MasyaAllah. Sedap melampau! Sehingga ke kening-kening pun diurut saya rasa sedap sangat-sangat. Selesai urut, mereka akan hidang lagi air halia dan air suam. Pulang ke rumah, langkah saya mula laju kembali.

Hari kedua berurut. Suhu badan saya naik mendadak. Mata payah dah nak pandang orang. Saya gagahkan diri juga drive sendirian ke EE AYUMI Beauty Centre tu sendirian. Jam pukul 830 pgi. Saya tinggalkan Ayah Iman dan Iman yang masih tidur. Saya pesan kat Ayah Iman, supaya uruskan Cik Iman, sebab saya langsung tak larat. Kak Ida yang mengurut saya tu juga agak risau dengan suhu badan saya yang panas. Saya tetap teruskan urutan, sebab saya fikir kene juga baiki badan saya ni. Overhaul betul-betul. Hari kedua urutan, saya kurang sikit rasa sakit. Banyak kawasan badan yang asalnya sakit di hari pertama, beransur hilang. Demam tu mungkin sebab berubahan ketara dalam tubuh la kot. Selesai berurut, saya cantas sekali rambut supaya rasa lebih ringan dan mudah diurus. Servis potong rambut dia pon ada sertakan sekali urutan kepala. Pergh….memang best gila. Kalau kaya, memang nak pergi tiap2 minggu. Hahaha.

Hari ketiga berurut. Saya melangkah laju ke EE AYUMI Beauty Centre tu. Kak Ida nampak saya muka dah berseri-seri tak macam orang sakit lagi, terus dia peluk cium saya! Heee! Syukur alhamdulillah. Kali ketiga urut, kesemua tempat yang asalnya sakit, senang diurut, tiada bengkak-bengkak lagi.

Terharu

Sepanjang saya sakit, saya langsung tak lalu nak kemas rumah. Kalau sihat, bebel bebel jugalah, tapi tangan ni gerak dok kemas itu ini. Bila dah sakit ni, bebel pun tak larat. Mata pejam jek lah tengok rumah bersepah. Yang terharunya, balik dari berurut, rumah licin lincau! Ayah Iman kemas semua! Siap Iman pun dah  bersih dan dah dimandikan dan disuapkan sarapan. Bila tanya, kenapa abg kemas. Ayah Iman jawab yang mata dia tak tahan tengok rumah bersepah. Hahahaha. 2 hari juga, Ayah Iman yang masak untuk kami. Iman cukup berselera dengan masakan Ayah Iman. Berbangga sekejap lah bapak budak tu. Hihi.

Hari ini, Selasa 26th Dec 2011. Mama datang dari Meru. Tahu anak nya ini sakit, mama masakkan macam-macam dari rumah. Terima kasih ma. Mama akan tinggal di rumah 2 hari, menjaga Iman, Mama Iman, dan Ayah Iman – memasak untuk kami. Hehehe. Terima kasih sangat-sangat. Sayang mama~!! Seminggu lamanya pemakanan kami tak teratur. Kasihan barangkali pada kami. Hihi.

Pengajaran

Dahulu, saya jenis pantang. Bukan pantang makan. Tapi pantang jumpa makanan! Saya melantak semahunya. Saya tak kira air sejuk ke ais ke, saya tibai semua. Saya tak percaya lah sejuk2 ni. Tak percaya lah buah sejuk, sayur sejuk. Tapi bila sekali dah terkena, tobat! Saya tak nak dah minum ais. Saya tak nak dah melantak buah sejuk banyak-banyak. Saya tak nak dah mandi malam. Bayangkan lah sekarang, saya nak minum jus oren, saya hangatkan dulu sama seperti saya hangatkan susu EBM Iman. Hihihi. Kordial anggur, saya campur dengan air panas. Minum macam ala-ala teh panas. Hihi. Nescafe? Tobat…banyak angin. Saya tak kan biarkan diri dalam kesejukan melampau lagi. Seram!

Sejujurnya, bila kita sakit, kita akan lebih mengingati nikmat sihat yang Allah kurniakan. Syukur saya beransur pulih. Kini cuma mengembalikan selera makan, dan cuba untuk menaikkan kembali berat badan Iman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kisah Demam yang Teruk pixel

You may also like...

3 Responses

  1. Suzila Abdullah says:

    Alahai… kesiannye… patutla x bleh bukak blog awk ye… mama iman, kita pompuan ni mmg kena jaga mkn especially bila dh bersalin, benda2 sejuk & angin ni kurangkan.. akak pun mmg suke sgt minum ais tpi makin meningkat umur & makin bertambah ank, dh kena control semua…x pe…slow2 control ye…take care..

    • Mama Iman says:

      tuhla…dah la demam…blog pulak asyik error jek. (macam lah ade org bace). ngehehehehe…nway, thanks…skrg mmg tgh pantang nih. x nak tua cepat..x nak buncit cepat..hauhauahaua

  2. Awin says:

    wawa.. seriously nk tahu sgt apa buah dan sayur sejuk2 tu….. (ni mmg betul2 nk tahu.) ms pantang anak no1 dlu dan skrg tgh pantang no2, org duk kata jgn makan buah/sayo sejuk. tapi xde pun yg bgtau apa bende yg sejuk tu.. adehhhh yg berangin tau laa. br tau nescafe tu berangin, masa pregnant no.2 dlu hampir stp pagi breakfast wajib teh tarik ais! seriously xtau amende yg sejuk2, pls let me know. nk tau betul2 sbb xde org yg bgtau specific nye mcm mana.. rasanya masa pantang ni mcm semua bende jd sejuk, xtau ape yg x sejuk yg blh makan. haiihhhh 😥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.